Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

GINTELL LANCAR KERUSI DAN MESIN URUT LEHER 'MARVEL-DISNEY'


GINTELL
, rangkaian perniagaan penjagaan kesihatan dan kecergasan terbesar di Malaysia, telah melancarkan produk-produk inovasi terbarunya dalam satu majlis gilang-gemilang yang diadakan di Glasshouse Seputeh baru-baru ini. 


Acara berprestij tersebut, yang dihadiri oleh pihak pengurusan GINTELL  termasuk pelakon Dato Jalaludin Hassan selaku duta Gintell Malaysia dan ramai lagi, menyaksikan  pengenalan Kerusi Urut S9 MAXX dan Mesin Urut Leher Terhad Stitch GINTELL.


Majlis dimulakan dengan tayangan video eksklusif yang memaparkan pencapaian kolaborasi GINTELL bersama Disney sebelum acara perasmian Kerusi Urut S9 MAXX dilangsungkan oleh tetamu kehormat. 


Kerusi Urut GINTELL S9 MAXX mencuri tumpuan dengan keupayaan teknologi AI-ROVO™ yang menawarkan 8 Program Regangan AI-Yoga. 



Program-program ini direka untuk meniru gerakan berbasikal dan menunggang, bertujuan meningkatkan kekuatan otot dan fleksibiliti pengguna. Tambahan pula, keistimewaan Bebola Urutan 4D adalah ia mampu dilaras secara automatik mengikut postur dan bentuk badan pengguna, dengan protrusi sehingga ±15 cm bagi menjamin kelegaan urutan yang mendalam dan tepat.


Acara kemudian disusuli dengan pengumuman pemenang GINTELL Parent’s Day Grand Giveaway Finale, yang merupakan kemuncak kempen yang berlangsung dari 1 Mei hingga 31 Julai 2025. 



Seramai 10 finalis terpilih telah berpeluang memenangi kerusi urut dan treadmill GINTELL, dengan salah seorang pemenang bertuah membawa pulang Hadiah Utama yang lumayan, iaitu sebuah kereta EV BYD Sealion 7. 


Kelayakan penyertaan cabutan bertuah ini adalah secara automatik bagi pelanggan yang membuat perbelanjaan minimum RM3,000.00 ke atas.


Dalam segmen pelancaran kedua, Mesin Urut Leher Terhad Stitch GINTELL diperkenalkan kepada khalayak ramai, diserikan dengan persembahan Tarian Hula yang menarik. 



Duta GINTELL turut berkongsi testimoni peribadi mereka menggunakan mesin urut leher edisi terhad Stitch ini, menambahkan keyakinan terhadap produk tersebut.


Selari dengan pelancaran produk, GINTELL turut membuka pameran khas yang menampilkan koleksi produk kesihatan edisi terhad siri Marvel dan Disney, termasuk kerusi urut serta mesin urut mudah alih Disney Mickey Mouse & Minnie Mouse. 



Pameran turut dibuka kepada orang ramai dari jam 3.00 petang hingga 8.00 malam, di mana pengunjung berpeluang mencuba produk, menebus rantai kunci (keychain) edisi terhad Marvel, dan bergambar di sudut pameran yang bertemakan Disney & Marvel.


Sebagai penutup, GINTELL mengumumkan komitmen mereka untuk terus memperkenalkan produk baharu berserta tawaran menarik, termasuk promosi Beli 1 Percuma 1—di mana dua kerusi urut ditawarkan pada satu harga bermula RM4,988.00 dalam masa terhad. 


Untuk pertanyaan lanjut atau pra-tempahan, orang ramai boleh menghubungi +60167500998, melayari www.gintell.com, atau mengunjungi bilik pameran GINTELL yang terdekat.



#Gintell #KerusiUrutS9Maxx #MesinUrutLeherTerhadStitchGintell #MarvelDisney

Tiada ulasan:

Catat Ulasan