Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ZAINOL MACWILSON SEDIH AIMAN HAKIM-ZAHIRAH BERTUNANG?


GOSIP TERKINI....

Apa citer paling hot kebelakangan ini?

Kak Fas yakin kisah pertunangan mengejut pasangan pelakon drama ‘Curi-curi Cinta”, Aiman Hakim dan Zahirah MacWilson yang bertunang di Perth, Australia masih diperkatakan.

Ya lah… tiba-tiba sahaja perkhabaran gembira itu hanya dikongsi oleh tuan empunya badan melalui Instagram masing-masing tanpa ada apa-apa khabar angin sebelum ini.

Pandai Aiman dan Zahirah simpan rahsia kan?

Apa pun Kak Fas tumpang gembira kepada kedua pelakon yang Kak Fas kenali sebagai yang berbudi bahasa dan lembut  kala berbicara ini. Mereka memang sepadan bagaikan 'pinang di belah dua'.

Pun begitu, seperti kata ayah Zahirah, Zainol MacWilson menjadi tunangan orang bukan kunci untuk keduanya bebas bergaul.

“Tak manis dipandang orang,” ujar Zainol memetik Harian Metro.

Teguran itu diluahkan oleh Zainol yang turut merasa sedih tidak dapat berkongsi majlis pertunangan memandangkan ketika itu beliau berada di Perlis walau pun sudah dimaklumkan keluarga Aiman akan ke Perth untuk urusan pertunangan.

Bila pula tarikh pernikahan?

Kak Fas: Soalan cepu emas yang pasti menjadi pertanyaan utama apabila bertemu Aiman atau Zahirah kelak! Tahniah!

1 ulasan:

Unknown berkata...

Memang sweet betul eh aiman dgn zahirah nie...Memang padan eh bila pulak tarikh kawin?leps nie aiman dgn zahirah ada berlakun lagi x selepas cerita curi curi cinta