BELLA ASTILLAH ANTARA PENERIMA ANUGERAH PENGARUH ASEAN 2025!
MALAM Anugerah Pengaruh ASEAN 2025 (ASEAN Influential Award Ceremony 2025) telah melengkapkan kejayaan Majlis Jaringan Perniagaan anjuran International Strategic Institute (ISI) dengan penuh gilang-gemilang.
Acara berprestij ini yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya baru-baru ini berjaya menarik penyertaan lebih daripada 100 usahawan, wakil persatuan perniagaan, dan pemimpin industri dari pelbagai negara ASEAN serta pasaran antarabangsa.
Dalam kategori penerima ‘ASEAN Influencial Leader Award 2025’, bintang popular Bella Astillah disahkan sebagai salah seorang individu berpengaruh daripada sejumlah 14 individu yang menerima pengiktirafan berprestij pada malam bersejarah itu.
Bella yang tidak dapat hadir diwakili adiknya, Didi Astillah yang turut menyumbangkan sebuah lagu pada majlis tersebut.
Anugerah ‘ASEAN Influencial Leader Award 2025’ ini menjadi detik kemuncak dalam meraikan usaha para penerima yang berjaya memperkukuh integrasi serantau.
Selain itu turut disampaikan 23 anugerah ‘Asean Influencial Brand Award’ melibatkan 20 syarikat dari Malaysia, dua dari negara China dan satu dari Indonesia.
Dengan tema “Menghubungkan Sumber, Menggalakkan Kerjasama, dan Meningkatkan Pertumbuhan,” majlis ini memberi tumpuan kepada kerjasama ekonomi serantau, integrasi industri, dan pemadanan perniagaan rentas sempadan, sekali gus mewujudkan platform berkesan untuk syarikat memperluaskan pasaran mereka di peringkat antarabangsa.
Majlis malam anugurah diserikan dengan kehadiran beberapa tokoh industri termasuk Edison Choong Wan Sern, Timbalan Pengarah MATRADE yang bertindak sebagai Tetamu Kehormat Perasmian.

(GAMBAR Kanan) Dr. Gavin dan Joreen Wong.
Turut bersamanya, penganjur utama, Dr. Gavin Voon Shih Chin, Presiden International Strategic Institute; Dr. (H.C) Johny Yap Weng Onn, Naib Presiden ISI dan Joreen Wong, Pengerusi Penganjur ASEAN Influential Award.
Terdahulu, dalam Sesi Pemadanan Perniagaan & Sumber pagi sehelah pagi, sebanyak 8 syarikat telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) dan Surat Niat Kerjasama (LOI) yang melibatkan pelbagai sektor strategik termasuk: Perdagangan Rentas Sempadan;Pelaburan Projek Industri; Pembangunan dan Latihan Bakat; Perkongsian Teknologi dan Sumber serta Integrasi Rantaian Bekalan.
Jumlah keseluruhan nilai potensi kerjasama ini dianggarkan melebihi RM305 juta, menandakan keyakinan tinggi usahawan terhadap prospek ekonomi serantau dan keazaman untuk memperkukuh kerjasama rentas negara.
Selain itu, acara sehari penuh itu merangkumi pelbagai sesi penting seperti Pembentangan Syarikat (Corporate Showcase) dan Sesi Jaringan Usahawan (Business Networking), bertujuan membantu para usahawan mencari rakan kerjasama berpotensi, membina platform interaksi serantau, serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan industri di ASEAN.
Menurut Dr. Gavin, untuk berjaya menembusi pasaran antarabangsa, syarikat perlu bukan sahaja memahami arah aliran global tetapi juga membangunkan rangkaian dan menyepadukan sumber dengan berkesan.
Majlis ini diadakan bagi menggalakkan pelaksanaan kerjasama praktikal di rantau ASEAN serta mewujudkan pertumbuhan bersama melalui sinergi perniagaan.
Beliau turut mengumumkan bahawa ISI telah mengetuai satu Misi Jaringan dan Pemadanan Perniagaan Malaysia–Indonesia di Medan, Indonesia pada 12–13 November 2025 lalu.
Acara tersebut dianjurkan bersama Konsulat Jeneral Malaysia di Meda, merangkumi sesi pemadanan perniagaan, lawatan korporat, serta dialog ekonomi.
Kejayaan penganjuran Malam Anugerah dan keseluruhan majlis jaringan perniagaan ini mengukuhkan peranan Putrajaya sebagai hab utama kerjasama ekonomi dan diplomasi perniagaan.
ISI menegaskan komitmen berterusannya untuk menggalakkan sinergi dan kerjasama antara kerajaan, industri, dan akademia (Gov–Biz–Edu), serta membina lebih banyak platform antarabangsa bagi menyokong pertumbuhan syarikat tempatan dan memperluaskan kehadiran mereka di pasaran ASEAN.
#ASEANInfluentialAwardCeremony2025 #BellaAstillah #Leadership&BrandAward








Tiada ulasan:
Catat Ulasan