PERCUTIAN BALI, DISKAUN RM10,000, TARIKAN UTAMA 'WEDDING SHOWCASE 2025' DI MATRADE!
PAMERAN perkahwinan terunggul tahun ini, Wedding Showcase 2025, anjuran S Creative Solutions Event & Entertainment, telah melabuhkan tirai dengan gemilang pada Ahad, 7 Disember 2025 lalu. di Matrade Hall, Aras 3, East Wing, Menara Matrade, Kuala Lumpur.
Selain tawaran diskaun pakej perkahwinan yang lumayan, Wedding Showcase 2025
yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 7 malam turut menarik pengunjung dengan pelbagai aktiviti hiburan, fesyen, dan sesi kecantikan interaktif, menjadikannya destinasi sehenti bagi perancangan majlis impian.
Pameran ini bukan sekadar platform perniagaan, tetapi juga sebuah festival pengalaman.
Ketua Pegawai Operasi Sidah Catering, Siti Hajar Mohd Anuar, dalam sidang media selepas majlis pelancaran, mengesahkan kejayaan pameran tersebut.
Beliau menyatakan penganjuran pameran ini memasuki kali kedua dan mendapat sambutan menggalakkan bukan sahaja bagi bakal pengantin baharu tetapi sektor korporat juga.
“Bakal pengantin tidak perlu risau kerana segala-galanya ada di bawah satu bumbung dan ini membantu menjimatkan masa di samping memudahkan pihak keluarga,” katanya.
Turut hadir menyempurnakan pelancaran ‘Wedding Showcase 2025' adalah Pengarah Urusan Sidah Group, Dato Mohd Adam Mohd Anuar.
Siti Hajar menambah, pihaknya menyasarkan sehingga 1,000 tempahan sepanjang acara ini berlangsung, didorong oleh insentif yang ditawarkan.
Pengunjung yang hadir disajikan dengan aturcara padat, termasuk Perarakan Pengantin Masuk dan Persembahan Tarian Pembukaan, disusuli dengan Lighting Show yang menakjubkan daripada S Creative.
Daya penarik utama showcase ini terletak pada promosi yang tidak masuk akal.
Para pengunjung berpeluang menikmati diskaun pakej perkahwinan sehingga RM10,000 malah untuk memudahkan perancangan kewangan, pihak penganjur turut memperkenalkan perkhidmatan "Book Now, Pay Later" yang membolehkan tempahan dibuat dengan deposit serendah RM1,000.
Lebih mengujakan, hadiah-hadiah lumayan turut menanti. Setiap tempahan melayakkan pelanggan menyertai Cabutan Bertuah untuk memenangi percutian bulan madu 3 Hari 2 Malam ke Bali.
Selain itu, Lucky Spin menawarkan peluang memenangi barangan elektrik berjenama Russell Taylors dan pelbagai hadiah menarik lain.
Pendek kata, Wedding Showcase 2025 kali ini tampil berbeza dengan pengisian acara yang interaktif.
Elemen fesyen dipertaruhkan melalui Peragaan Pakaian Pengantin, memaparkan rekaan terbaharu dari kolaborator seperti Fiz Classic Bridal.
Bakal pengantin wanita pula dapat menimba ilmu dalam sesi Tutorial Make Up Pengantin (secara langsung) di samping peluang menikmati touch up make up percuma.
Suasana pameran dihangatkan lagi dengan persembahan bertenaga dari band OJKustik Entertainment dan tarian dari Senada Tari, serta kemudahan 360° camera untuk merakam momen terindah sebagai kenangan.
Kejayaan acara ini disokong oleh rakan=rakan kolaborasi ternama, termasuk Hidayah Maju, Syed Bistro, Ryns Avenue Group, Pro Media Broadcast, Faridism Production, Ayum Primadona, Kazoku Gift & Event, Fiz Classic Bridal, Zamirazfar, OJKustik Entertainment, KUHOT, Senada Tari, Zamir Azfar dan DCB Party & Event, termasuk syarikat katering utama seperti Sidah Catering, yang turut membuat Perarakan Masuk Krew Pelayan.
Pameran turut menjanjikan kepuasan perut melalui sesi food testing, live cooking session, serta hidangan percuma seperti popcorn, aiskrim dan apam balik.
Sesi Konsultasi one-to-one (Percuma) yang bermula pada jam 2:00 petang memberi peluang emas kepada pasangan untuk berbincang secara terus dengan pakar bagi merealisasikan majlis impian mereka.
Jika Kak Fas sendiri kagum dengan ‘Wedding Showcase’ yang dibentangkan Kak Fas percaya bakal-bakal pengantin yang sempat hadir tentu lebih teruja untuk terus berkata. ‘Ya, beginilah impian perkahwinan yang saya bayangkan’.
Jika hati dah tertarik. apa lagi sila hubungi Sales and Client Relations melalui emel
screative.sales01@gmail.com atau hubungi Puteri di talian 019-250 9018. untuk informasi selanjutnya, khusus bagi mereka yang terlepas peluang menghadiri Wedding Showcase berkenaan.
Melihat pada dekor pelamin dan persekitarannya Kak Fas jamin tentu ramai yang tertarik dengan tawaran daripada setiap vendor yang tersedia.
Terasa macam nak balik kembali ke alam perkahwinan haha…barangkali bagi mereka yang teringin boleh juga menganjurkan majlis ulang tahun perkahwinan mereka ya tak?
Apa pun kesimpualannya penganjuran 'Wedding Showcase 2025’ bertemakan “Fairy Tales” itu memang ‘wow’ dan ada ‘ummph’ kerana semuanya di bawah satu bumbung jadi memang memudahkan bakal pengantin dan keluarga daripada hendak mencari-cari sendiri segala persiapan.
#SidahCatering #WeddingShowcase2025 #MATRADE #Perkahwinan #FairyTales












Tiada ulasan:
Catat Ulasan