Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PRASARANA NAFI MONOREL SESAK, TIDAK PATUHI SOP




PRASARANA
 Malaysia Berhad (Prasarana) menyifatkan  laporan berita oleh sebuah media portal Inggeris 
sebagai mengelirukan dengan menyiarkan foto tidak bertarikh, yang memaparkan keadaan penumpang di dalam sebuah tren monorel.


Menggunakan tajuk ‘KL under MCO, but monorail packed to the brim during rush hour’, artikel berkenaan menyebut bahawa gambar-gambar dihantar oleh seorang penumpang yang tidak bernama mempersoalkan mengapa keadaan itu berlaku ketika Kuala Lumpur dan Selangor sedang dikenakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.


Mengulas laporan berkenaan dalam satu kenyataan media hari ini, Prasarana melahirkan rasa sangsi bahawa gambar berkenaan dirakam ketika PKP 2.0, yang bermula pada 13 Januari lepas.


“Pihak kami sentiasa memantau keadaan semasa dalam semua perkhidmatan rel kami – MRT, LRT dan juga Monorel dan sepanjang pengetahuan kami tidak pernah berlaku kesesakan atau ‘overcrowding’ seperti yang dinyatakan oleh laporan berkenaan.


“Kami juga menjelaskan bahawa perkhidmatan rel Rapid KL – MRT, LRT dan monorel dibenarkan untuk operasi 100 peratus kapasiti. Ini bermakna berdasarkan kepada SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan, penjarakan fizikal 1 meter tidak dikenakan di dalam tren-tren Rapid KL,” kata kenyataan itu lagi.


Gambar yang dimuat naik oleh portal berkenaan.


Prasarana menyarankan media massa untuk memeriksa terlebih dahulu apa jua maklumat yang mereka dapat untuk kesahihan.


"Kami bersedia memberikan akses kepada media massa untuk membuat tinjauan sendiri di stesen-stesen supaya mereka boleh melihat keadaan sebenar,” tambah kenyataan berkenaan.


Sekarang beroperasi dengan tren set empat-gerabak dan set dua-gerabak, kapasiti 100 peratus untuk set empat-gerabak adalah 430 penumpang manakala kapasiti penuh set du-gerabak adalah 214 penumpang.


   Gambar hiasan.


Jumlah penumpang Monorel jatuh mendadak kepada lebih kurang 10,000 sehari secara purata sejak PKP 2.0 bermula berbanding 46,000 sehari pada tahun 2019 sebelum negara berhadapan dengan pandemik COVID-19.


Tren-tren lain seperti MRT, LRT Laluan Kelana Jaya dan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling turut menunjukkan penurunan yang ketara. Jumlah keseluruhan penumpang rel ketika tempoh PKP 2.0 adalah lebih kurang 150 ribu orang sehari (hari bekerja), penurunan hampir 80 peratus berbanding tempoh pra COVID-19 iaitu 700 ribu orang sehari.


“Semua perkhidmatan rel Rapid KL beroperasi dengan mematuhi dengan rapi syarat-syarat SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kesihatan. Pihak kami juga sentiasa memberikan peringatan di dalam tren dan di stesen untuk sentiasa mengamalkan prinsip-prinsip 3C, 3W seperti yang disarankan Kerajaan,” tambah kenyataan berkenaan.



#Prasarana #Monorel #RapidKL #PKP2.0 #COVID-19 #MRT #LRT #SOP


Tiada ulasan:

Catat Ulasan