Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

YWP, ECO-SHOP RINGANKAN BEBAN IBU BAPA, SALUR BANTUAN KEMBALI KE SEKOLAH RM120,000


DALAM
keadaan peningkatan kos sara hidup yang semakin menekan, terutamanya menjelang sesi persekolahan baharu, Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dengan kerjasama Eco-Shop, melancarkan inisiatif Bantuan Kembali ke Sekolah kepada 600 murid daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) di Kuala Lumpur.


Program yang disokong oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) ini melibatkan peruntukan keseluruhan bernilai RM120,000.



Tujuan utama inisiatif ini adalah untuk memastikan murid-murid daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dapat memulakan tahun akademik yang akan datang dengan keperluan yang lengkap dan keyakinan yang lebih baik, lantas mengelakkan risiko keciciran.


Majlis penyerahan bantuan yang diadakan di Mayor’s Courtyard, Rumah Tangsi ini, menghimpunkan 150 pelajar sekolah rendah dan menengah serta guru pengiring dari 30 buah sekolah di Kuala Lumpur. 



Untuk makluman  program Back to School bagi tahun ini akan dilaksanakan dalam beberapa siri. Bagi siri pertama ini, seramai 600 orang pelajar daripada 30 buah sekolah di kawasan Kuala Lumpur telah dikenal pasti sebagai penerima manfaat.


"Namun begitu, sebagai simbolik pelaksanaan program, seramai 120 orang pelajar hadir pada hari ini bersama 30 orang guru pengiring. Kehadiran ini sudah tentu mencerminkan komitmen dan sokongan berterusan semua pihak dalam memastikan kebajikan serta keperluan pendidikan anak-anak kita terus terbela.


"Kerjasama korporat-kerajaan ini adalah peringatan bahawa setiap individu atau organisasi mempunyai peranan untuk dimainkan dalam memperkukuh komuniti dan menyokong generasi akan datang,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Dr Abdul Basir V. Kunhimohamed dalam ucapan ringkasnya oada majlis berkenaan.


Turut hadir Puan Stella Soon, Pengurus Besar Pemasaran Eco-Shop Marketing Berhad (Eco-Shop); Tuan Megat Affandi Datuk Wira Hj Ismail, Pengarah, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL); Puan Hasliza Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Kesejahteraan Bandar, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Puan Rohani Hussin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWP.



Berkongsi lanjut, Dr Abdul Basir mengalu-alukan  semua agensi kerajaan, syarikat korporat, mahupun individu untuk bersama-sama YWP dalam usaha murni ini, menekankan bahawa sumbangan yang kecil berupaya mencipta perubahan yang bermakna dalam kehidupan pelajar yang memerlukan.


Melalui Bantuan Kembali Ke Sekolah ini, setiap pelajar terpilih menerima pakej bantuan komprehensif bernilai RM200.


Ia merangkumi baucar bernilai RM50 daripada Eco-Shop, yang boleh ditebus di cawangan merekq seluruh negara untuk mendapatkan kelengkapan sekolah dan

bantuan kewangan RM150 yang disumbangkan oleh YWP dan DBKL, yang akan didepositkan ke akaun PIBG sekolah masing-masing. Dana tunai ini dikhususkan bagi menampung yuran PIBG, keperluan sukan, dan kurikulum pelajar.


“Usaha ini adalah untuk memastikan murid-murid sekolah tidak tercicir dan akan dapat memulakan tahun persekolahan mereka dengan keperluan yang lengkap dan keyakinan yang lebih baik,” sambung Dr. Abdul Basir.




Menurut beliau, kehadiran peribadi pelajar-pelajar ini mengukuhkan justifikasi matlamat program untuk menyediakan sokongan segera dan praktikal buat mereka yang memerlukan. 


Ia juga menyerlahkan keperluan bagi YWP dan Eco-Shop untuk meneruskan usaha yang sama dan membantu lebih ramai penerima, bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi juga di Putrajaya dan Labuan.


Sementara itu, di pihak Eco-Shop, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Eco-Shop Malaysia, Puan Jessica Ng dalam teks ucapannya yang disampaikan oleh Stella Soon, menyatakan bahawa syarikatnya melihat inisiatif ini bukan sekadar bantuan, tetapi sebagai satu pelaburan untuk membantu generasi masa depan yang akan membentuk kemajuan Malaysia. 


“Sebagai jenama yang memberi khidmat kepada komuniti di seluruh negara, kami melihat sendiri bagaimana peningkatan kos hidup memberi kesan kepada sesebuah keluarga, terutamanya pada permulaan sesi persekolahan yang baru. 


“Maka itu, kami yakin, kerjasama dengan YWP, DBKL dan JPWPKL akan membolehkan kami menyumbang secara lebih mampan,” ujarnya sambil mengakui bahawa peningkatan kos hidup memberi kesan kepada keluarga, terutamanya pada permulaan sesi persekolahan baharu.



Sebagai pelengkap kepada inisiatif bantuan ini, Eco-Shop turut memperkenalkan kempen Riang Ria Hari Sekolah, yang akan berlangsung sehingga 11 Januari 2026, sebagai sokongan tambahan kepada keluarga di seluruh negara dalam membuat persiapan sekolah untuk tahun akademik baharu.


Inisiatif ini juga berfungsi sebagai peringatan bahawa kemampuan kewangan tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kesediaan seorang anak untuk ke sekolah, dan bahawa pilihan kecil yang bijak boleh membantu meringankan beban sesebuah keluarga.



Pendek kata, kolaborasi ini secara jelasnya  menegaskan komitmen YWP, Eco-Shop, DBKL, dan JPWPKL untuk memperkasa generasi muda melalui pendidikan yang mampan di Kuala Lumpur, dan menerusi kerjasama ini, satu sistem sokongan yang kukuh dan mampan telah dibina demi manfaat para pelajar, keluarga, dan komuniti di Kuala Lumpur.


Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Riang Ria Hari Sekolah, boleh ikuti Eco-Shop di Facebook (EcoShopMarketing), Instagram (ecoshop_my) atau TikTok (@ecoshopmalaysia), dan XHS (eco-shop MY).


Manakala, untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan skim bantuan yang ditawarkan oleh Yayasan Wilayah Persekutuan, boleh layari laman web rasmi YWP iaitu www.yayasanwp.org.my.



#YWP #BackToSchool #EcoShop #RiangRiaHariSekolah #DBKL #JPWPKL #Bantuan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan