Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PLANTA KONGSI AMALAN SUMBANG BISKUT RAYA


Siapa tidak kenal dengan jenama Planta.

Sebut sahaja Planta sudah pasti suri rumah khususnya sudah membayangkan marjerin lelemak rona kuning itu malah bagi Kak Fas Planta sudah sinonim dengan pembuatan segala macam kek mahu pun biskut raya.

Sejak kanak-kanak Kak Fas sudah diperkenalkan kepada Planta apabila ibu membuat kuih raya di dapur... jadi bayangkan lah betapa lama dan popularnya jenama ini dalam rumah setiap keluarga.




















Baru-baru ini Planta, meraikan penutup kempen ‘Peraduan Setulus Hati’ Hari Raya selama sebulan yang menyaksikan 12 peserta akhir terpilih bertemu dalam pertandingan masakan amal yang menyentuh hati.

Kak Fas antara pihak media/blogger yang sempat hadir bagi menyaksikan pertandingan antara 12 peserta bertuah berkenaan yang diacarakan oleh selebriti Daphne Iking.

Seperti hakim pulak... Kak Fas pun sebuk melalui meja ke meja selepas masa 45 minit untuk masing-masing memasak resepi pilihan hati menggunakan marjerin Planta.

Ternyata, lidah Kak Fas sama dengan lidah para hakim yang terdiri daripada Tim VanEs, Ketua Kategori Makanan Unilever Malaysia dan Mohd Hadzrin, Sous Chef Kanan (Kuisin Asia) Unilever Food Solutions Malaysia.

Kira Kak Fas pun boleh jadi hakim lah hahaa....
















Ya pemenangnya terdiri daripada Puan Marhaini Binti Mohd Ashari, 49,  dari Rawang yang memasak biskut diberi nama 'Almond Stripe" .

Rasa biskut serta  hiasan  persembahannya merupakan yang terbaik Kak Fas lihat.

“Saya cipta biskut begini kerana tahu kanak-kanak suka dengan rasa cokelat cuma untuk peraduan ini saya menggunakan planta untuk membuat 'base' pada bahagian bawah cokelat." ujar Marhaini kala ditemui.

Tambahnya, beliau tergerak untuk menyertai cabaran ini untuk anak yatim kerana senyuman mereka perlu dikongsi bersama-sama waima mereka  ibarat permata yang perlu dikasihi dan disayangi”.

Bagi dirinya, Marhaini memenangi baucar hadiah Seng Heng bernilai RM1,500 serta produk-produk Planta.

Kriteria penghakiman adalah berdasarkan 70% pada rasa Planta yang paling menonjol dan 30% pada cara persembahan biskut.

Menghakimi pertandingan masakan dan berkongsi kemeriahan suasana ialah Mr. Tim VanEs, Ketua Kategori Makanan dari Unilever Malaysia dan Encik Mohd Hadzrin, Sous Chef Kanan (Kuisin Asia) Unilever Food Solutions Malaysia.




Tempat kedua daripada 12 finalis dimenangi oleh Puan Nur Sarah Shukri yang membawa pulang produk Planta dan baucer Seng Heng bernilai RM800 manakala 10 sagu hati lain berupa baucar hadiah Seng Heng di samping produk-produk Planta bernilai RM10,000.

Barangkali ko orang nak juga tahu kan apa sebenarnya tujuan Peraduan Setulus Hati oleh Planta ini? Jadi dengar apa kata Tim VanEs:

“Kami mempercayai makanan memainkan peranan yang penting dalam mengeratkan ikatan keluarga, terutama semasa perayaan seperti Hari Raya. Malahan, ia juga masa untuk renungan kembali, kemurahan hati dan kerendahan budi, bahkan juga masa mempamerkan empati dan mengungkapkan kasih sayang tanpa syarat dengan cara menyediakan makanan serba lazat.”



“Berkongsi hasil air tangan ibu dengan anak-anak yatim menerusi ‘Peraduan Setulus Hati’ akan menyemaikan rasa kegembiraan tak terperi di hati mereka kerana melalui pertandingan ini, mereka memperoleh peluang nyata dan dapat merasai kasih sayang ibu daripada kuih-muih serba lazat buatan tangan semasa Hari Raya,” kata VanEs lagi.

Dirancang untuk mencetuskan rasa keriangan Hari Raya kepada kalangan golongan kurang bernasib baik, kempen tersebut mencabar dan mengajak masyarakat merebut peluang agar biskut ciptaan mereka diedarkan oleh pihak Planta untuk membahagiakan lebih 400 orang kanak-kanak di Selangor dan Kuala Lumpur, di samping menawarkan banyak hadiah menarik untuk para peserta sendiri.





Bertujuan untuk berkongsi hasil air tangan ibu dengan golongan kurang bernasib baik supaya anak-anak yatim dapat menikmati kasih sayang seorang ibu menerusi kuih-muih serba lazat, pertandingan masakan selama 45 minit itu menyaksikan Marhaini muncul sebagai pemenang dan lebih 5,000 biskut Almond Stripe yang menyelerakan berjaya dihasilkan untuk amal.

TambahTim VanEs, , “Kami mempercayai makanan memainkan peranan yang penting dalam mengeratkan ikatan keluarga, terutama semasa perayaan seperti Hari Raya. Malahan, ia juga masa untuk renungan kembali, kemurahan hati dan kerendahan budi, bahkan juga masa mempamerkan empati dan mengungkapkan kasih sayang tanpa syarat dengan cara menyediakan makanan serba lazat.”

Mengakhir ucapan ringkasnya, VanEs berkata: “Sejak sekian lama Planta sentiasa berkongsi jalinan ikatan yang erat dengan ibu-ibu dan anak-anak, dan menerusi inisiatif CSR seperti ‘Peraduan Setulus Hati’, pihak kami berharap dapat sentiasa menggalakkan ibu-ibu untuk berkongsi pengetahuan dan “air tangan” melalui resipi-resipi biskut buat generasi-generasi akan datang.”


Tiada ulasan: