Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ARDELL KURANG BERLAKON, AKTIF MENGKAJI 'BULU'?


Islam amat mementingkan kebersihan. Umatnya digalakkan membersihkan diri dan kembali kepada fitrah yang asal iaitu fitrah suci.

Sebagaimana sabda Rasullullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Lima amalan daripada fitrah itu ialah mencukur bulu di bahagian kemaluan, berkhatan, menggunting misai, mencabut bulu ketiak dan mengerat kuku.”

Penampilan diri yang bersih dan cantik mencerminkan jiwa serta cara hidup seseorang.

“Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka akan kecantikan.” – (Hadis riwayat Muslim).

Sehubungan itu, tidak ada larangan syarak terhadap mencukur bulu pada anggota badan kecuali dilaknat oleh Allah SWT menipiskan alis bulu kening.

Apabila tidak ada larangan, maka ia kekal di atas hukum asalnya iaitu harus dan sunat. 

“Saya sudah pun mengkaji soal hukum hakam ini daripada pakar terbabit dan kerana itulah saya berani berkongsi dan melabur dalam perniagaan ‘Hairy Mary’ ini,” jelas pelakon Ardell Aryana ketika ditemui pada majlis pelancaran pusat kecantikan rawatan menanggalkan bulu tersebut.

Majlis pelancaran berlangsung meriah dengan mengekalkan tradisi budaya Cina melalui persembahan tarian singa sebagai simbolik merestui pembukaan kedai.

Untuk pengetahuan semua, ‘Hairy Mary’ diasaskan oleh bapa saudara kepada Ardell iaitu Dr. Por Yan Sheng sejak 10 Oktober 2018 dengan cawangan pertamanya di Subang Jaya, One City diikuti cawangan kedua di pusat membeli-belah ternama, Midvalley.

Menurut Ardell, kesungguhannya untuk berkolaborasi dengan Dr. Por yang dibahasakan sebagai ‘pak cik’  (memandangkan jarak usia mereka tidak jauh) timbul apabila dirinya pentingkan kebersihan.

“Sebenarnya sudah lama ‘pak cik’ ajak saya berkolaborasi dan cuma kali ini saya bersetuju memandangkan kami bukan sahaja bersaudara tetapi meminati bidang yang sama,” cerita Ardell.

Memulakan kerjayanya sebagai pakar estetik  sejak lima tahun dahulu dengan membuka YS Clinic, Dr. Por memberi perkhidmatan seperti pico laser, rawatan pigmentasi, membuang parut dan seumpamanya yang berkaitan rawatan kecantikan.

Dalam tempoh itu, beliau mendapati sambutan khalayak terhadap industri kecantikan semakin menggalakkan dan sebagai langkah mengembangkan lagi bisnes, lahirnya idea untuk menubuhkan pula sebuah pusat yang tumpuannya hanya kepada perkhidmatan membuang bulu.

“Permintaan untuk rawatan ini di kalangan masyarakat semakin meningkat. Kerana itu saya mengambil keputusan untuk menubuhkan Hairy Mary dengan kolaborasi bersama Ardell memandangkan Ardell turut berkecimpung dalam dunia kecantikan,” cerita Dr. Por.

Menggunakan teknologi  THOR light laser dari Korea,  rawatan menggabungkan sistem penyejukan yang mampu mengurangkan kesakitan atau rasa tak selesa semasa rawatan dan sistem penyampaian yang lebih baik daripada IPL untuk ketepatan yang lebih tinggi supaya menghasilkan keberkesanan maksimum. 
Sesuai untuk semua jenis kulit dan rambut, teknologi Thor juga mampu menanggalkan bulu secara kekal dengan kesan efektif.
“Selalunya selepas rawatan kali ketiga, proses pertumbuhan bulu lambat dan kadang kala terus hilang,” ujar Dr Por.
“Suami saya pun dah cuba,” sambung Ardell sambil melemparkan senyuman terhadap pelakon utama “Busut Bonang”, Nadzmi Adhwa yang tersenyum dan mengangguk tanda setuju pendapat isterinya.
Pun begitu, pusat Hairy Mary yang terletak di Publika ini lebih tertumpu kepada pelanggan wanita walau pun lelaki boleh mengunjunginya untuk rawatan ringan seperti membuang bulu di muka.
Bersempena dengan pembukaan outlet yang ketiga di Solaris Dutamas, Publika itu, Hairy Mary menawarkan promosi menarik kepada pelanggannya, iaitu dengan hanya RM118, mereka berpeluang mendapatkan  rawatan selama 1 tahun (12 kali rawatan) untuk bahagian di badan yang terpilih. Namun tawaran ini hanyalah dibuka pada 14 dan 15 Disember 2019 lalu sahaja.
Harga asal bagi rawatan pada sesuatu bahagian bermula dari RM150 manakala untuk rawatan seluruh badan disyorkan. mengambil pakej yang disediakan dengan harga promosi istimewa,bahkan dari masa ke semasa tawaran mampu mencecah diskaun sehingga 70%.
Pun begitu, bagi yang ketinggalan pelancaran promosi, Hairy Mary turut menawarkan promosi setahun pada harga RM398, promosi hujung tahun dan banyak lagi.
Jadi jangan lupa untuk sentiasa mengikuti pengumuman di laman sosialnya samada di Instagram atau Facebook.
Atau nak tahu lanjut boleh menghubungi talian watsapp di +6018 2845887.
Kak Fas: Tahniah Ardell. Walau pun akui kurang menerima tawaran berlakon disebabkan sudah berhijab, Kak Fas yakin ada rezeki di tempat lain apatah lagi Ardell dan Adhwa rajin menguruskan bisnes mereka.
Khabarnya nak buka lagi tiga outlet Hairy Mary sepanjang tempoh 2020.
#hairymary #ardellaryana #publika #nadzmiadhwa #drporyansheng

11 ulasan:

  1. Ada juga ye rawatan untuk buang blu nie...atau nad baru tahu?agak ketinggalan jgk nie..btw good info..boleh rekeman kt mmbr yg ada masalah mcm nie..

    BalasPadam
  2. Sekarang nie meniaga is much better dari berlakon kot sebab berlakon banyak saingan. Lagipun rezki nie kan rahsia Allah swt kan

    BalasPadam
  3. Wah I nak try Hary Mary ni seen so many influencer raving about it.

    BalasPadam
  4. sejak bertudung memang jarang nampak dia berlakon sekarang ni. mungkin rezeki dia untuk masuk bidang ni pula..

    BalasPadam
  5. Oh cukur bulu kaki ke ni? Memang harus utk jaga kebersihan jugak ni. Annazofatul minal iman. Kebersihan itu sebahagian dari iman

    BalasPadam
  6. Bagus lahh buka bisnes yang dapat beri benefits kat orang. Kalau muslimah friendly pun lagi bagus

    BalasPadam
  7. Baru tahu hukum yang mencabut bulu tu. Tajuk Kak Fas bukan main, ingat kajian bulu apa lah tu. Tawaran harga menarik tapi dah habis promosi kan. Hmmm. Teringin nak try.

    BalasPadam
  8. Macam best je tempat ni. Alhamdulillah. Rezeki ardell dalam bisnes. Semoga ardell terus maju

    BalasPadam
  9. Betul dalam dunia artis ni tak lama mana pun memang akan kena ada business macam ni heheh untuk masa depan bagus apa yang dibuat Ardell ni. Moga ramai lagi artis luar sana berfikiran sama juga...

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah...rezeki seseorang dah ditentukan oleh Allah SWT. Kita kena kekal berusaha tanpa putus asa. Bika baca story macam ni buatkan Sal rasa bermotivasi

    BalasPadam
  11. Semoga perniagaan yang dijalan akan bertambah maju dan berkembang di masa akan datang :)

    BalasPadam