Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM JUAL PRODUK BUATAN MALAYSIA MELALUI SHOPEE


Kerjasama berterusan antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Shopee Malaysia kembali bagi tahun keduanya dengan menawarkan lima kali ganda tawaran berbanding tahun lepas apabila sekali lagi pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia diteruskan bagi tempoh enam bulan bermula Julai ini.

Pelancaran kempen menyaksikan Menteri KPDNHEP, Datuk Alexander Nanta Linggi bersama Ketua Produk Konsumer Cepat Laris (FMCG) Shopee Malaysia, Tan Ming Kit menyempurnakannya menerusi portal aplikasi baharu yang dikenali sebagai Buy Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Derngan terlaksananya kempen tahun ini, KPDNHEP menyasarkan jualan sebanyak RM513 juta  berbanding nilai jualan tahun lalu sebanyak RM430 juta yang diperoleh sepanjang Julai hingga Disember 2019.

“Perniagaan tempatan hanya boleh pulih sekiranya pengguna mula berbelanja dan mengutamakan barangan tempatan bagi merancakkan ekonomi domestik. Atas sebab inilah KPDNHEP bekerjasama dengan Shopee dalam menyediakan pelbagai insentif kepada pengguna supaya membeli daripada peniaga-peniaga tempatan,” ujar Datuk Alexander pada ucapan perasmiannya.

Portal 'Buy Malaysia' yang bercirikan Jalur Gemilang ini boleh dikenal pasti dengan mudah pada halaman utama kedua-dua Aplikasi Shopee dan juga laman web Shopee.

Menurut Alexander Nanta Linggi, Kementeriannya  menyasarkan lebih kurang 13,000 produk tempatan pelbagai kategori termasuk barangan dan perkhdmatan dapat diketengahkan melalui kempen sekali gus membantu peniaga tempatan.

Tambahnya, dengan menawarkan lima kali ganda tawaran berbanding tahun lepas, tahun ini disasarkan lebih kurang 13,000 produk daripada  pelbagai segmen peruncitan diketengahkan seperti barangan runcit, kecantikan, kesihatan, fesyen pakaian, barangan keperluan isi rumah, permainan, buku, produk sukan, automotif serta dari sektor perkhidmatan seperti makanan, minuman dan banyak lagi sehingga kempen tamat pada bulan Disember 2020. 

"Susulan kejayaan yang diraih pada tahun lepas di mana purata pesanan pesanan harian bagi barangan buatan Malaysia di platform Shopee meningkat sebanyak 330%, tahun ini platform e-dagang nombor satu ini ditugaskan untuk mencapai kejayaan yang lebih besar dalam merancakkan semula ekonomi pasca COVID-19," ujar Alexander.

Berikutan itu, Tan Ming Kit yang berkongsi bagaimana platform Shopee telah meluangkan beberapa bulan yang lepas untuk meningkatkan teknologinya bagi memenuhi keperluan ekonomi semasa negara, yakin kempen Beli Barangan Malaysia yang lebih besar pada tahun ini akan mencapai sasaran nilai jualan RM530 juta yang disasarkan KPDNHEP.

Kami memahami matlamat Kementerian adalah untuk mengurangkan kebergantungan negara terhadap barangan impot bagi membawa ekonomi domestik kembali kepada landasan yang tepat," ujar Tan.

Sehubungan  itu, tambahnya Shopee akan melangkah lebih jauh demi membantu membawa produk buatan Malaysia dan Halal kepada pasaran eksport dengan terlebih dahulu memastikan ia boleh didapati di Shopee Singapura.

"Semasa pertama kali kami menjalan kempen ini pada tahun lalu, kami hanya mempunyai 2,300 unit stok simpanan buatan Malaysia di laman mikro kami tetapi kali ini kami mempunyai lebih daripada 11,500 produk dan berhasrat untuk memperluaskannya secara progresif," tambah Tan.

Jadi jika korang ingin memperkenalkan produk korang melalui Shopee apakata isi borangnya melalui link INI.

Dan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut boleh layari DI SINI.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan