Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SUNWAY CITY KUALA LUMPUR KE ARAH BANDAR RAYA PINTAR


Sunway City Kuala Lumpur bakal menjadi satu daripada model bandar raya lestari dan pintar di Asia  apabila kolaborasi tiga pihak, Sunway Berhad (Sunway), Celcom Axiata Berhad (Celcom) dan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd sepakat mendandatangani memorandum persefahaman (MoA) ke arah memajukan rumusan perbandaran pintar  merangkumi Internet Benda (loT) dan Kecerdasan Buatan  (AI) dengan sambungan generasi kelima (5G).

Selain itu, MoU itu juga bertujuan meneroka potensi bagi Celcom dan Huawei untuk menjadi pemboleh teknologi 5G kepada Sunway Group dengan menjadikan Sunway City Kuala Lumpur sebagai tapak pelancaran perkongsian pertama.

Kesemua ketiga-tiga pihak akan meneroka kemungkinan untuk saling memudah cara dan menyokong di dalam eko-sistem digital bagi mempromosi penggunaan teknologi untuk memperkaya kehidupan orang ramai.

Dengan sambungan 5G akan memacu penggunaan optimum rumusan IR4.0 untuk perbandaran pintar, ketiga-tiga pihak terbabit akan berpotensi membangunkan reka bentuk seni bina, menggunakan kes-kes dan pelaksanaan projek berasaskan piawaian teknologi terkini untuk rangkaian selular bagi Sunway City Kuala Lumpur. 

“Kami berbangga untuk menjalin perkongsian bersama Celcom, sebagai telco utama yang memiliki liputan rangkaian paling luar di negara ini, dan Huawei, salah satu daripada peneraju global di dalam aplikasi 5G, di dalam perkongsian tiga pihak yang pertama seumpamanya ini, bagi memajukan teknologi 5G untuk Sunway City Kuala Lumpur,” kata Dato’ Chew Chee Kin, Presiden Kumpulan Sunway Berhad.

“Kami membayangkan Sunway City Kuala Lumpur menjadi model bandar raya lestari pintar Malaysia di mana masyarakat tinggal, bekerja, bermain, belajar di dalam persekitaran yang selamat, sihat dan disambungkan dengan Internet,” ujar beliau.



Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata, Idham Nawawi berkata, kolaborasi itu meningkatkan kapasiti pembinaan teknologi dan potensi yang sangat luas dalam menyediakan produk serta perkhidmatan inovatif dan mencipta situasi menang-menang untuk memanfaatkan industri, rakyat dan mencapai aspirasi digital negara.

"Selepas lebih sedekad bekerjasama, kami berbangga untuk menganjak perkongsian dengan Sunway Group ini ke tahap seterusnya dan kolaborasi ini menjadi platform sempurna bagi Celcom mempamerkan bagaimana teknologi boleh menyediakan asas teguh bagi perbandaran pintar menyeluruh dan meningkatkan kehidupan masyarakat," katanya.

Tambah Idham, sebagai pengendali telekomunikasi dengan liputan rangkaian paling luas, Celcom menguasai 93 peratus liputan populasi 4G bersama dengan 83 peratus bagi 4G LTE-A.

“Sejak mewakili ujian pertama 5G Malaysia pada 2017, rangkaian teras Celcom dan lebih 2,200 tapak 4G LTE-A kini bersedia untuk peralihan ke arah 5G, membuka jalan untuk mencapai matlamat kolaborasi tiga pihak.” ujar Idham.
Bagi pihak Huawei, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Michael Yuan pula berkata, “Dunia kini bergerak pesat ke arah era digital dan disambung dengan internet sepenuhnya, dan adalah penting bahawa konglomerat seperti Sunway Group memahami kepentingan transformasi digital dan terus melaksanakan peralihan digital. “

Menurutnya, sebagai peneraju di dalam rumusan ICT, Huawei  komited dalam memberikan perkhidmatan yang terjamin, boleh diharap dan berkekalan bagi membantu masyarakat tumbuh di dalam dunia pintar.

Kolaborasi tiga pihak ini juga dilihat akan menyumbang ke arah mencapai pembangunan lestari kepada negara. 



#SunwayCityKualaLumpur #Huawei #Celcom #BandarPintar #5G #ICT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan