Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SIQMA LAHIRKAN 'RAJA SIMURGH'. APA MAKSUDNYA?


Baharu lebih tiga bulan menghadiahkan dua buah lagu di mana salah satu daripadanya “Cemas’, diilhamkan daripada situasi panik yang tercetus di kalangan masyarakat Malaysia akibat wabak COVID-19, penyanyi rap yang menggelarkan dirinya Siqma tampil dengan single terbaharunya berjudul ‘Raja Simurgh’.

Barangkali ada yang kurang mengenali siapa sebenarnya Siqma atau nama penuhnya Rahmat Zulhilmi Abdul Razak ini?

Bagi peminat arena Hip Hop tempatan, penyanyi yang juga seorang komposer dan penerbit ini  sudah tentu tidak asing lagi bagi mereka. Sejak tahun 2016, nama Siqma mula meniti di bibir peminat apabila beliau menerbitkan sendiri lagu-lagu ciptaannya yang dikongsikan menerusi laman YouTube pada tahun 2017.

Memiliki rentak dan gaya tulisan berkonsepkan ritma atas puisi, Siqma banyak menumpukan kepada pengalaman dan perspektifnya dalam menyampaikan mesejnya. 

Pada pertengahan tahun 2019, karya-karya ciptaan Siqma berjaya menambat hati peminat Hip Hop sehingga tular dan mendapat jolokan 'The New Malique’ oleh peminat. 

Dan pada April lalu, Siqma tampil ke arena muzik arus perdana di bawah naungan Universal Music Malaysia dengan single terbaharu, ‘Raja Simurkh’ yang turut menampilkan rapper Kmy Kmo yang sebelum ini popular dengan lagu ‘Tujuh Nasihat’ hasil kolaborasi brsama Luca Sicta dan Dato Siti Nurhaliza.


Agak unik kan tajuk lagu ini, mesti korang nak tahu apa maksudnya ‘Raja Simurgh’?
Mengambil konsep ritma atas puisi yang mengekalkan ciri kemelayuan di dalam lagu Hip Hop, ‘Raja Simurgh’  mengambil inspirasi melodi lagu rakyat ‘Rasa Sayang’ yang digabungkan dengan rentak Hip Hop beserta senikata laksana puisi hasil karya Sigma dan Kmy Kmo.

“Raja Simurgh” diilhamkan daripada sebuah buku tulisan penyair sufi berbangsa Parsi dari abad ke-12, Faridu'Din Attar yang  berjudul "Mantiqu't-Thair" atau dalam bahasa Melayu membawa maksud “Musyawarah Burung”. 

Buku berkenaan berkisar tentang perhimpunan burung dari segenap pelusuk dunia yang berbahas dalam pencarian mencari raja sejati mereka, burung Simurgh. 
Ini bukanlah pertama kali, buku tulisan Faridu'Din Atta  menjadi sumber inspirasi pengkarya muzik tempatan waima sebelum ini, Datuk M.Nasir  melalui lagu 'Tanya Sama Itu Hud Hud’ turut mengangkat subjek ketuhanan yang ditulis dalam buku penyair sufi zaman silam itu.

Menjelaskan lanjut maksud lagu ‘Raja Simurgh’ Siqma berkata, “Lagu ini lebih menceritakan situasi mengenai kepentingan hidup atau wujud secara umum seperti tingkah laku dan amalan kita, moral, kesetiaan kita kepada agama dan banyak lagi mengenai diri kita. 

"Raja Simurgh" adalah peringatan bagi kita untuk selalu bergantung pada diri kita sendiri kerana pada akhirnya, hanya kita sendiri yang tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Ianya bukan lagu ketuhanan tapi lebih kepada mesej positif untuk santapan rohani dan minda pendengar”.


Wow! Berfalsafah sungguh Siqma kan?

Sebagai pendatang baru dalam arus muzik perdana, Siqma mengakui sangat percaya keikhlasan juga adalah kunci utama untuk tampil sebagai pengkarya yang meyakinkan. 

Justeru, dia sangat berharap 'Raja Simurgh' akan   membuka   mata   pendengar   untuk  mendalami  setiap  mesej  yang disampaikan  dalam  liriknya. Bukan  sekadar  pendengar  Hip  Hop,  malah lagu ini boleh diterima oleh segenap lapisan masyarakat, jelasnya.

“Semestinya, saya tidak mahu mensasarkan lagu ini kepada pengikut muzik Hip Hop saja khususnya. Sebaliknya, saya mahukan lagu ini memberi teladan dan mesra telinga kepada semua pendengar dari pelbagai latar belakang. Saya percaya peminat muzik sudah cukup bijak menilai estetika sesebuah karya itu tanpa mengira genre yang ditampilkan,” tambahnya lagi.

Single ini sudah boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music. Jom kita dengar......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan