Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'FORUM ALIFE AGAIN' CARI SOLUSI HIDUPKAN KEMBALI INDUSTRI KREATIF

FORUM ‘ALIFE AGAIN’ - Tepat sekali nama yang diberikan pada acara yang pada tempoh negara masih berperang  terus-terusan dengan pandemik COVID-19, ia sekali gus memanjangkan mesej bahawa kita perlu bangkit dan hidup kembali untuk memerangi apa sahaja dugaan yang menimpa.


Begitulah harapan penganjurnya, Persatuan Penggiat Festival Antarabangsa (ALIFE) yang bakal menganjurkan forum ‘ALIFE Again: Mencipta Masa Depan Baru Untuk Acara Langsung’ pada 21 Januari depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.



“Tahun 2020 merupakan tahun yang sangat sulit buat industri kami dan jalan penyelesaiannya sangat lambat dan tidak konsisten. Pihak ALIFE berkomitmen untuk terus berusaha untuk mengjangkau semua pihak yang berkepentingan dalam sektor swasta dan agensi kerajaan bagi mencari penyelesaian jangka panjang dan kelanjutan untuk menuju pemulihan industri acara langsung melalui Forum ALIFE AGAIN,”  ujar Pengerusi ALIFE, Para Rajagopal dalam sidang media secara virtual yang diadakan semalam (6 Januari 2020).


Turut bersama, Pengarah Shiraz Projects. Shirazdeen Karim; Pengasas & CEO LOL Asia, Rizal Kamal; Iqbal Ameer, Pengasas & Pengarah Urusan Kumpulan Livescape; Rohit Rumpal, Pengasas & CEO Kumpulan Hitman dan ramai lagi.



Menurut Rajagopal, menyedari kesulitan yang menimpa industri, dua bulan lalu, ALIFE mengambil langkah drastik mengirimkan ‘SOS’ kepada Kementerian dan agensi kerajaan berkaitan bagi menyelamatkan industri selepas kira-kira 623,000  pengendali, pembekal, kru dan pekerja  dalam sektor acara langsung dan industri kreatif kehilangan sumber pendapatan sejak bulan Mac 2020 malah ada  dipaksa berhenti dan keluar dari sektor terbabit.


Tetapi, walau pun terdapat banyak sektor ekonomi yang dibenarkan memulakan operasi dua bulan kemudian dengan pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Nasional, industri siaran langsung berada dalam Aktiviti Terhad Majlis Keselamatan Nasional (Senarai Aktiviti Dilarang). 

“Kerana itu, ALIFE terus menuntut kepimpinan proaktif dari Kerajaan dalam membantu industri secara langsung di mana melalui forum ‘ALIFE AGAIN’ diharap perbincangan mengenai pemulihan industri acara langsung  dapat mencapai satu titik penyelesaian,” tambah Para Rajagopal (kanan).


Forum ‘Alife Again’ akan dipersembahkan dalam bentuk acara hibrid dengan sebilangan kecil peserta langsung serta penyertaan dalam talian, menampilkan sekumpulan ahli panel yang berpengalaman dalam pelbagai bidang berkaitan ekosistem siaran langsung akan menangani topik-topik seperti menghidupkan kembali industri hiburan tempatan, perubahan landskap persembahan secara langsung di seluruh dunia dan teknologi dalam transmisi migitati, dana kerajaan & bantuan kewangan serta prosedur standard operasi dan kelulusan acara. 


Antara ahli panel yang terlibat termasuk sjfu legenda muzik Malaysia, Datuk M.Nasir, Encik Rajasingham yang merupakan Pengarah Urusan BAC Education Group, Ilya Kravtso, Ketua Pegawai Eksekutif Pouch Nation  yang merupakan sebuah syarikat teknologi acara terkemuka,  Kim Lim selaku  Pengarah Kanan Celebrity 360, Universal Music serta wakil dari agensi kerajaan termasuk Cendana dan MyCreative serta ramai lagi. 


  Kim Lim dan Rohit Rampal.


Sesi ini juga menampilkan ahli panel dari industri hiburan langsung dari seluruh rantau ini, jelas Rajagopal.


Dengan kumpulan penggerak dan nama-nama besar industri berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka,  ALIFE yakin forum ini akan menyediakan platform yang hebat untuk para peserta belajar, adaptasi dan melaksanakan strategi untuk kesinambungan semula acara secara langsung selepas wabak.


Dan menariknya, pendaftaran “FORUM ALIFE AGAIN’ adalah percuma dan dibuka kepada semua pengamal acara langsung yang berminat dengan dasar ‘first come first serve’. 


Jadi yang berminat boleh membuat pendaftaran segera melalui laman web www.alife.my atau  lebih mudah KLIK SINI. 


Untuk maklumat lanjut atau butiran forum, boleh emel  ke alifecouncil@gmail.com




#ForumAlifeAgain #MNasir #AlifeCouncil #KLCC #ALIFE #AcaraSiaranLangsung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan