Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

LAZADA MALAYSIA PERTARUH KUALITI DAN AI DALAM KEMPEN BELI-BELAH MEGA 11.11!



KETIKA rakyat Malaysia bersiap sedia untuk meraikan musim membeli-belah mega 11.11, Lazada Malaysia tampil bukan sekadar dengan tawaran menarik, tetapi dengan memperkenalkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) termaju sebagai teras strategi kempennya. 


Lazada melancarkan rangkaian ejen AI pintar yang direka untuk menjadi 'co-pilot' sepanjang perjalanan membeli-belah pengguna, menjadikan setiap klik lebih lancar, selamat dan diperibadikan. 

Dengan kadar penembusan internet mencecah 98 peratus di Malaysia—salah satu yang paling berhubung di Asia—Lazada berhasrat memanfaatkan AI untuk menjadi platform yang menawarkan nilai dan jaminan sebenar.

Strategi ini bertepatan dengan pertumbuhan pesat eDagang di Malaysia, yang mencatatkan pertumbuhan tertinggi di Asia Tenggara sebanyak 19.5%. 

Pertumbuhan ini telah membawa jumlah perbelanjaan dalam talian di negara ini kepada RM625 bilion hanya dalam separuh pertama tahun ini, menurut laporan Bernama pada Ogos 2025

Di sebalik kempen 11.11 "Tawaran Jenama Paling Manis Tahun Ini" ini, fokus utama Lazada beralih daripada promosi harga murah semata-mata kepada pembinaan ekosistem yang berasaskan kepercayaan dan kualiti. 




Ketua Operasi Am Lazada Malaysia, Kevin Yap, menyatakan bahawa pengguna kini lebih bijak dan lebih menilai keaslian, kebolehpercayaan, serta polisi yang adil. 


“Trend promosi harga murah semata-mata kini semakin kehilangan tarikan. Kami melihat pengguna Malaysia semakin bijak dan lebih menilai keaslian, kebolehpercayaan, serta polisi yang adil. Oleh itu, Lazada kini memberi tumpuan kepada tadbir urus jenama, inovasi AI, dan jaminan kualiti bagi membina kepercayaan serta kesetiaan jangka panjang.” ujar Kevin Yap pada majlis pelancaran kempen 11.11 ‘Tawaran Jenama Paling Manis Tahun Ini’ di ibu pejabat Lazada di Bangsar South baru-baru ini.


Turut hadir Pengurus Kanan Kommunikasi Lazada, Praveena Muniandi.



Sehubngan itu, Lazada kini memberi tumpuan kepada tadbir urus jenama dan jaminan kualiti bagi membina kesetiaan jangka panjang.


Setiap produk di LazMall menampilkan tanda pengesahan rasmi LazMall, berserta jaminan ketulenan, waranti yang jelas, pembayaran selamat dan pilihan pemulangan yang mudah, termasuk Polisi Tukar Fikiran (Change-of-Mind) di mana berkenaan.


Lazada turut menjamin setiap pembelian di LazMall, dengan bayaran balik sehingga lima kali ganda sekiranya produk yang dibeli di LazMall didapati tiruan, menjadikannya antara perlindungan pengguna paling kukuh di Asia Tenggara.


Perlindungan telus ini direka untuk memberikan ketenangan fikiran dalam setiap transaksi.


Malah dengan memperkenalkann teknologi AI, teras inovasi ini ialah AI Lazzie, yang dikuasakan oleh model bahasa besar Qwen dari Alibaba. 



AI Lazzie
berfungsi sebagai rakan beli-belah peribadi, membantu pengguna mencari produk yang sesuai dengan gaya hidup mereka, membuat perbandingan pantas, dan melengkapkan pembelian dengan yakin.


Keberkesanan AI Lazzie jelas terbukti apabila dalam kempen 9.9 yang lalu, ia berjaya membantu meningkatkan pesanan sebanyak 36% dan interaksi pembeli sebanyak 34%, menunjukkan bahawa pengguna Malaysia menghargai pengalaman membeli-belah yang pintar dan mesra pengguna.


Menjelang 11.11 ini, Lazada memperkenalkan rangkaian lima ejen AI pintar yang akan berfungsi secara serentak bagi memastikan keseluruhan pengalaman membeli-belah lebih lancar dan boleh dipercayai. 


Selain AI Lazzie yang berinteraksi terus dengan pembeli, empat ejen lain beroperasi di sebalik tabir untuk mengoptimumkan operasi. 



Ini termasuk Ejen Pemulangan yang mengurus proses selepas jualan dengan lebih pantas dan adil; Ejen Logistik yang mengemas kini maklumat penghantaran secara masa nyata; Ejen Penyenaraian Produk yang memastikan halaman produk lebih teratur dan jelas; dan Ejen Pemasaran yang menyusun tawaran yang disesuaikan dengan citarasa dan tabiat pembelian pelanggan.


Gabungan AI ini menjadikan setiap pembelian satu pengalaman yang meyakinkan di LazMall, di mana keaslian, keselamatan, dan teknologi inovatif menjadikan setiap ringgit yang dibelanjakan lebih berbaloi.



Sementara itu, Kaya Qin selaku Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia tidak ketinggalan memaklumkan di Lazada pihaknya membina ekosistem eDagang yang lebih pintar dan inklusif, di mana setiap penjual, besar atau kecil, mempunyai peluang dan infrastruktur untuk berkembang.


“Ia berasaskan kepercayaan dua hala antara jenama, penjual, dan pelanggan yang mempercayai mereka. Untuk 11.11 kali ini, kami ingin menunjukkan bahawa rakyat Malaysia boleh menikmati yang terbaik dari kedua-dua dunia ini; kualiti dan keyakinan.” akhiri Kaya Qin.


PERTAMA kali Kak Fas menang peraduan dalam Instagram...terima kasih Lazada!


#11.11TawaranJenamaPalingManisTahunIni #TeknologiAI #AILazzie #LazadaMy

Tiada ulasan:

Catat Ulasan