TTracing, PRISM+ JALIN KERJASAMA EKSKLUSIF RAI 'CYBER CHRISTMAS', TAWAR HARGA KHAS!
DALAM langkah strategik bagi mengukuhkan dominasinya dalam pasaran perabot ergonomik serantau, TTRacing, peneraju kerusi gaming dan pejabat premium Malaysia, mengumumkan pakatan unik bersama PRISM+, jenama hiburan rumah terkemuka.
Kerjasama sulong dan eksklusif ini menjadi tumpuan utama dalam acara 'Cyber Christmas Roadshow 2025' yang kini sedang berlangsung dari 26 hingga 30 November di IOI Puchong Mall, Carnival Court, diselaraskan dengan Hari Jenama Super PRISM+ di Tik Tok Shop.
Malah kolaborasi ini menjanjikan para pembeli gabungan menarik antara keselesaan premium yang ditawarkan oleh TTRacing dan pengalaman visual imersif daripada produk PRISM+.
Roadshow 'Cyber Christmas' ini berfungsi sebagai platform utama untuk mempamerkan pelbagai perabot ergonomik TTRacing yang direka untuk keselesaan bekerja, bermain gaming, dan gaya hidup harian.
Antara siri yang dipamerkan termasuk DUO Series, Swift X 2020 & Swift X Pro Series, Surge X & Maxx Series, Airflex, Airflex V2 & Aeroflex, serta koleksi berlesen popular seperti Marvel, Star Wars, Naruto, One Piece, dan Jujutsu Kaisen.
Melengkapkan persediaan adalah Titus Smart Desk, lengan monitor, alas lantai, dan pelbagai aksesori lain.
Para pengunjung berpeluang menguji produk secara langsung dan merasai sendiri pengalaman persediaan lengkap TTRacing x PRISM+ yang dikurasi khas untuk meningkatkan produktiviti, gaming dan hiburan.
Sorotan utama acara ini ialah tawaran pakej istimewa yang hanya terdapat di IOI Puchong sepanjang tempoh Roadshow.
Selain itu, pameran jualan ini memperkenalkan pakej-pakej istimewa 'Cyber Christmas 2025' yang hanya boleh didapati di IOI Puchong sepanjang lima hari acara:
- Tawaran harga yang dikatakan Terendah Sepanjang Tahun 2025, tidak dapat ditemui di mana-mana cawangan lain.
- Pakej menarik seperti gabungan TITUS X + Airflex Bundle.
- Program Hadiah Dengan Pembelian untuk siri Kerusi Gaming dan Kerusi Ergo yang terpilih.
- Pakej Gaming yang direka untuk persediaan gamification yang menyeluruh.
- Pakej WFH (Bekerja Dari Rumah) yang dikhususkan untuk keselesaan dan peningkatan produktiviti.
Semua kombinasi eksklusif ini ditawarkan hanya dari 26 hingga 30 November 2025 di lokasi Roadshow, IOI Puchong Mall, Carnival Court, 47170 Puchong, Selangor.
Untuk rekod, TTRacing ditubuhkan pada tahun 2017, dan komited dalam merevolusikan ergonomik untuk gaming, bekerja, atau bersantai, dengan menawarkan kerusi gaming premium, meja ergonomik, kerusi pejabat, dan perkakasan keselesaan lain.
Didorong oleh visi untuk memimpin masa depan tempat duduk ergonomik, TTRacing berusaha untuk memastikan setiap produk menjadi teman terbaik untuk sesi gaming yang panjang atau waktu bekerja yang berlanjutan, dengan tumpuan utama pada postur duduk yang optimum dan prestasi terbaik.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan