Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MAYA KARIN CIPTA SEJARAH LAGI DI LUAR NEGARA


Siapa tidak mengenali Maya Karin, satu-satunya pelakon wanita tempatan yang berjaya mencipta nama sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Asia Pasifik ke-49 pada tahun 2004 melalui wataknya dalam filem 'Pontianak Harum Sundal Malam'.

Kini, selepas 16 tahun kemudian, Maya sekali lagi mencipta nama di luar negara apabila menerima pengiktirafan Anugerah Kepujian dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik (Commendation in Best Actress Category) di  Ramsgate International Film & TV Festival yang berlangsung pada 11 – 14 Jun 2020  lalu.

Pengiktirafan tersebut diperolehi menerusi lakonannya dalam filem ‘Olympic Dream’ yang turut tersenarai sebagai Pilihan Rasmi (Official Selection) pada festival tersebut.

Mengulas tentang pengiktirafan iitu pelakon, penyanyi dan aktivis alam sekitar  ini berkata, “Saya berasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak juri Ramsgate International Film & TV Festival di atas pengiktirafan yang tidak saya jangkakan langsung ini. Mungkin apa yang saya cuba sampaikan dalam filem ini memberi impak kepada juri dan penonton. Sejak pertama kali menerima skrip filem ini ianya sudah pun memberi kesan secara peribadi kepada saya."

Menurut Maya, walaupun tiada nama besar di dalam filem berkenaan beliau  tetap  bersetuju untuk membintanginya kerana tertarik dengan watak Makcik Fatimah yang dibawakannya.

"Saya juga ingin berterima kasih kepada pengarah dan pihak produksi yang memberi peluang untuk saya berkarya dan ruang untuk saya mendalami watak ini mengikut cara saya tersendiri. Dengan pengiktirafan ini, saya lebih bersemangat untuk terus memberikan yang terbaik dalam setiap naskhah yang saya bintangi, tambah Maya.

Untuk rekod, Ramsgate International Film & TV Festival merupakan sebuah festival filem yang berpusat di bandar pesisir Ramsgate, England. 

Festival ini memberi platform kepada pembuat filem bebas dari UK dan antarabangsa untuk berkongsi karya baru kepada orang ramai, pengedar  serta memupuk bakat baru. 

Sejak penganjuran pertamanya pada tahun 2017, Ramsgate International Film & TV Festival telah menerima penyertaan dari seluruh dunia termasuk Australia, Brazil, Iran, Martinique, Filipina, Afrika Selatan dan Taiwan serta negara-negara Eropah dan benua Amerika Utara. 


‘Olympic Dream’ merupakan filem terbitan Full Billion Entertainment Sdn Bhd sebuah syarikat produksi tempatan yang berpusat di Pulau Pinang. 

Filem arahan sutradara Don Hoe ini menyaksikan Maya memegang watak sebagai Makcik Fatimah menjadi pendorong kepada anak yatim di bawah jagaannya, Anna Wong yang mengejar impian untuk menjadi seorang permain badminton negara dan bertanding di kejohanan Olimpik.

‘Olympic Dream’ juga pernah merangkul  anugerah ‘Best Feature Film’ di Simply Indie Film Festival, ‘Best Feature Film’ di Canadian Cinematography Award dan ‘Best Family Film’ di Kinoduel International Film Festival.


Kak Fas: Tahniah kepada Maya Karin dan pengarah 'Olympic Dream'. Belum tonton fiilem ini tapi tajuknya macam sama lak dengan sebuah filem romantis Amerika, 'Olympic Dreams' arahan Jeremy Teicher yang ditayangkan di Amerika bulan Februari lalu.

#Olympic Dream #MayaKarin #RamsgateInternationalFilmTV Festival

Tiada ulasan:

Catat Ulasan