Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

GELANG 'HELO' BANTU KESAN PENYAKIT AWAL



Ko orang ada masalah kesihatan tak?

Jika tiada… alhamdullillah lah diberikan kesihatan yang baik dan namun dalam pada itu perlu juga sering membuat pemeriksaan kan maklumlah penyakit boleh ‘mengetuk’ pintu hat kita pada bila-bila masa sahaja.

Selain membuat pemeriksaan di klinik atau pun hospital… ko orang tahu tak ada cara lain yang lebih cepat.

Macam Kak Fas takut sangat nak buat pemeriksaan di hospital… huhu…

Dengan era teknologi yang serba canggih sekarang ini… terkini ko orang dah boleh  mengetahui masalah kesihatan hanya dalam 40 saat menggunakan gelang kesihatan yang dikenali sebagai Helo.

‘Helo’ merupakan ‘jururawat peribadi’ pengguna khususnya kepada i mereka yang tiada masa untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di hospital atau klinik.

Iya tidak lama lagi… alat ini boleh diperoleh dalam pasaran.

Lebih menarik, produk menggunakan teknologi Amerika Syarikat itu, turut berkemampuan memantau kesihatan individu yang berada beribu-ribu batu jauhnya dengan menggunakan isyarat sistem penentududukan global (GPS) dipancarkan melalui alat itu ke telefon pintar yang dipadankan dengannya.

Wah! Hebat tak… duduk di Negara lain pun kita boleh pantau kesihatan sesiapa yang berkenaan…

Baru –baru ini, wakil pengedar tunggal World Global Network, Fadli Ibrahim dalam pertemuan khas bersama media memaklumkan, alat pemantau kesihatan itu  sudah pun memasuki pasaran 15 buah negara dan kini menyasarkan pengguna di Malaysia bulan ini.

"Walaupun sudah terdapat peralatan seumpamanya di pasaran, Helo berbeza kerana mempunyai lebih banyak fungsi utama berkaitan kesihatan dan rumusan pemeriksaan akan disimpan di dalam log aplikasi Heka atau Helo yang dimuat turun menerusi iOS atau Playstore bagi pengguna Apple dan Android.

"Setiap telefon mampu disambungkan kepada tiga Helo yang dihubungkan menggunakan GPS membolehkan pengguna mengetahui tahap kesihatan pemakainya pada bila-bila masa diperlukan dengan tetapan kekerapan pemeriksaan setiap dua jam," tambahnya.

Mengulas lanjut Fadli berkata, antara fungsi utama Helo adalah memeriksa kadar degupan jantung, kadar pernafasan, tekanan darah dan pemeriksaan elektrokardiogram (ECG) yang secara umum menjadi rujukan berguna dalam mengenal pasti keadaan ketidaktentuan jantung daripada pelbagai sudut yang dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit kritikal.

Sambungnya, fungsi lain adalah memeriksa kadar tidur yang berkualiti, perasaan, pengiraan langkah, memeriksa jumlah pembakaran kalori di dalam badan selain butang kecemasan untuk dikesan sekiranya pemakai menghadapi masalah di lokasi yang tidak mempunnyai bantuan.

“Fungsi lengkap alat bersaiz gelang tangan itu sekali gus menjadikannya seperti 'jururawat peribadi' yang akan memberi laporan kesihatan pengguna setiap dua jam sekali dan mengambil masa hanya selama 40 saat untuk mengesan sebarang masalah kesihatan.




















Contohnya sekiranya degupan jantung atau kadar pernafasan si pemakai menunjukkan bacaan tidak normal selama beberapa kali pemeriksaan, ia akan menghantar pesanan melalui emel supaya segera merujuk kepada doktor.

"Dalam keadaan gaya hidup masyarakat bandar yang semakin sibuk hari ini, Helo mungkin dapat membantu mengurangkan risiko penyakit yang menyebabkan kematian secara tiba-tiba seperti jantung dan sebagainya kerana dapat mengesan masalah kesihatan sebelum mencapai tahap kronik," katanya.

Katanya, buat permulaan, World Global Network menyasarkan sebanyak 30,000 unit Helo mampu dijual menjelang akhir tahun ini sebelum perasmian pelancarannya pada September depan.

Gelang kesihatan itu didatangkan dalam empat pilihan warna iaitu biru, merah jambu, ungu, coklat dan hitam dan dijual pada harga  antara USD199 hingga USD1,349 bergantung pada pakej pembelian seperti berikut:


HELO LX bracelet (USD 199)
~ HELO LX

Bundle Personal package (USD 349)
~ HELO LX
~ Germanium kit
~ Band kit


Bundle Friends package (USD 744)
~ 2 HELO LXs
~ 2 Germanium kits
~ 2 Band kits
~ 2 BioZen sticker chips (promo)

Bundle Family package (USD 1349)
~ 4 HELO LXs
~ 4 Germanium kits
~ 4 Band kits
~ 4 BioZen sticker chips (promo)

Jadi apa lagi… tunggu Helo ke pangkuan ko orang tak lama lagi ya dan jadilah ‘doktor’ sendiri dengan ‘Helo’ sebagai jururawat peribadi…

Harganya pun mampu milik… ala macam ko orang beli telefon bimbit sahaja….dengan berbelanja sedikit ia mampu membantu anda mengesan ‘penyakit’…tidak ternilai harganya dengan nyawa ko orang kan?


Nak tahu  lebih lanjut mengenai  Helo atau pun nak membuat tempahan secara dalam talian boleh mengunjungi laman web www.worldgn.com atau menghubungi pengedar tunggal Helo di Malaysia di talian 01125750751.

Klik DI SINI untuk info lebih jelas.

       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan