Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'DENDAM AURORA' TELENOVELA TERBAHARU ASTRO, GLOBAL STATION





‘Dendam” – satu sifat manusia yang jika diikutkan perasaan waima tidak dibendung boleh membawa kesengsaran.

Bila dendam seseorang membara, maka dia akan mencari jalan untuk merancang pelbagai cara untuk memusnahkan hidup orang yang didendamnya. Alangkah sengsaranya apabila hati kita penuh dendam.

Adakah perasaan itu yang dipendam Aurora lakonan Nabila Huda dalam judul ‘Dendam Aurora”.

Apa kesudahan pada tajuk ‘Dendam Aurora? 

Benarkan Aurora berdendam setelah dianiayai sehingga dipenjarakan 8 tahun akibat membunuh?

Persoalan inilah yang dikupas dan dapat anda tonton mulai 25 Julai ini apabila ‘Dendam Aurora’ mula bersiaran di Astro Prima (105) dan MayaHD 135, setiap  Isnin hingga Jumaat jam 6.00 petang.

Kak Fas sudah pun tonton episod perdana telenovela ini yang diadaptasikan daripada drama asal ‘Tuscan Passion” atau lebih dikenali dengan judul  ‘Tre Rose Di Ava” di mana ia merupakan siri popular tiga musim terbitan Mediaset Distribution di Itali sekitar tahun 2012.

Dan kini ia menjadi pilihan penerbitan  Astro Prima dengan kerjasama Global Station Sdn Bhd yang diterajui Datin Zaiton Mohd Jiwa.

Tetapi jika ko orang bertanya kenapa mengambil cerita dari Negara luar… tidak kah ada karya tempatan yang boleh dijadikan drama bersiri?

“Saya mengambil karya luar untuk dijadikan penanda aras bagi penulis tempatan menghasilkan cerita yang bagus tetapi bukan bermakna saya menidakkan hasil mereka sebab selepas ini ada beberapa skrip kita yang akan dijadikan drama,” ujar Datin Zaiton.

Menyambung pendapat Datin Zaiton yang lebih mesra disapa Kak Ton,  Ketua Saluran Melayu Astro, Encik Raqim Ahmad berkata, “Ia mampu memberi persaingan positif untuk menggalakkan pembangunan industri penerbitan drama Negara ini.”

Sambung Raqim, “walau pun nampak mudah, hakikatnya membikin karya adaptasi sebenarnya agak sukar dan memerlukan ilmu kerana proses adaptasi karya asal untuk menghasilkan karya baharu menuntut interpretasi kreatif bagi mengekalkan semangat dan intipati asal dengan nilai naratif yang menarik. “

Untuk 100 episod ‘Dendam Aurora” ditugaskan kepada bahu pengarah  Feroz Kader dan Riza  Baharudin dengan barisan artis mantap seperti Nabila Huda, Ungku Ismail Aziz, Anzalna Nasir, Shah Iskandar, Mia Nasir, Adam Lee, Oktovia Manrose, Aedy Ashraf, Dian P Ramlee, Dato Eizlan Yusof, Nikki Palikat serta Fezrul Khan.


Kak Fas pasti ko orang sudah pun menonton tayangan perdananya selama setengah jam di saluran Astro baru-baru ini kan?

Dan sudah tentu mahu terus menonton sambungannya ya tak?

Tetapi jika ko orang terlepas atau masih mahu menonton sekali lagi kerana tidak puas… pastikan tanda kalendar pada 25 Julai ini ya…

COUNTDOWN nya cuma tinggal 3 HARI lagi ya…. Dan jam nya 6 Petang di saluran Astro Prima dan MayaHD…

Kak Fas tidak mahulah cerita panjang lebar kisah konflik penuh dendam ini nanti tak best lak kan… baik saksikan sendiri .. apa pun boleh tonton sedikit treler di bawah ini….



Cuma apa yang Kak Fas past ko orang suka adalah lakonan Nabila Huda atau Abil yang terkenal dengan lakonan yang mantap setiap kali dia berlakon….

Kak Fas mengenali Abil sejak kecil kerana sering datang ke rumah dan bermain dengan anak bongsu Kak Fas memandangkan kami berjiran dalam satu kawasan kondominium.

Dan kini Kak Fas tumpang gembira melihat kejayaan yang diraih oleh anak penyanyi Rock, Amy Search ini… Tahniah Abil semoga terus mencipta nama dan sukses selalu dalam dunia yang menjadi pilihannya. Tak sangka anak kecil ini dahulu yang Kak Fas ingat pemalu boleh jadi pelakon. Well... di mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi kan... 

#Trivia

UNGKU ISMAIL terpaksa membatalkan prinsipnya enggan menyentuh mana-mana wanita bukan mahramnya ketia berlakon.

Alasannya: Kerana mengikut kehendak skrip yang memerlukan adegan intim. Ungku Ismail  memberitahu beliau sudah meminta izin daripada suami Nabila untuk melakonkan babak berkenaan.

Namun katanya, gada masa akan datang,  beliau akan mengekalkan prinsip untuk tidak bersentuhan dengan pelakon wanita lain.
KITA LIHAT nanti ya…


NABILA HUDA terpaksa menolak untuk berlakon dalam filem ‘Blok 404” di mana beliau merupakan antara pelakon asal  filem berbentuk vcd 16 tahun lalu. Kini filem itu diterbitkan semula oleh salah seorang pelakon asal, Boy Iman dan sudah pun dilancarkan baru-baru ini.

Alasannya: Watak dan komitmen  untuk ‘Dendam Aurora’ meletihkan, sehingga  diserang selsema dan demam.  Jadi Abil tidak mampu nak bekerja dengan berkejar-kejar ke beberapa lokasi berbeza.

Rasanya ini alasan yang cukup kukuh yang Boy Iman perlu terima dengan hati terbuka…Fokus pada sesuatu adalah penting daripada mengejar wang ringgit ya tak Abil?


ZARINA ZAINUDDIN terpaksa menarik diri setelah berlakon satu babak dalam ‘Dendan Aurora” setelah dikecam peminat tidak konsisten dalam proses berhijab. Zarina membuka tudung dan memakai rambut palsu untuk wataknya dalam drama tersebut.

Alasannya: Dibuat atas kehendaknya sendiri selain menyifatkan, ia mungkin ujian yang harus dilalui dalam usaha untuk menjadi Muslimah lebih baik.


Keputusan yang amat bijak… ada rezeki lain in syaa Allah!


Tiada ulasan: