Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TV AlHIJRAH, MOFAZ BERGANDING BAHU ANJUR IBADAH KORBAN DI RUSIA


“Saya boleh katakan bahawa kerjasama dan penajaan yang diberikan oleh Kumpulan MOFAZ yang mencecah ribuan juta mengatasi kos tajaan yang pernah diterima oleh mana-mana syarikat televisyen bagi sesebuah program realiti sebelum ini contohnya,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris.

Tidak mahu mendedahkan kos sebenar, Namanzee sekadar memberi bayangan kos yang diterima dari MOFAZ sebagai penaja utama program tadabbur Al-Quran, ‘My #Quran Time’  cukup lumayan.

“Kredibiliti MOFAZ sebagai pemangkin dan penjana ekonomi serantau dilihat selari dengan aspirasi TV AlHijrah yang sentiasa mencari ruang dan peluang dalam menggerakkan potensi ummah,” ujar Namanzee ketika ditemui pada majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara TV AlHijrah dan Kumpulan MOFAZ Sdn Bhd., yang disempurnakan bersama Presiden MOFAZ, Hj Mohamed Fauzy Abdul Hamid baru-baru ini.

Turut bersama Hj Suffian Hj Yahya, Pengurus Besar Kejuruteraan dan Sokongan Penyiaran TV AlHijrah serta Dato Zulkifli Mohamad selaku Pengarah Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran Kumpulan MOFAZ.


Menerusi MoA berkenaan, Kumpulan MOFAZ bersetuju untuk menjadi penaja utama rancangan ‘My #Quran Time’ di TV AlHijrah bagi tempoh dua tahun mendatang iaitu sehingga 2022.

‘My #QuranTime’ merupakan program yang pertama dalam sejarah yang mengajak penonton untuk sama-sama mentadabbur Al-Quran dari halaman pertama hingga halaman 604 iaitu halaman terakhir, selama satu jam setiap hari jam 12 tengah hari hingga 1 tengah hari secara langsung. Ia telah dimulakan pada 8 Jun lalu.

Menariknya, rancangan yang dikendalikan  oleh tiga nama besar dalam ilmu keagamaan iaitu Ustaz Fazrul Ismail, Ustaz Ahmad Tirmizi Ali dan Ustaz Tarmizi Abdul Rahman ini telah mencecah jumlah tontonan sebanyak 2.1 juta tontonan sepanjang Jun 2020.



Sebelum ini kerjasama MOFAZ dengan TV AlHijrah berjaya menerbitkan program Islamik lain seperti Ihya’ Ramadan dan Kembara Sufi, yang ke udara Ramadan lalu.

Dengan kesinambungan ‘My #Quran Time’  seterusnya, TV AlHijrah yakin kerjasama strategik yang terjalin menjadi medan utama untuk kedua-dua organisasi bertukar-tukar tenaga kepakaran dan sumber-sumber ilmu yang dapat memberikan pelbagai kebaikan kepada seluruh masyarakat.

Sementara itu, Mohamed Fauzy dalam ucapannya merancang untuk meluaskan program tadabbur Al-Quran itu melalui program jelajah seluruh Malaysia, bermula di Kota Bahru sebagai destinasi pertamanya.

“Apabila Kerajaan membenarkan, kami akan membawa ‘My #Quran Time’ menemui penonton di serata tempat di Malaysia melalui sebuah karnival,” ujar Mohamed Fauzy.


Bercerita lanjut perancangan MOFAZ, beliau memberitahu, pada dekad yang keempat ini, MOFAZ yang kini memartabatkan falsafah perniagaan’Wasillul Arham’ yang membawa maksud ‘Silaturrahim’ sebagai tagline syarikat seraya memperkenalkan ‘Sejahtera Dunia Akhirat’ bagi rangkaian produk makanan sunnahnya, ‘Al Aafiyah’, akan terus berusaha mengeratkan silaturrahim ummah.

Sehubungan itu, kata Mohamed Fauzy, MOFAZ akan berkerjasama dengan ASEAN Chamber of Commerce (ACC) dan International Association of Islamic Business (IAIB) untuk menganjurkan misi ibadah korban di Rusia sebagai mengeratkan lagi silaturrahim umat Islam Malaysia dengan golongan Islam di Rusia pada AidilAdha akan datang.

“Ibadah korban tersebut akan dilaksanakan di Kazan, Tatarskan oleh IAIB di mana hasil korban akan diagihkan kepada madrasah, rumah anak yatim, orang kurang upaya dan warga muslim daif di Rusia, “ jelas Mohamed Fauzy sambil menambahkata, TV AlHijrah akan bertindak sebagai rakan penyiar rasmi bagi misi berkenaan.

Tiada ulasan: