Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

CODE PINK 360° BANTU WANITA TINGKAT PRESTASI


Sudah lama sebenarnya Kak Fas tidak hadir pada mana-mana program ceramah atau pun seminar. 

Tetapi baru-baru ini apabila mendapat undangan daripada teman bagi mengikuti sebuah program untuk wanita di bawah tajuk ‘Code Pink 360°  Kak Fas teruja melihat sambutan yang diberikan,

Kira-kira 100 peserta wanita dari pelbagai latar belakang dan komuniti berkumpul dan mengambil bahagian pada  program yang dinamakan 'CodePink360°' selama tiga hari bertempat di Hotel Primiera Kuala Lumpur.

Anjuran Bright Future Forward (BFF), sebuah NGO dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), program berkenaan adalah initiatif pembangunan diri bagi  golongan wanita dari semua peringkat umur dan latar belakang untuk bersama-sama mempelajari kemahiran baharu dari pakar berpengalaman dalam industri yang berbeza.

"Kami adalah Organisasi yang dianggotai oleh golongan dari industri yang pakar dalam bidang masing-masing demi menyumbang kemahiran dan pengalaman ke arah mewujudkan masyarakat yang bebas daripada ekonomi,”  demikian kata Presiden BFF, Puan Darwisa Ahmad.

Malah kewujudan BFF, jelas Darwisa adalah dengan visi untuk berkembang menjadi salah satu NGO terkemuka di Malaysia yang diiktiraf di peringkat global.

Sebelum itu, tentu anda ingin tahu apa kah sebenarnya ‘CodePink360’ itu?

'Codepink360' adalah program latihan dua hari yang diisi dengan inspirasi, humor dan semangat. Visinya adalah untuk memacu kaum wanita agar bersama menyampaikan imej positif tentang apa yang sebenarnya mewakili seorang wanita total sehingga mencapai tahap 360 darjah. 

'Codepink360' menitikberatkan empat faktor dalam  pembangunan diri - Kesihatan, Penjenamaan, Perniagaan & Kekayaan ‘ waima program disempurnakan pelancarannya oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Kapasiti, Jabatan Pembangunan Wanita, Puan Iliana Yusof.

Dalam ucapannya, beliau  menyebut betapa pentingnya mendapatkan sokongan  pihak ketiga untuk mewujudkan program seperti CODEPINK360 ° yang berorientasikan hasil namun pada asasnya menjadi satu platform neutral bagi wanita dari semua latar belakang untuk bersatu dan menyokong satu sama lain.

Sehubungan itu, program tiga hari menyaksikan enam penceramah dan jurulatih dari pakar industri yang luas dan berbeza seperti kesihatan, kecergasan, penjenamaan peribadi, perniagaan, wanita bekerjaya digital dan yang terbabit dalam pengurusan hartanah dijemput.

Pun begitu,  acara program dimulakan dengan senamrobik 'FITJOY' yang dikendalikan oleh Jully dan teamnya.


Kak Fas rasa teringin juga nak senamrobik tetapi terpaksa tahan kaki dan tangan nak mengikuti rentak muzik haha kerana yang penting tugasan perlu diutamakan.

Sambil senamrobik berlangsung Kak Fas melawat  meja vendor-vendor yang mengambil bahagian terdiri daripada produk kecantikan, fesyen, minuman mahu pun kesihatan. Malah ada sudut fotografi bagi mereka yang mahu mengambil gambar kenang-kenangan dengan hanya membayar RM5 sahaja.

Ketika melawat setiap gerai Kak Fas tertarik dengan dua gerai menjual produk Lavasse iaitu chocolate malt manakala satu lagi milik wanita jelita,  Millicent Ann Paul yang mempromosikan produk miliknya… O'Beaute.

Untuk Lavasse Kak Fas terpedaya dengan pengenalan oleh Puan Safiah (pix atas, kiri) yang menghulurkan minuman cokelat malt jualannya untuk dirasai.

Memang sedap... terasa macam ‘hot chocolate’ kegemaran Kak Fas ketika berada di London dulu haha..

Menurut Safiah, untuk program tiga hari beliau menawarkan harga RM50 bagi satu pek malah jika menjadi ahli dengan bayaran RM100 boleh mendapat satu pek percuma dan peluang beroleh pendapatan sampingan jika berjaya menarik dua ahli masuk di bawah mereka.

Memandangkan rasa cokelat itu sedap, Kak Fas terus terpedaya untuk masuk jadi ahli hanya kerana nakkan pek Lavasse walau pun sebenarnya boleh sahaja membeli tanpa masuk jadi ahli. Maklumlah Kak Fas ni bukan bijak sangat berbisnes huhu.

Namun apabila diyakinkan Safiah akan membantu dapatkan ahli Kak Fas rela sahaja lah. Untuk ke hadapan Kak Fas tak pasti mampu aktif atau tidak cuma apa yang Kak Fas mahukan adalah berterusan mendapatkan produk Lavasse dengan harga ahli.

Dan dimeja bersebelahan Kak Fas bermesra pula dengan Millicent mengenai produknya - O'Beaute.

Kali ini Kak Fas agak beruntung apabila Milicent sanggup memberikan produknya untuk Kak Fas cuba. 

Sebenarnya ini kali pertama Kak Fas dengar mengenai O'Beaute dan melihat pada flyer dan testimoni yang dijelaskan ternyata ia satu produk berkualiti dan bagus untuk rawatan kulit.

Menurut Millicent, penjagaan kulit O'Beaute Ayuverdic menggunakan cara purba dengan bahan bahan semula jadi seperti kelapa, kunyit, lidah buaya, minyak badam, minyak bunga matahari, kembang sepatu, dan limau bagi menyelesaikan masalah kulit seperti pigmentasi, parut sekali gus menutup liang terbuka dan mencerahkan kulit.

"Ia juga membantu melembutkan kulit dan mengurangkan garis halus serta kedutan, " ujar Millicent sambil memberitahu produk dijual di beberapa farmasi pilihan seperti di Healthlane Farmasi.

Kehadiran produk ini pada program ini sudah tentu dapat membantu hadirin yang sedang mencari sesuatu bagi menyelesaikan masalah kulit mereka.

Ya lah bukan kah penampilan seri dan segar itu penting bagi seorang usahawan wanita berjaya, tak gitu?

Terima kasih Millicent atas nasihat dan set produk yang diberikan untuk review meliputi ‘cleanser’ , ‘scrub’, ‘toner’ dan ‘face cream’. 

Kak Fas pasti akan cuba untuk melihat keberkesanannya. Pas ni mesti kulit Kak Fas lagi cerah ya tak haha!

Melihat kepada kulit wajahnya yang bersih dan cantik apatah lagi banting promosi iklannya pula memaparkan seorang ratu cantik sudah tentu produknya itu mendapat sambutan hangat.

Ok...kembali memberikan perhatian kepada program ‘CodePink360”,  sebaik selesai senamrobik, hari pertama menyaksikan tumpuan kepada topik berkaitan Kesihatan dan Penjenamaan Peribadi.

Menampilkan Dr. Tan Gie Hooi, pakar perunding payudara dan pakar bedah oncoplastic dari Hospital Thomson, beliau bercakap mengenai topik yang berkaitan dengan kanser payudara dengan tajuk ‘Early Detection Saves Lives’.

Antara ceramahnya, Dr. Tan menekankan bahawa pemeriksaan payu dara perlu dilakukan setiap wanita malah turut mengajar teknik pemeriksaan payudara yang betul ke atas seorang model.

Agak mengejutkan hadirin apabila modelnya seorang lelaki sasa yang sanggup membuka bajunya bagi Dr. Tan menunjukkan bagaimana cara membuat pemeriksaan payudara bagi mengesan sebarang ketulan.

Ya lah nak ambil wanita jadi model susah juga kena buka baju ya tak. Syabas kepada Encik Model yang sanggup disentuh badannya untuk demonstrasi malah mendapat tepukan lagi.

Acara sebelah petang disusuli tiga module berkaitan penjenamaan peribadi yang dibentangkan oleh Anushya Safira, pemilik dan pengasas Mene Consulting dan perunding imej melalui tiga tajuk ceramah:
  1. ‘Presenting You At Personal Best’ 
  2. ‘The Power of Colours in Work Place’ 
  3. ‘Courtesy  Etiquette & Social Graces’
Anushya berkongsi bagaimana penjenamaan peribadi berputar pada empat segmen dandanan iaitu Rupa, Tingkah Laku, Komunikasi dan Digital.

"Penjenamaan Peribadi adalah tentang bagaimana anda melihat diri anda melalui mata orang lain, adakah anda mahu menjadi 'Motivator' atau 'Destroyer'?" ujar Anushya.

Disebabkan kekangan masa Kak Fas cuma sempat hadir pada hari pertama. Namun apa yang dapat Kak Fas perhatikan setiap peserta melalui program dengan penuh minat dan percaya apa yang dipelajari serap ke dalam jiwa masing-masing.

Jika tidak sudah tentu ramai yang akan meninggalkan dewan Premiera Hotel untuk bersembang ya tak.

Apa pun sesi hari kedua menyaksikan topik yang berkaitan dengan Perniagaan serta Pengurusan Kekayaan oleh penceramah seperti Viviantie Sarjuni, Ketua Program dari Program Pembina Ekosistem MaGIC serta Jaclyn Tan, penasihat kewangan dari Excellentte Consultancy Sdn Bhd.

Turut bersama ialah Chaven Ng, Ketua Permintaan Generasi dari Panpages Trinity yang bercakap mengenai  bagaimana memeulakan perniagaan dalam industri digital.

Antara topik perbincangan meliputi:
  1. ‘Business Model Canvas’ 
  2. ‘Women & Wealth: Indentifying The Secret In Effective Financial Planning’ 
  3. ‘Women Going Digital’
Bagi menghargai sokongan kesemua peserta yang hadir, sudah tentulah majlis penutupan oleh Naib Presiden BFF, Mia Michelle  menyaksikan pihak penganjur melaksanakan pemberian sijil kepada semua peserta.

Dalam ucapan ringkasnya, Mia berkongsi bahawa CodePink360° telah diilhamkan oleh seorang sahabatnya yang merupakan mangsa kanser payudara yang meninggal dunia namun tabah melalui detik kesukarannya.

"Banyak yang saya pelajari daripada beliau mengenai kekuatan dan semangat yang ditonjolkannya," jelas Mia.

Beliau seterusnya mengucapkan terima kasih kepada kesemua peserta yang menyokong kejayaan program malah yakin dapat meneruskan 'CodePink360° pada tahun 2020 malah BFF mungkin pertimbangkan membawa program ke Sabah dan Sarawak juga.

"Sebagai wanita pada zaman dan era ini, kita memakai beberapa topi dan memainkan pelbagai peranan - ibu, isteri dan pemilik perniagaan, oleh itu kita jarang mengutamakan diri kita sendiri. Apa yang kita perlukan dan apa yang kita mahukan selalu jatuh pada senarai tugasan harian kita.

"Program begini adalah peluang bagi kita untuk mencintai diri sendiri terlebih dahulu. Saya berharap hari ini, setiap seorang daripada kita  mengambil contoh visi CODEPINK360 ° dan menjadi seorang wanita totak sehingga 360 darjah. Saya percaya anda mampu melakukannya, " akhiri Mia.

Presiden dan Naib Presiden BFF, Darwisa Ahmad (kiri) dan Mia Michelle memperlihatkan sijil yang akan diserahkan kepda peserta.


Hari ketiga sudah tentu menyaksikan pemberian sijil kepada semua namun sebelum itu mereka diberikan ucapan dedikasi sebagai menggulung program ‘CodePink360’ oleh  Naib Presiden BFF,  Mia Michelle.

Untuk rekod, organisasi BFF ini telah ditubuhkan pada tahun 2018 dengan tujuan membantu golongan wanita mencapai taraf seorang usahawan berjaya bukan sahaja di dalam negeri malah ke peringkat antarabangsa sekali pun.

"Kerana itu apa yang kami anjurkan selama ini adalah untuk meningkatkan semangat mereka khususnya yang kurang berpengalaman dalam mencapai hajat hati menjadi seorang peniaga yang aktif dan berjaya," ujar Darwisa ketika Kak Fas berbual dengannya.

#codepink360 #jabatanpembangunanwanita #bff #brightfutureforward

Tiada ulasan: