NEXPERTS ACADEMY PELAWA BUMIPUTERA SERTAI KURSUS IT TANPA BAYARAN!
NEXPERT Academy, sebagai institusi latihan dan pembangunan kemahiran teknologi, melancarkan satu inisiatif strategik bagi memperkasa modal insan Bumiputera dalam bidang teknologi berimpak tinggi seperti Kecerdasan Buatan (AI), Pembelajaran Mesin (ML), dan transformasi digital.
Program pensijilan profesional ini dilaksanakan dengan pembiayaan penuh kepada peserta Bumiputera yang layak di bawah kerjasama strategik bersama Yayasan Peneraju, bertujuan merapatkan jurang kemahiran dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor pekerjaan bernilai tinggi.
Pembiayaan tersebut berpotensi ditukar kepada biasiswa sekiranya peserta memenuhi syarat ketat yang ditetapkan, iaitu pematuhan kehadiran minimum 85% serta kelulusan penilaian akademik dan kompetensi.
Usaha ini dilihat selari dengan fokus kerajaan untuk memperkukuh kedudukan negara dalam ekonomi digital global dan menyokong aspirasi Malaysia menjadi Negara AI yang inklusif, mampan dan berdaya saing menjelang 2030.
Program ini juga menyokong prinsip menaikkan siling dan menaikkan lantai dalam Kerangka Ekonomi MADANI, yang memberi penekanan terhadap peningkatan pendapatan, mobiliti sosial, dan penyertaan rakyat dalam sektor ekonomi masa hadapan.
“Pembangunan modal insan berkemahiran tinggi merupakan teras utama dalam memastikan Malaysia mampu bersaing dalam ekonomi berasaskan inovasi dan teknologi. Nexpert Academy komited mendukung hasrat negara melalui penyediaan laluan pembelajaran berkualiti bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor teknologi bernilai tinggi.” ujar Nazreen Abdul Ghani, Pengarah Nexpert Academy pada majiis sidang media berhubung program Pensijilan Profesional IT bertempat di ibu pejabat Nexpert Academy di Pusat Perdagangan Phileo Damansara baru-baru ini.
![]() |
| DARI kiri: Shaazana, Nazreen, Abdul Vaheeed, Yash Sharma, Nikun Bhatiya dan Samir Nijam. |
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Nexpert Akademi, Abdul Vaheed; Pengurus Branding dan Pemasaran, Shaazana Abdul Ghani; Jurulateh/ Pemprogram, Yash Sharma; Jurulatih Nikun Bhatiya dan Samir Nijam Maniyar.
![]() |
| AHMAD Syamil berkongsi pengalamannya. |
Sidang media turut menampilkan perkongsian inspirasi daripada alumni yang telah berjaya menukar kemahiran mereka kepada kerjaya dalam bidang IT dan analitik data selepas menamatkan program Nexpert.
Antaranya Ahmad Syamil Azamriaib yang berkongsi pengalaman dan manfaat yang mereka peroleh melalui pembelajaran AI dan CompTIA Cloud+ termasuk pelajar kursus 'AI & Machine Learning' iaitu Izzah Tajul, Amir Abbas serta Hud dan rakannya dari kursus Certified Ethical Hacker menunjukkan demonstrasi mengenai penggodaman siber.
Berkongsi lanjut kata Nazreen, “Misi Nexpert Academy adalah untuk membuka peluang kepada bakat Bumiputera bagi memperoleh kemahiran IT bertaraf global yang relevan dan berimpak tinggi. Kerjasama dengan Yayasan Peneraju ini merupakan usaha kami untuk melahirkan tenaga mahir yang bersedia menghadapi cabaran dunia digital.”
Program ini dirangka khusus untuk melengkapkan peserta dengan pengetahuan teknikal, kemahiran penyelesaian masalah, kecekapan analitik data, dan pemahaman aplikasi AI pada peringkat industri.
Graduan dijangka dapat mengisi peranan profesional dalam pelbagai sektor digital termasuk pembuatan, pertanian pintar, keselamatan siber, dan perkhidmatan awam.
“Dengan inisiatif Yayasan Peneraju, kami bukan hanya melatih peserta tetapi kami membantu mereka memasuki kerjaya yang mampu mengubah taraf hidup, pendapatan dan masa depan keluarga mereka,” akhiri Nazreen.
![]() |
| ABDUL Vaheed (kanan) bersama Nazreen dan Shaazana (kiri). |
Sementara itu, Abdul Vaheed turut menegaskan:
“Ekonomi digital Malaysia tidak dapat berkembang tanpa barisan bakat bumiputera yang mahir. Matlamat kami mudah - untuk menjadikan pelajar menjadi profesional bertauliah yang bersedia untuk bekerja, relevan dengan industri dan mampu menyumbang kepada sektor teknologi berpendapatan tinggi.
“Inisiatif oleh Yayasan Peneraju ini bukan sekadar latihan, tetapi juga membina tenaga kerja masa depan yang dapat meningkatkan taraf keluarga, memperkukuh komuniti dan memperkasakan kemajuan Malaysia ke arah negara yang dipacu AI.”
Permohonan bagi pengambilan terakhir masih dibuka sehingga 15 Disember 2025. Antara kursus yang ditawarkan meliputi AI & Machine Learning Bootcamp: Certified Ethical Hacker (CEH): CompTIA Network+; Network & Multicloud Bootcamp dan CompTIA Cloud+
Untuk permohonan dan maklumat lanjut boleh semak di halaman khas www.nexpertsgrants.com manakala laman rasmi akademi boleh dilayari di www.nexpertsacademy.com atau berhubung terus melalui talian ke nombor 011 - 2216870 mahu pun 012-8096872.
#NexpertsAcademy #PensijilanProfesionalIT #YayasanPeneraju #PembelajaranAI







Tiada ulasan:
Catat Ulasan