'SAI NGON COFFEE' BAWA VIBES VIETNAM TERUS KE MALAYSIA!
SIAPA kata nak rasa kopi Vietnam yang power kena terbang jauh-jauh?
Berita baik untuk semua coffee lovers di Malaysia! Sai Ngon Coffee, jenama minuman sedia diminum (ready-to-drink) yang super cool, kini memudahkan anda menikmati kopi gaya Saigon yang autentik, lembut dan penuh aroma, tanpa perlu beratur panjang di lapangan terbang.
Sai Ngon Coffee, jenama minuman sedia diminum (RTD) yang diilhamkan oleh budaya kopi Vietnam yang kaya, kini telah membawa terus cita rasa autentik itu ke pasaran Malaysia.
Jenama yang sedang hangat ini bukan setakat kopi tin biasa-biasa. Setiap tin Sai Ngon dihasilkan menggunakan 100% biji kopi Robusta yang diseduh—ya, bukan serbuk segera!—menjamin rasa kopi yang tulen.
Biji kopi Robusta mereka datang dari kawasan Đắk Lắk dan Lâm Đồng di Tanah Tinggi Tengah Vietnam, menjanjikan kick kafein yang padu dengan aroma semula jadi.
Menurut Jonathan Bong, pengasas Sai Ngon Coffee, segalanya bermula apabila dia terkesan dengan keenakan Cà Phê Sữa Đá (kopi ais susu Vietnam) semasa melancong ke Saigon pada Oktober 2023.
Gabungan kopi yang kuat dengan susu pekat manis itu telah mencetuskan inspirasi untuk membawa rasa unik itu ke Malaysia dalam format on-the-go.
“Kami mahu setiap orang dapat menikmati kopi Vietnam sebenar, bila-bila masa dan di mana jua. Ini bukan sekadar kopi, ia adalah rasa budaya Vietnam dalam setiap hirupan,” kata Jonathan, yang berjaya melancarkan produk ini di Malaysia pada Oktober 2024 selepas berbulan-bulan penyelidikan dan ujian rasa dilakukan.
Sambutan yang diterima memang luar biasa!
Dalam masa sebulan, Sai Ngon Coffee telah berjaya menembusi pasaran dan kini boleh didapati di lebih 3,500 lokasi, termasuk rangkaian 7-Eleven seluruh negara, AEON, emart24, dan Petronas Mesra.
Jenama ini menawarkan dua perisa utama: Cà Phê Sữa, kopi susu Vietnam yang lembut dan berkrim; dan Cà Phê Đen, kopi hitam yang kuat, beraroma dan menyegarkan.
Lebih mengagumkan, sejak dilancarkan, jenama tersebut telah mencatat pencapaian luar biasa dengan jualan melebihi satu juta tin di Malaysia.
Meluahkan rasa terharu dengan sambutan yang diterima, Jonathan memaklumkan. kejayaan ini adalah hasil sokongan pelanggan setia dan promosi dari mulut ke mulut, tanpa sebarang bajet pemasaran yang besar.
“Kami amat terharu dengan sambutan yang diterima. Tanpa sebarang bajet pemasaran pun, pelanggan tetap kembali kerana mereka suka rasanya. Itu bukti bahawa kami telah hasilkan sesuatu yang istimewa,” tambah Jonathan.
Sai Ngon Coffee direka khas untuk mereka yang sentiasa aktif: pelajar, usahawan, profesional, dan mereka yang perlukan tenaga sebenar untuk terus maju, malah turut diperakui Halal, sesuai untuk semua.
Melihat ke hadapan, Sai Ngon Coffee mempunyai impian besar untuk berkongsi rasa kopi Vietnam ini ke seluruh dunia, dengan perancangan untuk pengembangan antarabangsa seawal 2026 ke beberapa negara ASEAN dan Asia Tengah.
“Kami bermula dari kecil, tapi impian kami besar, untuk berkongsi rasa kopi Vietnam ke seluruh dunia, satu tin pada satu masa,” akhiri Jonathan menyimpulkan aspirasi global jenama tempatan yang mempunyai semangat Vietnam ini.
Jangan lupa ikuti media sosial mereka, kerana khabarnya ada perisa baharu yang bakal dilancarkan tak lama lagi!
Untuk maklumat lanjut:
E-mel: sales@aseanatrillions.com
Facebook: https://www.facebook.com/SaiNgonMalaysia
Instagram: https://www.instagram.com/saingon.malaysia
#SaiNgonCoffee #Vietnam #Malayysia #ASEAN #AsiaTengah #KopiRobusta #fyp



Tiada ulasan:
Catat Ulasan