Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MIZIO MENYANYI KERANA MINAT, BUKAN ANUGERAH


Impianya apabila berjaya merakamkan lagu, Mizio mahu menjalani penggambaran video klipnya di Santorini, sebuah kepulauan di Greece waima panorama sekeliling begitu cantik dan menawan hatinya.
Kini, ternyata impiannya itu direalisasikan di mana Santorini menjadi lokasi klip video bagi kedua dua lagu single yang julung kalinya dirakamkan berjudul 'Izinkanlah' serta 'Memori Duka'.
Beliau sanggup menghabiskan masa dan wang ringgit semata-mata mahu memberikan yang terbaik dan bermutu pada klip videonya itu.



"Melalui klip video ini anda dapat melihat betapa cantiknya pemandangan Santorini walau pun kepulauan itu terkenal dengan gerejanya namun  bangunan putih di atas cerun menghadap laut cukup unik dan indah," ujar Mizio, penyanyi baharu berdarah kacukan Melayu, Cina dan India ini selepas memperdengarkan dua lagu singlenya 'Izinkanlah' dan 'Memori Duka' di majlis pelancaran yang dilangsungkan di Hard Rock Cafe KL semalam.
Kedua-dua buah lagu menampilkan melodi yang dicipta oleh Taiko Tuaran dan lirik oleh Syafizan Syafik. Susunan muzik telah dibuat Mizio sendiri dan berkonsepkan irama “throwback” ke zaman 80-90an
Usahawan cum penyanyi ini bermula dari sifar namun mengambil langkah sistematik  bagi mendekatkan dirinya kepada bidang seni suara seperti mengambil kelas vokal, belajar tentang produksi muzik dan proses pengarahan video muzik, yang semuanya dilakukannya sendiri.
Selepas menayangkan kedua-dua video klipnya Mizio membuktikan nyanyiannya secara live dan kelihatan beliau begitu teruja dan puas kerana niatnya untuk berkongsi karyanya  menjadi kenyataan setelah sekian lama bekerja keras untuk pembikinan dua lagu single tersebut.
Menurut Mizio yang enggan mendedahkan nama sebenarnya tetapi lebih senang disapa Mizio sahaja..... penggambaran kedua-dua video muzik mengambil masa selama tiga hari di Santorini, Greece.

"la berlatar-belakangkan keindahan laut Aegean dan pemandangan sekitar Gereja Dom Biru yang menjadi mercutanda ikonik kepada pulau tersebut. Santorini diiktiraf sebagai pulau yang paling romantik di dunia dan menjadi tumpuan berjuta-juta pelancong setiap tahun," ujarnya yang tidak menolak kemungkinan ada suara sumbang yang barangkali akan mempertikaikan lokasi yang dipilih.

"Kita harus menghormati setiap agama dan saya rasa tidak salah sekadar membuat penggambaran sekitar gereja di Santorini," jelas Mizio.


BIla sebut 'Santorini" teringat Kak Fas pada drama berjudul "Kopi Sentul Mocha Santorini" lakonan Janna Nick dan Riz Amin (pix kiri) yang pernah disiarkan di RTM tahun lalu..

Ditanya apakah harapan Mizuo setelah terjun ke bidang seni suara?

Jawabnya, "Saya menyanyi bukan untuk memasuki pertandingan AIM atau mahu merebut sebarang anugerah. Saya menyanyi kerana minat terhadap muzik bukan ada tujuan lain atau mahu  bersaing dengan sesiapa."

Melalui luahannya itu Kak Fas dapat merasakan kejujurannya malah dua buah lagu single yang diterbitkan atas usaha dan wang ringgit sendiri tidak bernokhtah.

Mizio yang boleh berbahasa Kantonis, Mandarin mahu pun Hokkien bercadang untuk melebarkan sayapnya dengan merakamkan lagu Mandarin dan seterusnya mempromosikannya di negara China sebagaimana yang dilakukan oleh Shila Amzah.

"Saya tidak keberatan jika satu hari nanti berpeluang berduet dengan Shila Amzah," jelasnya apabila ditanya kemungkinan tersebut.

Dengan pakej yang dimiliki Mizio bagaimana pun menolak untuk menjadi pelakon memandangkan masa tidak mengizinkannya untuk berada lama di set penggambaran.

"Rasanya saya tidak akan ceburi bidang lakonan kerana saya pernah ditemu bual dalam sebuah dokumentari dan pengalaman itu membuatkan saya serik untuk jalani penggambaran kerana ia mengambil masa terlalu lama." katanya.

Majlis yang diacarakan oleh Dee 'Jangan Ketawa' ternyata menghiburkan waima pengacara tersebut sudah sinonim dengan gurau sendanya yang mencuit hati.

Dan antara penaja yang turut memberikan sokongan kepadanya meliputi Hsiang Lin Fang, Alicafe, Regent Furnishing  dan Hotel Concorde di mana mereka menyumbangkan hadiah pada cabutan bertuah petang itu.


Jika ko orang nak dengan vokal dan nyanyian Mizio boleh layari pautan di bawah ini: 

1) Izinkanlah  DI SINI
2) Memori Duka di pautan DI SINI
Media Sosial
1) Facebook https://www.facebook.com/mizio2017
2) Instagram https://www.instagram.com/miziovokal/
Untuk sebarang pertanyaan boleh email miziovocal@gmail.com atau tel/whatapps 018 3749980.

Tahniah Mizio... suaranya yang garau serta penampilan yang segak tidak mustahil Mizio yang Kak Fas nampak mirip pelakon Tony Yusof bakal mendapat perhatian ramai khususnya peminat wanita,  seterusnya  mewarnai industri hiburan tempatan.



Lebih-lebih lagi keberanian Mizio merakamkan single dalam keadaan industri rakaman kurang memberangsankan merupakan cabaran hebat namun Kak Fas percaya bukan wang yang menjad persoalan tetapi kepuasan yang menjadi ukuran kepada penyanyi berasal Pulau Pinang ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan