Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DR. ROZMEY OPTIMIS BANTU PETANI TINGKATKAN HASIL PADI GUNA DDR BIO GROW

Apabila diperdengarkan nama Datuk Dr. Hj. Che Rozmey Che Din, paling pertama yang melintas pada pandangan Kak Fas tentulah gaya uniknya terutama pada stail rambut yang mempunyai potongan ala kumpulan penyanyi Inggeris, “The Beatles’.
Cuma sedikit berbeza, rambutnya agak kerinting berbanding The Beatles yang berambut lurus.

Pun begitu, penampilannya yang unik ditokok tambah dengan kekayaan bernilai ratusan juta yang dikecapi hasil empayar yang dibina melalui syarikat Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM), siapa yang tidak mengenalinya.

Namun langit tidak selalunya cerah, setiap perniagaan ada pasang surutnya. Cuma tersungkurnya usahawan terkenal ini bukan disebabkan kurang berpengalaman dalam mengendalikan bisnes tetapi angkara dikhianati teman rapat sendiri yang selama 10 tahun dianggap seperti darah dagingnya.
Lebih memburukkan keadaan, bagaikan sudah jatuh  ditimpa tangga, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Pusat Perubatan Jitra ketika itu kehilangan isteri tercinta, Noor Halawiah Abdullah Shukri, (ketika itu 39 tahun) yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kelab Golf Darulaman, pada bulan September 2008.
Itu kisah lampau. 



Terkini, masih dengan gaya tersendiri, cuma tidak nampak rambut yang terjurai ke dahi lagi gara-gara memakai ‘snow cap’ yang menutupi rambutnya, Datuk Dr. Hj Rozmey nampak kembali aktif untuk terus membangkitkan legasi perniagaan dengan tekad dan produk baharu.
Kali ini bukan lagi menghasilkan produk kesihatan untuk manusia tetapi mengabadikan pula kepada menyuburkan hasil tanaman bumi iaitu PADI melalui DDR Bio Grow.
Umum sudah tentu maklum bahawa laporan daripada  hasil kajian KRI atau Institut Penyelidikan Khazanah, industri padi di Malaysia lemah disebabkan wujud tumpuan terhadap segmen tertentu. 

Sehubungan itu, kepercayaan dan pengukuhan keseluruhan rantaian bekalan menurut KRI perlu dipupuk bagi melindungi kepentingan 200,000 pesawah dan 31 juta pengguna di negara ini.
Dan memandangkan Malaysia masih ketinggalan dalam penghasilan varieti padi baharu berbanding negara pengeluar beras lain, kebergantungan pengeluarannya tidak seharusnya terletak pada Institusi Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) waima sektor swasta mahu pun universiti digalakkan bagi membantu mempercepatkan proses pengeluaran varieti baharu.

Kak Fas percaya saranan itu tepat dengan penghasilan  produk DDR Bio Grow milik Dr. Rozmey ini apatah lagi beliau tinggal di negeri Jelapang Padi iaitu di Jitra Kedah.
Sebagai anak Kedah Darul Aman sudah tentu beliau mahu membantu para petani di negerinya itu meningkatkan hasil tanaman ke tahap optimum, sekali gus menambah pendapatan mereka.
Dan atas kehendak itulah terhasilnya DDR Bio Grow yang kini menjadi antara produk tumpuan sekembalinya Dr. Rozmey ke arena perniagaan.
“Saya tidak mahu sejarah lalu menghantui impian saya untuk kembali membina nama dan pada masa sama, membantu orang lain meningkatkan pendapatan. 
Jika saya tidak bangkit sendiri, orang lain pun tidak mampu bantu saya kecapi apa yang saya dah hilang dulu,” luah Rozmey ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dengan usahanya datang ke Kuala Lumpur semata-mata mahu menemui wartawan dan bloggers menunjukkan betapa seriusnya beliau untuk memperkenalkan produk DDR Bio Grow kepada khalayak.
Tetapi korang mesti nak tahu kan apa itu DDR Bio Grow?
DDR Bio Grow adalah baja polimer yang diekstrak daripada kulit udang dan cengkerang ketam menerusi teknologi biosains dan fasiliti makmal terkini. 
Idea menghasilkan produk baja berkenaan tercetus ketika melihat sektor pertanian berdepan masalah kurang hasil padi akibat serangan makhluk perosak berulang. 
Dan atas sifatnya yang ingin membantu, Dr. Rozmey  mengambil initiatif bekerjasama dengan rakannya, seorang pakar kimia dalam polimer bagi menghasilkan baja yang dapat membantu petani meningkatkan hasil pertanian. 
“Kami ambil masa hampir dua tahun untuk proses pembangunan dan penyelidikan bagi penghasilan baja ini. Pada peringkat permulaan, ia diberikan kepada rakan terdekat untuk menggunakannya. Selepas melihat kesannya, kami mula luaskan pasaran.,” cerita Dr. Rozmey panjang lebar.
Menurutnya, menerusi kajian itu didapati kuasa bio mampu membantu  menjadikan tanah subur dan gembur serta kaya dengan organik dan bakteria yang baik. 
“Ia memberikan pulangan hasil tanaman tinggi, perkembangan buah dan tanaman memuaskan, menggalakkan akar lebat, serapan air dan baja yang efektif, tanaman sihat dan hijau serta pembesaran tanaman cepat,” sambungnya.
Kaya dengan NPK (unsur utama) dan trace element (unsur surih), baja DDR Bio Grow membantu membentuk pertumbuhan akar dan penyerapan nutrien dalam tanah.
Ia juga diperkayakan  dengan PGR (plant growth regulator), penggalak dan pembesaran tumbuhan agar hasil tanaman dapat dipertingkatkan daripada 30 peratus hingga 100 peratus.
Selain itu, baja ini turut mengandungi hasil lautan iaitu kitosan dan rumpai laut sebagai pendorong pembesaran dengan meningkatkan pemecahan sel-sel tumbuhan bagi merangsang pertumbuhan dan pembesaran lebih baik selain mempercepatkan peningkatan proses fotosintesis. 
Pertahanan dan sistem imunisasi tumbuhan dengan memperbaiki keupayaan daya pertahanan terhadap jangkitan kuman dan serangan serangga serta penggalak tumbuhan dan perkembangan hasil buah dengan peningkatan keupayaan serapan unsur nutrien dalam tanaman. 
“Disamping itu, ia juga merawat serangan penyakit bermula daripada akar, batang hingga hasil sekali gus mengurangkan kos baja dan rawatan pokok waima meningkatkan pendapatan petani,” tambah pemegang ijazah sarjana perubatan dari USM ini lagi. 
Dan sejak diperkenalkan dari mulut ke mulut dalam kalangan petani terutama pesawah pada awal tahun ini, DDR Bio Grow menerima sambutan menggalakkan.
Malah kejayaan itu sudah tentu terletak kepada testimoni  penggunanya  di mana antara respon yang diterima, pesawah mendapati hasil tanaman padi meningkat sebanyak 80 peratus daripada 0.3 hektar (1 relung  bersamaan 2.3 tan hingga 2.5 tan) berbanding sebelum ini, hasil padi adalah 1.3 tan hingga 1.5 tan sahaja.
“Dalam tempoh beberapa tahun lagi, kami yakin mampu meraih sekurang-kurangnya lima peratus pegangan pasaran dalam penawaran baja organik kepada petani,” ujar Dr. Rozmey optimis.
Malah pemegang diploma farmakologi ini juga yakin pasaran sektor pertanian mempunyai peluang yang besar apatah lagi sebahagian besarnya masih belum diterokai oleh syarikat tempatan. 
Melangkah ke hadapan, Dr. Rozmey kini  dalam proses rundingan dengan beberapa agensi kerajaan untuk memperluaskan penggunaan DDR Bio Grow sebagai pembekal utama baja kepada petani. 
DDR Bio Grow didatangkan dalam saiz 1 liter bagi kegunaan 1.3 hektar sawah semusim (RM65) dan 4 liter pada harga RM199. 


Sekiranya anda mempunyai keluarga yang rajin bersawah di luar kawasan Kedah, barangkali boleh mengesyorkan produk DDR Bio Grow ini kepada mereka.
Disamping itu, mereka juga boleh mencuba dua lagi produk keluaran Dr. Rozmey iaitu DDR Ocean dan DDR Bioshield.

DDR Ocean – Pewangi basmi bau busuk hingga 6 jam juga halang nyamuk, lintah dan pacat gigit badan.


DDR Bioshield - sejenis racun bio organik tanpa kimia untuk membunuh makluk perosak dan rawat tanaman.
Jadi jika nak tahu lanjut mengenai keberkesanan ketiga-ketiga produk keluaran Dr. Hj. Rozmey ini atau bagaimana nak memperolehnya boleh menghubungi talian 012 5688446 atau layari laman utama DDR Agro di LINK INI.



Kak Fas: Harap ini bukanlah pertemuan terakhir kami tetapi satu permulaan untuk Dr. Rozmey terus menghubungi kami setelah mengecapi kejayaan kali kedua kelak. Boleh lah kami pun tumpang gembira di atas kejayaannya. 
Moga sukses Doctor!

#DDRBiogrow #Dr.Rozmey #kedah #jelapangpadi #darulaman #mardi

14 ulasan:

Sis Lin berkata...

Wowww ini memang terbaek sebab kawan Sis gunakannya, dia seorang pekebun dan memang dia sangat rekemen guna produk DDR ni..kat johor ni takde lagi nampak orang Johor, tak tau laa kalau Sis yang tak perasan ada jual..

SalinaJohari berkata...

Dr Rozmey siapa tak kenal. Antara usahawan yang berjaya dalam bidang perniagaan dan tak pernah kenal erti putus asa . Kagum dengan usaha beliau dalam membantu para petani melalui penghasilan produk DDR Bio Grow. Moga sukses !!

Marina Bashah berkata...

Lama dah tak dengar pasal Dr. Rozmey ni. Dulu femes ngan produk supplemen kan? Sekarang pertanian pulak ye. Tahniah

Nina Mirza berkata...

Hebat Dr Rozmey! Tahniah berjaya menghasilkan produk yang amat bermanfaat buat golongan yang memerlukan seiring menjana pendapatan usahawan tersebut juga negara.

dr-Life berkata...

Congratulation Dr.! What a big Swift you did and created such a great product for those needed!!

Rawlins GLAM berkata...

Tahniah di atas kebangkitan semula Dr. And Rawlins berminat nak mengetahui lebih lanjut berkenaan produk ini untuk membantu keluarga Rawlins di ladang kelapa sawit.

Lala Kerry berkata...

Congratulations and so nice for him to help those in need.

Nurul aziyana berkata...

Aah baru perasan dah lama tak dengar Berita dia. Gitu rupanya kesah. Tapi stail orang bisnes ni, tak mudah mengalah. Semoga beliau terus maju

Aerill Hassan berkata...

Lama tak dengar cerita dan berita tentang beliau. Alhamdulillah, semoga perniagaan yang diceburi akan berjaya :)

Aiman berkata...

dr rozmey menceburi bidang pertanian pula. harap berjaya la kali ni kan. keep it up!

Huda Halid berkata...

Lama tak baca pasal produk Dr Rozmey ni. baguslah produk macamni, bantu produktiviti petani di kedah . semoga ramai yang dapat manfaatnya

Slumber Lady berkata...

Terbaik! Bagus inisiatif dr rozmey ni. Semoga dpt memajukan ekonomi negara dan memberi manfaat kepada rakyat.

Faries berkata...

Lama x nmpk Dr Romzey ni. Dulu famous dgn produk jusmate tu. Boleh usha produk2 baru beliau ni.

raihanah berkata...

all the best dr rozmey. lama tak dengar cerita. tahniah ya