Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KOWACHEE TAMPIL HEBAT JUARAI MEGASTAR 2020


Penari cilik profesional yang baharu berusia 11 tahun, Kowachee ini pernah tersingkir namun sekembalinya diserap membawa tuah sehingga berjaya pula mengalahkan tiga pesainnya untuk muncul juara pertandingan bakat realiti Astro, Ceria Megastar 2020 sekali gus menggemgam trofi dan wang tunai bernilai RM25,000. 

Pemilik nama sebenar, Putri Armani ini turut membawa pulang pingat ‘Star of the Week’ dan baucer bernilai RM1,000 tajaan Legoland setelah memikat hati barisan juri serta undian peminat secara dalam talian melalui persembahan tarian lagu Tokyo Drift dan Dhoom yang cukup memukaukan. 

Menepati SOP Kerajaan, Kowachee sendiri tampil ke hadapan pentas bagi mengambil hadiahnya tanpa perlu bersalaman dengan pihak penganjur. 


Disiarkan secara langsung dari Visual Three Studio, Seri Kembangan pada Jumaat, 18 Julai lalu turut menyaksikan Nurul Maimanah atau Nana, 14 tahun, meraih gelaran naib juara dan membawa pulang RM15,000 dan trofi. 


Beliau menyampaikan lagu Say Something (A Great Big World ft. Christina Aguilera) dan Roar (Katy Perry).

Seterusnya, membawa pulang RM10,000 berserta trofi di tempat ketiga adalah Adinda Tasya atau Adinda, 15 tahun, yang menerima standing ovation dari juri dan penonton untuk persembahan lagu medley Ku Bersuara (Ernie Zakri) dan Rolling in The Deep (Adele). 


Manakala di tempat keempat pula adalah penari Fariza Amira atau Ija, 17 tahun yang mempersembahkan tarian lagu remix Work It (Missy Elliot). Beliau membawa pulang wang tunai RM5,000 bersama trofi.

Setiap persembahan peserta dinilai oleh juri tetap Ernie Zakri dan Zizan Razak bersama juri jemputan, Datuk AC Mizal yang mewakili 60 peratus markah dan manakala undian peminat secara dalam talian melengkapi baki 40 peratus. 


Bagi menyempurnakan lagi persembahan mereka, Datuk Syafinaz Selamat, Alam Wakaka, dan Chubb-E pula bertindak sebagai penasihat persembahan.

Bersiaran selama lapan minggu, Ceria Megastar 2020 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad disiarkan setiap hari Sabtu, jam 9 malam menerusi saluran Astro Ceria HD (611) / Astro Ceria (631) dan secara serentak di Astro Ria HD (104) / Astro Ria (124)

Program ini turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO secara percuma bagi pelanggan Astro.
HAZAMA (kiri), Naqui, Hael Husaini dan Nabila Razali antara artis jemputan persembahan.

Untuk rekod, program ‘Ceria Megastar’  musim ke 2 ini  menampilkan kepelbagaian bakat di kalangan bintang cilik khususnya yang lahir daripada program terbitan Astro sendiri seperti Ceria Popstar, i-Star, All Star dan Ministar.

Tahun ini, ia menyaksikan 20 peserta berjaya dipilih dalam penyertaan secara berkumpulan serta solo yang mana hanya 10 peserta terbaik tersenarai melalui dua episod pertama berdasarkan penilaian seratus peratus daripada juri profesional.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan