Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AEON MALL CIPTA SEJARAH, PERKENAL WATAK ADIWIRA DC CHIBI, RAI PERAYAAN AKHIR TAHUN!


AEON MALL
mencipta sejarah sebagai pusat beli-belah pertama di Malaysia yang memperkenalkan konsep “Cute DC Chibi Super Heroes Christmas”, membawa kelainan dalam landskap dekorasi perayaan apabila watak-watak adiwira DC tampil dalam versi comel, mini dan penuh ekspresi bagi menyambut perayaan Krismas 2025.


Di AEON MALL Shah Alam, konsep ini dilancarkan secara rasmi menerusi Majlis Light-Up yang berlangsung pada petang 5 Disember, sekali gus menandakan permulaan kempen musim cuti hujung tahun di 27 AEON MALL seluruh negara.


Pengunjung yang hadir disambut dengan kemunculan DC Chibi Super Heroes yang terdiri daripada wira-wira ikonik seperti Batman, Superman, Wonder Woman dan The Flash.


Dari Kiri: Rosmawati, Pengurus  AEON MALL Shah Alam; Nikki Lee, Ketua Pemasaran, GIGS dan Pengurusan Acara; Keith Ng, Pengarah Ketua Kategori Serantau, mewakili Warner Bros; Jimmy Fong, Penolong Naib Presiden, Perkongsian, Penggunaan Kad UOB dan Yusniza, Pengurus Runcit AEON MALL Shah Alam, bersama merasmikan pelancaran kempen Krismas dan musim cuti tahunan di AEON Mall Shah Alam semalam.


Dengan gaya seni chibi yang terkenal — kepala besar, mata kecil dan tubuh mini — karakter yang lucu ini menjadi tarikan utama kepada keluarga, kanak-kanak serta peminat budaya pop sekali gus membangkitkan nostalgia dalam kalangan ibu bapa yang membesar dengan dunia adiwira DC.


Keputusan AEON MALL memilih DC Chibi Super Heroes sebagai tema utama perayaan tahun ini dianggap berani dan segar kerana ia menarik minat merentas generasi.


Kanak-kanak tertarik dengan kecomelan karakter, manakala ibu bapa pula mempunyai hubungan sentimental dengan watak-watak DC yang telah lama menjadi sebahagian daripada budaya hiburan global.



Paduan elemen perayaan dengan dunia adiwira ini turut menjadikan kempen AEON MALL lebih segar, lebih mesra keluarga, lebih “Instagrammable” dan mampu menarik pengunjung dari pelbagai peringkat umur.


Konsep ini juga memperkukuh identiti AEON MALL sebagai peneraju pengalaman perayaan inovatif yang tidak hanya bergantung pada dekorasi tradisional.


Tumpuan utama di AEON MALL Shah Alam pastinya terarah kepada patung angin gergasi DC Chibi Super Heroes yang dibawa khas sebagai ikon kempen. 


Struktur raksasa itu bukan sahaja menjadi pusat tumpuan tetapi juga merupakan patung DC Chibi Super Heroes berskala besar pertama yang menjelajah pusat membeli-belah di Malaysia sempena musim perayaan.




Direka khas untuk AEON MALL, ikon tersebut dijangka mencetuskan pengalaman bergambar 360 darjah yang dijangka menjadi menjadi magnet tular di media sosial sepanjang musim perayaan.


Majlis Light-Up turut memperkenalkan rangkaian aktiviti menarik antaranya sesi pertemuan bersama karakter DC Chibi Super Heroes di AEON MALL terpilih, serta menyaksikan detik Light-Up Countdown yang secara rasmi menerangi ruang pusat beli-belah. 



Suasana turut diserikan dengan aktiviti berinspirasikan Christmas Market, yang menawarkan promosi, hadiah dan pengalaman keluarga yang menggembirakan. 


Semuanya dirangka bagi mencipta suasana Krismas yang lebih meriah dan penuh keterlibatan untuk seisi keluarga.


Pelancaran konsep “Cute DC Chibi Super Heroes Christmas” ini merupakan hasil kerjasama rasmi antara AEON MALL, Warner Bros. Discovery dan Pacific Licensing Malaysia. 



Kolaborasi ini menjadikan Malaysia sebagai destinasi pertama di rantau ini yang menggabungkan karakter adiwira global dalam bentuk chibi untuk konsep perayaan Krismas skala besar. 


Ia menjadi bukti komitmen AEON MALL dalam menghadirkan pengalaman perayaan yang lebih interaktif, kreatif dan bermakna, melangkaui dekorasi tradisional yang lazimnya dilihat setiap tahun.


Kak Fas: Tidak terlepas peluang membeli baju t 'Superman' kanak-kanak. Macam  Superman 'terbang' juga RM117 akhirnya...!



#AEONShahAlam #DCChibiSuperHeroes #CiptaSejarah #AEONMall  #fyp

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan