Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MIDEA MALAYSIA CATAT SEJARAH, LANCAR 18 KEDAI JENAMA SERENTAK SELURUH NEGARA!


MIDEA
 Malaysia mengukir sejarah runcit di negara ini apabila diiktiraf secara rasmi oleh
Buku Rekod Malaysia (Malaysia Book of Records)bagi pencapaian uniknya apabila melancarkan 18 kedai jenama Midea di seluruh negara, secara serentak.

Wow! hebat kan?


Pelancaran berskala besar di seluruh negara ini merangkumi 15 kedai jenama Midea baharu, 2 Midea Pro-Shops baharu dan 1 ruang pameran di Kuala Lumpur yang dinak taraf, menandakan pengembangan runcit fizikal yang paling pesat pernah dilakukan dalam sektor peralatan elektrik tempatan.


Acara bersejarah ini bukan sahaja mempamerkan kekuatan logistik dan komitmen jenama, tetapi turut menjadi platform untuk memperkenalkan siri produk berteras AI (Kecerdasan Buatan) terbaharu mereka, iaitu SMART MASTER, bagi memacu revolusi rumah pintar di Malaysia.



Acara yang diiktiraf oleh Buku Rekod Malaysia ini menampilkan kira detik pelancaran di seluruh negara, di mana kesemua 18 kedai merasmikan papan tanda hadapan kedai pada masa yang sama.


Perasmian papan tanda tersebut disiarkan secara langsung di semua lokasi serta di laman Facebook Midea Malaysia, melambangkan perpaduan rangkaian runcit Midea yang semakin berkembang, diikuti dengan pembentangan video yang memaparkan pratonton siri SMART MASTER baharu Midea.



"Pelancaran 18 kedai jenama kami secara serentak bukan sekadar pengembangan kehadiran kami di Malaysia sahaja – ia langsung mengubah cara pelanggan berinteraksi dengan Midea. Dengan titik sentuh pelanggan di seluruh negara, rakyat Malaysia kini boleh mencuba penyelesaian rumah pintar kami secara langsung, berunding dengan pakar kami dan menerima sokongan pasca jualan yang lebih teliti,” ujar Mark Tam, Pengarah Urusan Midea Malaysia (gambar atas, kiri) sempena majlis pelancaran yang berlangsung di perkarangan ruang pameran Midea di Kuala Lumpur baru-baru ini. Turut hadir Peter Jiang,Timbalan Pengurus Besar Midea Malaysia.



Menurut beliau, pelacaran di seluruh negara mencerminkan momentum kukuh yang telah dibina sejak dari beberapa tahun lalu dan menempatkan Midea untuk bersaing dengan lebih berkesan dalam pasaran perkakas rumah yang pesat berkembang di Malaysia sambil mengukuhkan kepercayaan dan kemudahan kepada pengguna selaras dengan sasaran MIdea untuk menjadi rakan kongsi rumah pintar pilihan Malaysia.


“Siri SMART MASTER mencerminkan visi kami untuk membawa teknologi pintar yang berpusatkan pengguna ke dalam kediaman Malaysia. Dengan menggabungkan ciri-ciri berkuasa AI dengan kehadiran runcit yang semakin berkembang, kami percaya ia akan memberikan pengalaman yang lebih lancar, terhubung dan mudah untuk semua pelanggan kami,” tambah Mark Tam.



Rangkaian SMART MASTER meliputi pelbagai kategori  dan peralatan dengan sambungan RFID dan Wifi termasuk:

  • Siri Avigator
  • Siri Insta-Fit Master
  • Set Dobi
  • Hud Dapur Berbentuk L MCH-90XS38 (RFID)
  • Hob Gas Terbina Dalam (MGH-2590GL (RFID)
  • Pembersih Vakum Robotik V12
  • Kipas Nirbilah


Secara keseluruhannya, pengembangan ini menandakan dedikasi Midea untuk menawarkan pengalaman pelanggan yang lebih baik dan memperkukuh ketersampaian produk di lebih banyak wilayah. 


Dengan permintaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian kehidupan terhubung dan cekap tenaga, Midea komited untuk memperkasakan lebih banyak isi rumahtangga dengan teknologi rumah pintar generasi terbaharu.


Menjelang tahun 2026, Midea menyasarkan trajektori pertumbuhan kukuh sebanyak lebih-kurang 20% di pasaran tempatan. 


 

Syarikat merancang untuk terus mengembangkan dan menaik taraf rangkaian kedai jenamanya, mengukuhkan rangkaian pengedar dan meningkatkan perkhidmatan pasca jualan di seluruh negara.


Sempena pembukaan besar-besaran, Midea menawarkan promosi eksklusif sepanjang bulan Disember, termasuk Hadiah dengan Pembelian (1 – 31 Disember 2025), aktiviti Putar & Menang untuk pelanggan yang berbelanja RM288 ke atas (3 – 10 Disember 2025), dan peraduan Belanja & Menang untuk perbelanjaan RM488 ke atas (3 – 31 Disember 2025).


Jadi apa tunggu lagi jom cari produk jenama Midea, mana tahu dapat hadiah dengan pembelian bak kata, 'tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu' kan?



#MIDEA #SmartMaster #RFID #Wifi #RumahPintar #MOB #TawaranEksklusif #fyp



Tiada ulasan:

Catat Ulasan