Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SELAMAT TINGGAL 2019, SELAMAT DATANG 2020!


Esok.... akan bermulanya tahun 2020.

Pejam celik, pejam celik sekejap sahaja setahun berlalu. 

Terima kasih Allah kerana  meminjamkan nafas ini untuk Kak Fas terus bernyawa sehingga kini waima diberikan tenaga serta kekuatan akal fikiran untuk terus menyumbangkan buah fikiran bagi menghasilkan cerita-cerita menarik buat tatapan pembaca.

Melalui 'blog' inilah nanti memori-memori yang dapat Kak Fas tinggalkan selama tiga dekad dalam bidang kewartawanan bermula dari syarikat Utusan Melayu hinggalah menjadi wartawan cum blogger sekarang ini.

Sebagai seorang wartawan sudah tentu sepanjang hidup Kak Fas, tiada istilah 'pencen' selagi hayat dikandung badan, selagi kesihatan mengizinkan dan selagi ingatan dan jari jemari masih mampu bergerak.

Sampai bila? 

Hanya Allah yang mengetahuiNYA. Kak Fas cuma mohon doa dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang baik untuk berbakti kepada masyarakat agar dapat terus menyambung menulis untuk blog sendiri mahu pun sebagai 'wartawan sambilan' untuk beberapa portal lain seperti Xtra.com, Kitareporters.com mahu pun Nokomen.com malah pernah juga menjadi wartawan untuk majalah 'Perempuan' selepas bersara dari Utusan dan menulis untuk majalah EFY.com.my.

Malah sebagai Editor pertama majalah HAI mahu pun selama lebih 10 tahun sebagai wartawan majalah WANITA, Kak Fas tidak dapat lari daripada mengutamakan cerita-cerita berkaitan HIBURAN dan LIFESTYLE.



Itulah forte Kak Fas, namun sebagai wartawan sudah tentu tidak pula mengetepikan topik lain yang terkini menjadi trend pembacaan awam berkaitan segmen digital seperti GAJET dan seumpamanya.

Sebab itulah melalui blog ini Kak Fas mempunyai 9 halaman lain antaranya seperti 'Product/Tech', 'Travel/Hotel/Food', "Events", "Review/Run" dan lain-lain.

Pada setiap halaman ada ceritanya untuk memenuhi pelbagai citarasa pembaca yang mahukan sebuah 'blog' yang dipenuhi pelbagai kisah.

Bagi menutup kalendar 2019, Kak Fas berkongsi pengalaman ketika bertemu dengan pelakon 'kung fu' tersohor Hong Kong yang terkenal, siapa lagi jika bukan DONNIE YEN.

Apabila mendapat undangan ke sidang media filem 'IPMAN4- The Finale' sudah tentu Kak Fas tidak mahu melepaskan peluang hadir apatah lagi apabila Donnie Yen pun ada.

Seingat Kak Fas, ini masuk kali ke-3, Kak Fas bertemu Donnie Yen, cuma pada kali kedua ketika Donnie hadir mempromosikan IPMAN 3, Kak Fas dapat peluang berselfie dengannya.

Itu pun sebab waktu itu, majlis sidang media berlangsung lebih santai dan eksklusif. Tidak ramai yang dijemput.

Tetapi berlainan pula kali ini.  Promosi 'IPMAN4' berlangsung cukup gah dengan kehadiran begitu ramai wartawan daripada rasanya hampir semua media cetak tempatan serta daripada golongan sosial media yang mempunyai portal/blog masing-masing.

Akibat itu, Dewan yang berlangsungnya sidang media di Hotel St Regis sesak dan boleh dikatakan hampir lebih separuhnya dipenuhi oleh media Cina. 

Namun agak mengecewakan juga apabila majlis wawancara bintang-bintang IPMAN 4 yang dihadiri pelakon utamanya, Donnie Yen, Denny Chan Kwok Kwan yang berlakon sebagai Bruce Lee dan penerbit Raymond Wong serta penulis skrip Edmond Wong dilangsungkan dalam bahasa Cina.

Kami yang tak tahu sepatah haram termasuk akur namun terima kasih kepada Donnie Yen yang telah memberikan sepatah dua katanya dalam bahasa Inggeris.

Pun begitu, nasib baiklah media berbahasa lain dibenarkan membuat wawancara pada sesi lain secara berkumpulan dalam masa singkat.

Kak Fas mendahului pertanyaan dengan bertanya kepada Donnie apa kah yang membuatkan beliau bersetuju untuk sambungan IPMAN 4 sedangkan ketika ditemui pada promosi IPMAN 3 empat tahun lalu.

Ini jawapannya:

"Saya buat untuk peminat terutama pada mereka yang suka menonton filem ini. Bayangkan ketika berada di sebuah kampung di Afrika, orang sana pun mengenali saya. Saya cukup terharu yang mereka yang tiada kemudahan pawagam dan sebagainya masih mengenali saya. Jadi saya teruskan untuk menghabiskan sekuel ini untuk peminat semua."

Begitu penangan lakonan Mahaguru Wing Chun ini yang dikenali seantero dunia! 

Untuk rekod, IPMAN 4- The Finale berjaya mengutip RM20.5 juta selepas seminggu tayangan di Malaysia bermula 20 Disember lalu malah berjaya mempeoleh hasil kutipan RM1-.5 juta selepas tiga hari tayangan.

Ini bukanlah kali pertama filem dari francais "IP Man' ini berjaya mendapat kutipan hangat  bahkan sebelum ini filem 'IPMAN 3' pernah mencatatkan kutipan RM12 juta dalam tempoh empat hati dan kutipan keseluruhan sebanyak RM30 juta sekali gus meletakkannya sebagai filem Cina paling tinggi dalam sejarah kutipan di negara ini.

Syabas Donnie Yen dan 'IPMAN' maka berakhirlah sekuel filem kung fu ini. Sedih juga dah tiada IPMAN lagi haha...

Sementara itu, menutup kalendar 2019, Kak Fas sempat berada di majlis terakhir buat tahun ini iaitu ke acara pelancaran Mek Kembang Baby yang diusahakan oleh pemiliknya, Alia Najihah Alias yang terkenal dengan jenama 'Mek Kembang Cotton" iaitu  penghasilan busana berasaskan kain kapas.

Berlangsung tengah hari tadi di Bites Desserts Bar, ramai para artis yang sering bekerjasama dengan Alia seperti Nabila Razali, Izreen Azminda, Tasha Manshahar, Datin Anne Ngasri dan ramai lagi turut hadir.

Beralih dari produk busana, Alia memperkenalkan pula produk baby dan sebab itu di namakan 'Mek Kembang Baby'.

Bermula dengan syampu dan sabun mandi bayi, dua produk ini dikatakan sesuai untuk bayi.

"Yang paling bagus apabila menggunakan syampu ini bayi boleh tidur lena, " kata Alia.

Jadi itulah yang menjadi event terakhir yang sempat Kak Fas kongsikan menjelang tahun baharu esok.

Semoga 2020 akan terus membawa sinar dan kebahagian serta memberikan Kak Fas dan anda sebagai pembaca semua kesihatan yang baik.

Jumpa lagi dan Selamat Tahu Baru ya!
Baca artikel berkaitan di LINK INI.

Mengakhiri tahun 2019 bersama rakan media, Juliana di majlis Mek Kembang Baby di Bites Dessert Bar.
#ipman4 #mekkembangbaby #happynewyear2020

4 ulasan:

  1. wow...hebat2 tu artis yg hadir. Betul tu..kejap je masa berlalu. dah masuk era 2020 pun

    BalasPadam
  2. Seronok tu boleh bergambar dengan artis tersohor. Moga tahun baru ni memberi seribu kegembiraan kepada kita.

    BalasPadam
  3. Wah ramai ye peminat IP Man. Bella belum sempat tonton. Kak Fas dah lama bertapak dan berpegalaman. Boleh minta tunjuk ajar :)

    BalasPadam
  4. Bestnya dapat jumpa bertentang mata ngan hero IPMAN. minat giler ngan lakonan dia. Acting action dia superb. Beruntung akak

    BalasPadam