JOM! MERIAHKAN FIESTA GUARDIAN DI THE CAMPUS, PELBAGAI GANJARAN TERSEDIA!
THE Campus Ampang bakal menjadi tumpuan hujung minggu ini apabila Guardian Malaysia mengajak orang ramai khususnya golongan wanita untuk menikmati pengalaman kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan menerusi MYguardian Rewards Year-end Fiesta, yang berlangsung sehingga 14 Disember 2025 ini.
Acara ini bukan sekadar perayaan hujung tahun, malah menjadi platform untuk Guardian memperkenalkan inisiatif baharu yang memberi nilai tambah kepada gaya hidup sihat rakyat Malaysia, termasuk pelancaran MY40+ Rewards dan MYguardian Partners.
Guardian Malaysia, Peruncit Kesihatan & Kecantikan No.1 di Malaysia itu percaya bahawa usia 40 tahun menandakan permulaan kepada fasa kehidupan yang lebih seimbang, di mana kejelasan hidup dan keyakinan diri semakin kukuh.
Justeru, MY40+ Rewards diwujudkan untuk membantu ahli kekal sihat, aktif dan berseri, sambil terus menghargai perjalanan hidup yang telah dilalui.
“MY40+ Rewards ialah cara kami meraikan fasa kehidupan yang benar-benar istimewa. Kami berharap pelanggan setia kami yang berada dalam fasa ini akan menemukan lebih banyak sebab untuk menghargai pencapaian hidup mereka selama ini, dan terus menikmati banyak detik bermakna dalam kehidupan mereka pada masa akan datang,” ujar Priscilla Wu, Pengarah Urusan, Guardian Malaysia di majlis pelamcarannya pada Jumaat 12 Disember 2025, semalam.
Turut hadir menghiburkan penonton adalah kumpulan Elite dianggotai Abby Abadi, Azza Zawari, Sasha Saidin, Linda Rafar dan Watie Sadali yang ditubuhkan pada tahun 1995 sekali gus mewakili wajah-wajah wanita berusia 40 tahun ke atas selari dengan kemeriahan pelancaran MY40+ Rewards dan Myguardian Partners.
Acara juga turut dimeriahkan dengan persembahan seni pasir yang menginspirasikan oleh seorang personaliti terkenal dari Pulau Pinang, Bernice Wong manakala Naz Rahman bertindak sebagai pengacara majlis.
Priscilla menambah, “Kami mahu rakyat Malaysia merasa dihargai bukan sahaja ketika mereka membeli-belah, tetapi setiap kali mereka memilih tabiat yang lebih sihat, menjaga diri sendiri dan meraikan diri mereka hari ini. MY40+ Rewards dan MYguardian Partners mencerminkan komitmen kami dalam menyokong kesejahteraan ahli kami pada setiap peringkat kehidupan.”
Melalui MY40+ Rewards, ahli yang berusia 40 tahun ke atas kini secara automatik layak menikmati pelbagai manfaat yang direka untuk meningkatkan kesihatan dan keyakinan mereka.
Manfaat teras program ini termasuk penilaian kesihatan tahunan percuma dan pemeriksaan kesihatan kulit tahunan percuma. serta akses kepada nasihat profesional daripada ahli farmasi Guardian Malaysia, bagi membantu mereka menguruskan kesejahteraan diri.
Selain itu, ahli ditawarkan diskaun tambahan RM10 untuk pembelian produk penjagaan kesihatan bernilai RM150 dan ke atas, setiap hari Selasa, di samping jemputan ke acara eksklusif bertemakan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan.
Seiring dengan MY40+ Rewards, Guardian Malaysia turut melancarkan MYguardian Partners, sebuah program afiliasi baharu yang membuka peluang kepada kesemua 5 juta ahli MYguardian Rewards, tanpa mengira usia, untuk mengumpul mata ganjaran dengan lebih meluas.
Program ini menjalinkan kerjasama dengan 31 jenama terkemuka yang terpilih dalam kategori gaya hidup, kembara, fesyen, dan hidangan mewah, membolehkan ahli memperoleh MYpoints semudah membeli-belah secara dalam talian.
Antara jenama yang mengambil bahagian ialah Uniqlo, Klook, Expedia, Agoda, AirAsia dan Focus Point, memberikan lebih banyak cara untuk ahli meraih mata ganjaran merentasi kategori gaya hidup harian mereka.
Sehubungan itu, pada majlis MYguardian Rewards Year-end Fiesta di The Campus Ampang yang akan berakhir pada 14 Disember ini, Guardian Malaysia menawarkan pelbagai pengalaman menarik kepada pengunjung.
Ahli semasa boleh merujuk rakan untuk menyertai program menggunakan kod rujukan unik dalam aplikasi dan kedua-dua pihak akan menerima 150 MYpoints setiap seorang.
Ahli baharu yang mendaftar di lokasi fiesta akan menerima 10x MYpoints untuk pembelian pertama mereka.
Faedah lain yang ditawarkan semasa acara termasuk pemeriksaan kesihatan kulit percuma dan tambahan 50 MYpoints bagi pembelian daripada jenama yang mengambil bahagian.
#guardianMY40+Rewards #MYguardianPartners #MYguardianRewardsFiesta #fyp





Tiada ulasan:
Catat Ulasan