Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ASTRO BAWA LAGENDA KLASIK 'BATU BELAH BATU BERTANKUP' KE ERA DIGITAL MULAI 14 NOV!


ASTRO
, selaku peneraju utama industri hiburan di Malaysia, mengukuhkan komitmennya untuk mendokumentasikan khazanah warisan tempatan dengan mempersembahkan siri terbaharu di bawah francais ‘Hikayat’ – kisah lagenda popular yang penuh magis dan misteri, Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup.
 

Siri enam episod yang diolah semula dengan sentuhan sinematografi moden ini dijadualkan bakal menemui penonton bermula 14 November 2025 ini bersiaran setiap hari Jumaat tepat jam 9 malam serentak di dua saluran utama, Astro Ceria (Saluran 611)dan Astro Prima (Saluran 105).


Menurut Naib Presiden Strategi Kandungan GenNext, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, usaha ini adalah selari dengan visi Astro untuk memastikan generasi akan datang terus mengenali dan menghargai budaya serta cerita tempatan. 


“Menerusi francais ‘Hikayat’, matlamat kami adalah untuk meraikan warisan Malaysia yang kaya dengan kisah dongeng tradisional, dan menghidupkan semula cerita-cerita ini melalui lakonan semula oleh bakat tempatan yang hebat. 

“Disampaikan dalam format berkualiti tinggi, diperkaya dengan kesan visual khas, dan sarat dengan nilai murni, kisah-kisah ini sesuai untuk tontonan semua peringkat umur. Kami komited untuk meneruskan usaha ini dan berharap dapat memperluaskan lagi francais ‘Hikayat’ agar kisah-kisah klasik ini dapat didokumentasikan sebagai khazanah untuk generasi akan datang,” ujar Putri Yasmin pada sidang media siri ‘Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup’. yang diadakan baru-baru ini.


Judul terbaharu ini merupakan hasil arahan sutradara prolifik, Shamyl Othman, dan diterbitkan oleh Red Communications Sdn Bhd. 


Seperti karya-karya terdahulu dalam francais ini, ‘Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup’ telah diolah semula mengikut kesesuaian tontonan masa kini, dengan penambahan sentuhan elemen visual moden bagi memberikan pengalaman yang terbaik.


Plot cerita berpusat kepada tragedi yang menimpa keluarga Mak Tanjung, yang dilakonkan oleh Diana Danielle, apabila suaminya, Pak Kantan lakonan Alif Satar, terkorban kerana lemas semasa memancing.


Kejadian itu menyebabkan Mak Tanjung dan dua anaknya, Melur (lakonan Arabella Ellen) dan Pekan (Fimie Don), hidup dalam kesusahan. 

Terdesak, Mak Tanjung mencari berlian berdekatan kawasan Batu Belah Batu Bertangkup untuk menyara hidup, namun batu berpuaka itu telah menelannya. 

Melur dan Pekan kemudian terpaksa meninggalkan kampung dan mengembara untuk mencari jalan membebaskan ibu mereka daripada kuasa jahat batu tersebut. 

Selain Diana Danielle, Alif Satar, Arabella Ellen, dan Fimie Don, siri ini turut menampilkan barisan pelakon popular seperti Bell Ngasri, Elly Mazlein, Niezam Zaidi, Ezzanie Jasny, serta bintang generasi baharu seperti Qisya Hairulzain dan Mikael Noah. 



Turut menghiasi siri ini adalah runut bunyi rasmi yang berjudul Hikayat Arjunidendangan Amsyar Leee.

Bagi penonton yang ingin menikmati siri ini, mereka boleh menyaksikannya bermula 14 November, setiap Jumaat jam 9 Malam di Astro Ceria dan Astro Prima, serta strim melalui On Demand di Astro GO dan sooka. 


Pelanggan boleh melanggan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan, atau meningkatkan pengalaman penstriman dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan.


Untuk melanggan atau menaik taraf, orang ramai boleh melayari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.


Kak Fas: Pernah menulis mengenai kisah 'Batu Belah Batu Bertangkup' dalam Majalah Wanita yang membawa. Kak Fas sehingga ke Langkawi di mana khabarnya ada 'batu berkenaan' juga sehinggalah kawasan itu dinamakan Jalan Batu Belah Batu Bertangkup. Satu memori yyang menjadi kenangan berrhubung kajian mengenai kisah lagenda ini. Betul atau tidak wallahualam!



#HikayatBatuBelahBatuBertangkup #Astro #MajalahWANITA #Langkawi #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan