PRISM+ KUKUH KEDUDUKAN ‘ONE STOP HOME & LIVING', LANCAR 3 PRODUK BAHARU SERENTAK!
DALAM usaha agresif untuk menjadi jenama rumah dan kediaman sehenti nombor satu di Malaysia, PRISM+ mengorak langkah besar dengan pelancaran serentak tiga kategori produk utama: mesin basuh, penghawa dingin pintar dan tv mudah alih.
Gelombang produk baharu ini, yang diperkenalkan menjelang musim cuti, menegaskan matlamat PRISM+ untuk menawarkan penyelesaian komprehensif yang menggabungkan prestasi, reka bentuk moden, dan kebolehcapaian harga kepada isi rumah Malaysia.
Dalam sidang media pelancaran produk-produk tersebut baru-baru ini, Eric Kam, Pengarah Negara PRISM+ Malaysia, menyatakan bahawa barisan produk terbaharu ini mencerminkan komitmen jenama untuk menawarkan produk yang menggabungkan prestasi, kebolehcapaian dan reka bentuk moden, sekali gus meningkatkan keselesaan dan kemudahan hidup harian.
Menerajui pelancaran ini ialah siri mesin basuh muatan atas serba baharu Typhoon, yang menandakan kemasukan sulung jenama itu ke dalam pasaran perkakas dobi.
Mesin Basuh Muatan Atas Typhoon, yang ditawarkan dalam kapasiti 8.5kg hingga 12.5kg dengan harga permulaan RM659 untuk model 8.5kg, direka untuk memberikan hasil cucian yang boleh dipercayai dan cekap.
Ia dilengkapi dengan ciri-ciri seperti Teknologi Cucian Pintar (Smart Wash Technology), Laci Dos Mudah (Easy Dosing Drawer) untuk mencegah sisa detergen, dan Kawalan Imbangan Auto (Auto Balance Control) bagi mengurangkan getaran dan cucian yang lebih lembut.
Untuk ketenangan fikiran, motor mesin basuh ini disertakan dengan jaminan lanjutan selama 12 tahun. Pra-tempahan untuk siri Typhoon bermula pada 26 November 2025.
Serentak tu, PRISM+ turut memperkenalkan penyaman udara pintar Luna Ultra yang dinilai 5 bintang bagi penjimatan tenaga, menjadikannya penghawa dingin pintar bertaraf 5 bintang yang paling mampu milik di Malaysia dengan harga bermula dari RM1,199 untuk model 1.0HP.
Luna Ultra telah direka bentuk untuk penggunaan elektrik yang luar biasa cekap, mengurangkan sehingga 45% penggunaan elektrik berbanding model bukan inverter 2 bintang yang terendah.
Penghawa dingin ini didatangkan dalam pilihan 1.0HP, 1.5HP, dan 2.0HP, serta dilengkapi Pemampat Inverter, Salutan Anti-Karat GoldFin untuk ketahanan dalam iklim Malaysia dan sistem Penapisan Berbilang Lapisan Lanjutan untuk udara dalaman yang lebih bersih.
Pengguna turut boleh mengawal unit sepenuhnya melalui Aplikasi PRISM+ Connect.
Selain daripada perkakas utama, jenama ini melancarkan siri paparan gaya hidup pintar Roam 27" dan Roam Ultra 27".
Direka untuk fleksibiliti, paparan boleh alih ini berfungsi sebagai stesen kerja atau hab hiburan, lengkap dengan panel sentuh FHD atau 4K UHD, pemproses yang berkuasa, OS Android 14, dan sistem audio premium 40W.
Siri Roam 27" bermula dari RM3,699.
PRISM+ juga menyegarkan semula barisan TVnya dengan siri SQ QLED TV yang diperbaharui, menawarkan visual Quantum Dot QLED yang lebih kaya, Google TV OS yang intuitif, dan sokongan Dolby Audio, dengan harga bermula RM749.
Pelanggan juga dijemput untuk mengalami sendiri barisan penuh produk ini di acara TikTok Shop Super Brand Day bertempat di Carnival Court, IOI Mall Puchong, dari 28 hingga 30 November, sekali gus menikmati promosi eksklusif serta tawaran pakej bersama TT Racing iaitu syarikat perabot ergonomik terkemuka di Malaysia yang mengkhusus dalam kerusi permainan premium, kerusi pejabat dan meja pintar.
#Prism+ #TTRacing #MesinBasuhTyphoon #Roam27 #SQQLedTV #LunaUltra








Tiada ulasan:
Catat Ulasan