Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'OH MY PET' EXPO HAIWAN TERBESAR KEMBALI, BUKA TIRAI HINGGA AHAD DI MIDVALLEY MEGAMALL!


SUDAH
lama juga sebenarnya Kak Fas tidak berkunjung ke pusat membeli-belah popular, Midvalley Megamall sehinggalah mendapat jemputan daripada Pet Universe Nourish untuk hadir di upacara pembukaan Oh My Pet Expo 2025 pada semalam, 11 Disember yang akan berlangsung selama empat hari sehingga hujung minggu ini, 14 Disember 2025.


Walau pun seawal jam 10.30 pagi Kak Fas dah tiba waima megamall selalunya dibuka jam 10 pagi dan tentu sekali mudah mendapat tempat parkir tetapi sangkaan Kak Fas melesit apabila sukar pula mendapat petak kosong untuk parkir kereta.


Berkali-kali juga lah pusing sehingga membawa Kak Fas ke ruang parkir di sebalah kawasan The Gardens baharulah jumpa, itu pun di petak parkir berhampiran kotak suiz letrik, terrpaksalah muncung kereta ‘terlebih sudah’ (bak kata penyanyi Stacy) daripada garisan depan apabila ada tiang di belakang yang menghalang kereta daripada rapat dengan dinding.


Dalam hati berkata-kata, ‘ish biar betul...takkan semua pergi ke expo haiwan ni, pagi bebenor’?


Dan bila sampai ke aras 3 melalui lif, lebih mengejutkan apabila melihat begitu ramainya orang beratur panjang di hadapan pintu masuk ruang pameran yang masih di tutup.



Masing-masing membawa  prem atau kereta sorong kanak-kanak, ingatkan ramainya membawa baby tetapi tiba tiba bunyi ‘whoof whoof’ mengejutkan Kak Fas…laa anjing rupanya... haha.. maklumlah Kak Fas memang pencinta kucing tetapi tak pernah la pula bawa jalan dalam kereta sorong baby kan… 


Tetapi itulah trend dunia sekarang… haiwan peliharaan dah boleh ganti ‘baby’ dimanjakan bagai ‘anak’ sendiri malah yang paling mengejutkan haiwan haiwan berkenaan boleh duduk diam dan tidak melompat keluar dan kacau orang ramai… 


Kucing-kucing yang dibawa pun comel comel belaka dan tidak liar…


Memang ‘happening’,,,,patutlah sesak di ruang parkir dan ini juga pertama kali Kak Fas hadir pada expo ‘Oh My Pet’ yang kembali dengan penganjuran yang lebih besar, lebih interaktif dan lebih mengujakan.



Dengan reputasinya sebagai pameran haiwan peliharaan terbesar di Malaysia, acara empat hari ini dijangka menarik lebih 145,000 pengunjung yang mahu mengalami sendiri dunia haiwan peliharaan yang penuh warna, inovasi dan keseronokan. 


Jadi, jika anda pemilik haiwan, bakal pemilik, atau sekadar pencinta haiwan, inilah acara yang “wajib hadir” bagi mengakhiri hujung tahun 2025 ini.


Diiktiraf oleh Malaysia Book of Records, sebagai Pameran Haiwan Peliharaan Terbesar di Malaysia, acara ini menampilkan lebih 200 pempamer dari dalam dan luar negara yang menawarkan rangkaian lengkap barangan, perkhidmatan dan inovasi terkini dalam industri haiwan peliharaan.


“Pemilikan Haiwan Peliharaan Yang Bertanggungjawab”, menjadi tunjang utama tema penganjuran, menekankan komitmen penganjur dalam mempromosikan penjagaan haiwan beretika, kebajikan haiwan, serta pengurusan haiwan peliharaan yang lebih berinformasi, dengan matlamat membentuk masyarakat yang penyayang dan bertanggungjawab terhadap haiwan.


Menurut penganjur OH MY PET! EXPO 2025, Calvyn Soh, haiwan peliharaan memainkan peranan besar dalam kehidupan manusia.


“Mereka memberi sokongan emosi, membawa kegembiraan dan membawa kegembiraan dan sentiasa bersama kita pada hari-hari paling sukar. Setiap aspek OH MY PET! EXPO direka untuk mendidik, memberi inspirasi dan membina komuniti pemilik haiwan yang penyayang serta menghargai ikatan antara kita dan haiwan kesayangan,”  ujar Calvyn.


Calvyn Soh dan Jaice Tan.


Sejalan dengan visi ini, Penganjur Bersama, Jaice Tan, turut menyuarakan rasa bangga dengan kemajuan luar biasa yang dicapai OH MY PET! EXPO sepanjang tahun ini. 


“Kami amat bersyukur atas perkembangan dan pengiktirafan yang diterima OH MY PET! EXPO sepanjang tahun ini. Penerimaan Anugerah World Branding Award di Vienna merupakan satu detik yang sangat membanggakan, namun penghormatan sebenar datang daripada sokongan berterusan komuniti pencinta haiwan. 


Kami tetap rendah hati dan komited untuk mewujudkan dunia yang lebih baik buat ‘furkids’ kesayangan kita melalui pemilikan haiwan yang bertanggungjawab serta penglibatan komuniti yang lebih bermakna,”  jelas Jaice ketika ditemui.



Sepanjang expo berlangsung, pengunjung dapat menerokai pelbagai produk dan perkhidmatan melibatkan makanan haiwan, aksesori, mainan, produk penjagaan, teknologi terkini serta perkhidmatan veterinar. 


Suasana pameran dijangka lebih meriah dengan pertunjukan pentas, demonstrasi ketangkasan haiwan, aktiviti keluarga, sesi pendidikan, dan permainan interaktif yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat. 


Para pengunjung juga boleh menikmati pelbagai tawaran eksklusif dan promosi khas sepanjang acara, menjadikannya peluang terbaik untuk mendapatkan keperluan haiwan peliharaan pada harga yang lebih rendah.



OH MY PET! EXPO 2025 mengalu-alukan kehadiran semua pemilik haiwan, keluarga dan peminat haiwan daripada pelbagai latar belakang, sama ada mereka memelihara anjing, kucing, haiwan kecil atau sekadar berminat dengan dunia haiwan  – untuk menyertai pameran haiwan peliharaan terbesar dan paling meriah di negara ini.


Sebagai pameran yang diiktiraf di peringkat Malaysia dan Asia Tenggara serta penerima Anugerah Brand of the Year di World Branding Awards – Animalis Edition 2025–2026, expo ini terus menjadi platform utama yang memperkukuh industri haiwan peliharaan di rantau ini.


Malah, dengan komitmen untuk mendidik dan membina masyarakat yang lebih prihatin terhadap kebajikan haiwan, OH MY PET! EXPO 2025 menjanjikan pengalaman yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga memberi makna mendalam kepada semua pencinta haiwan.


#OhMyPetExpo2025 #PemilikanHaiwanPeliharaanYangBertanggungjawab #fyp 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan