SURIA KLCC CATAT SEJARAH: RASMI 'SKATING RING' LUARAN PERTAMA RAI MAGIS KRISMAS!
Acara utama tahun ini adalah pengiktirafan Malaysia Book of Records untuk ‘The First Outdoor Skating Rink in Malaysia’, yang mengelilingi pokok Krismas setinggi 80 kaki dengan latar belakang Menara Berkembar PETRONAS.
Gelanggang luncur ini dibuka setiap hari dari 26 November hingga 25 Disember 2025, menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
‘Sebagai destinasi ikonik di tengah-tengah Kuala Lumpur, Suria KLCC bukan sekadar pusat beli-belah – ini adalah tempat di mana kenangan dicipta dan pengalaman dikongsi,“ ujar Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan CEO Suria KLCC Sdn Bhd, pada majlis pelancaran ‘A Majestic Christmas’ di Suria KLCC baru-baru ini.
Pengalaman magis Krismas bermula di Centre Court yang telah dihias indah untuk sambutan perayaan Krismas yang magis.
Tumpuan utama adalah pokok Krismas bertingkat yang megah, dihiasi rapi dengan lampu dan aksesori perayaan disamping tarikan interaktif seperti Mirror Room, sebuah bilik imersif yang menampilkan panel pantulan yang mencipta ilusi visual yang mempesona, diserikan dengan haruman elegan dari Lancôme.
“Tahun ini, tema ‘Majestic Krismas’ kami, yang diserlahkan oleh pokok Krismas yang menakjubkan dan First Outdoor Skating Rink in Malaysia, direka untuk memberikan pengalaman percutian bertaraf dunia yang tidak dapat dilupakan, yang membawa kegembiraan dan kebersamaan kepada semua pengunjung kami.” tambah Francis Tan.
Melengkapkan lagi keindahan Centre Court ialah Interactive Music Box di mana pengunjung.boleh memilih lagu klasik percutian kegemaran mereka daripada enam pilihan lagu, mencetuskan melodi ceria dan gemerlapan lampu yang diselaraskan serentak dengan lagu yang dipilih.
Pengalaman ini disempurnakan dengan Festive Photobooth yang menawarkan foto bercetak dan digital secara percuma.
Lebih menarik apabila pengunjung boleh menikmati program ganjaran eksklusif. Dengan berbelanja RM500 ke atas dalam satu resit, mereka layak menerima Pengalaman Festive Skating untuk dua orang (Tier 1).
Manakala pembeli yang berbelanja RM2,500 ke atas dalam dua resit pula akan menerima Baucar Membeli-Belah e-Voucher Suria KLCC bernilai RM100, selain Pengalaman Festive Skating untuk dua orang (Tier 2).
Suasana perayaan dipertingkatkan lagi dengan jadual program menarik seperti Santa Claus Meet & Greet (25 November, Sabtu terpilih, dan 25 Disember), Christmas Carolling (25 November, Ahad terpilih, dan 25 Disember), dan Bengkel Christmas Wreath Workshops (pada tarikh-tarikh terpilih pada bulan Disember).
🌟 Alamanda Putrajaya Menawarkan Keajaiban Krismas yang Anggun
Pusat Beli Belah Alamanda di Putrajaya turut menyambut Krismas dari 28 November 2025 hingga 4 Januari 2026. Centre Court Alamanda dihiasi dengan pokok Krismas bertingkat yang indah, disamping gerbang berlampu dan perhiasan bebola bercahaya di seluruh pusat beli-belah.
Alamanda akan menganjurkan persembahan perayaan pada hujung minggu seperti tarian Krismas, balet kanak-kanak, dan pertunjukan silap mata.
Pada Hari Krismas, Santa’s Visit akan menggembirakan kanak-kanak. Ahli program VIKids boleh mendaftar untuk Bengkel Kreatif percutian, termasuk menghias donat.
Program ganjaran pembeli menawarkan Baucar Membeli-Belah e-Voucher Alamanda bernilai RM30 bagi perbelanjaan RM500 ke atas dalam dua resit (Tier 1), dan
Baucar e-Voucher bernilai RM80 bagi pembelanja tinggi yang berbelanja RM1,500 ke atas (Tier 2). Selaras dengan inisiatif kesihatan mental Suria KLCC Group, Alamanda juga menjalankan jualan Green Ribbon Pin pada harga RM10 setiap satu, di mana semua hasil akan disalurkan kepada NGO kesihatan mental.
🎠Mesra Mall Menyambut Karnival VIKids dan Keriangan Percutian
Di Mesra Mall, Kemaman, Terengganu, sambutan Krismas akan diadakan dari 5 Disember 2025 hingga 31 Disember 2025.
Centre Court Mesra Mall menampilkan dekorasi perayaan dengan keindahan pokok Krismas yang didekorasi karusel kuda.
Sepanjang kempen, Mesra Mall akan menganjurkan persembahan tarian Krismas, persembahan badut, dan lawatan dari watak kegemaran ramai. Kanak-kanak VIKids dijemput untuk menyertai Bengkel Seni & Kraf percutian.
Pembeli-belah yang berbelanja RM350 dan ke atas dalam dua resit akan menerima Hadiah Eksklusif. Mesra Mall juga turut mengambil bahagian dalam inisiatif kesihatan mental dengan menjual Green Ribbon Pin, di mana hasilnya akan disalurkan kepada NGO kesihatan mental.
AA#SuriaKLCC #AMajesticChristmas #SkatingRing #Alamanda #MesraMall #fyp








Tiada ulasan:
Catat Ulasan