Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'JOM KE SARAWAK' , DELTA GEOPARK LONJAK STATUS PELANCONGAN LESTARI MALAYSIA!



Sarawak Delta Geopark (SDG)
, yang bakal menjadi Geopark Global UNESCO yang ketiga di Malaysia, kini mengorak langkah penting dalam memacu industri pelancongan lestari menerusi pelancaran Pakej Geopark Delta Sarawak Vol.2. 


Inisiatif terbaharu Tourism Malaysia dan rakan strategiknya ini bukan sekadar mempromosikan destinasi, tetapi bertujuan memposisikan Sarawak sebagai hab utama Pelancongan Berasaskan Sumber Warisan Bumi menjelang tahun 2026.


Pelancaran pakej ini, yang disempurnakan oleh Encik Samuel Lee Thai Hung, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi II), Tourism Malaysia, bertempat di Hotel Concorde Kuala Lumpur, baru-baru ini merupakan kemuncak ‘Jerayawara Jom Ke Sarawak’, menjadi bukti kesungguhan negeri tersebut dalam menyokong visi Visit Malaysia 2026 (VM2026) dengan tumpuan kepada kualiti dan tanggungjawab pelancongan.


GIMIK pelancaran...  Samuel menyumpit ke skrin yang menampilkan video Jerayawara Jom Ke Sarawak’.


Berikutan kejayaan edisi pertama, jilid kedua ini membawakan jadual perjalanan yang lebih menarik dan direka untuk memberi inspirasi kepada penemuan, hubungan dan penghargaan yang berkekalan dalam kalangan pengunjung,” ujar. Samuel dalam ucapannya pada majlis pelancaran tersebut.


Turut hadir Philip Yong, Pengerusi ASIA; Madeline George Pau, Ketua Unit Pengurusan Geopark, Jabatan Hutan Sarawak; Gustino Basuan, Pemangku Pengarah Pemasaran (Domestik dan ASEAN) Lembaga Pelancongan Sarawak dan Gloria Pahang, Pengurus Pembangunan Perniagaan Business Events Sarawak. 



Kami ternanti-nanti hari apabila Sarawak menyertai rangkaian global Geopark Global UNESCO pada tahun 2026, dengan bangganya mewakili Malaysia di pentas dunia. Sebagai destinasi yang meraikan kuasa alam semula jadi dan semangat rakyatnya, Sarawak akan berdiri di samping Geopark Global UNESCO Langkawi dan Geopark Global UNESCO Kinabalu,” tambah Samuel.


Menuurut. beliau, Tourism Malaysia kekal komited untuk menyokong pembangunan pelancongan Sarawak melalui pemasaran strategik, kerjasama erat dengan syarikat penerbangan dan ejen pelancongan, serta promosi bersama seperti Jerayawara “Jom Ke Sarawak.


”Melalui usaha kolektif ini, kami berhasrat untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menemui semula keajaiban Sarawak yang luar biasa, di samping menggalakkan pelancong antarabangsa untuk meletakkan Sarawak sebagai destinasi wajib dikunjungi,” ujar Samuel.


Jerayawara ini melibatkan 22 wakil industri pelancongan Sarawak dengan. penganjuram sesi Business to Business (B2B) yang berjaya menghubungkan penggiat industri dari Sarawak dan Wilayah Tengah.

Pakej Geopark Delta Sarawak Vol.2 telah direka khusus sebagai pemacu utama bagi mencapai pengiktirafan berprestij Geopark Global UNESCO (UGGp) yang disasarkan pada Mei 2026. 


Geopark yang merangkumi kawasan seluas 3,112 km persegi di daerah Kuching, Bau, dan Padawan ini mengetengahkan 42 jadual perjalanan bertema. 


Jadual-jadual perjalanan ini, yang dikendalikan oleh 13 pengendali pelancongan tempatan, menggabungkan keunikan geologi, biodiversiti, aktiviti pengembaraan, dan pengalaman budaya yang mendalam. 


Antara destinasi yang ditampilkan termasuklah keajaiban geologi seperti Gua Angin dan Paku Rock Maze di Bau, serta tarikan budaya dan alam semula jadi seperti Kampung Budaya Sarawak, Taman Negara Bako di Kuching, dan pengalaman komuniti di Annah Rais Homestay dan Kayak Sungai Semadang di Padawan.



Pembangunan pakej ini melambangkan perkongsian strategik antara Tourism Malaysia dan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, selaras dengan visi negara untuk memperkasakan pelancongan berasaskan warisan bumi dan lestari. 


Inisiatif pelancongan lestari ini disokong oleh prestasi sektor yang memberangsangkan. 


Malaysia mencatatkan kedatangan 28,242,804 pelancong dari Januari hingga Ogos 2025, pertumbuhan sebanyak 14.5% berbanding tahun sebelumnya. 


Sarawak turut menunjukkan daya tarikan yang teguh dengan merekodkan 3,599,656 ketibaan pengunjung sehingga September 2025.


Dengan mempromosikan warisan Geopark sebagai sumber kekayaan dan tarikan, Malaysia semakin mantap menempatkan diri sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.



#Sarawak #GeoparkGlobalUNESCO #GeoparkDeltaSarawak #TourismMalaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan