NHMALL WORLDWIDE PERKASA EKONOMI ASEAN, BUKA LALUAN USAHAWAN MALAYSIA KE GLOBAL!
LANDSKAP keusahawanan Malaysia bakal menyaksikan satu anjakan paradigma besar menjelang awal tahun 2026 apabila NHmall Worldwide, atau Nur Haramain Mall Worldwide, memulakan langkah strategik untuk mengintegrasikan usahawan tempatan ke dalam ekosistem ekonomi ASEAN yang lebih luas.
Organisasi tersebut menegaskan komitmennya untuk bukan sekadar menjadi pemudah cara, malah bertindak sebagai pemacu utama dalam menyediakan platform maklumat dan promosi yang menepati piawaian antarabangsa serta undang-undang setiap negara yang terlibat.
Sebagai langkah awal, NHmall Worldwide mengalu-alukan penyertaan syarikat, peniaga serta rakan strategik melalui borang keahlian yang disediakan, sekali gus membentuk rangkaian perniagaan bersepadu merentas pelbagai sektor. Usaha ini menjadi asas kepada pembinaan ekosistem ekonomi yang kukuh dan berdaya saing di peringkat serantau.
Mengikut perancangan rasmi, Majlis Pra-Pelancaran Kesatuan Ekonomi ASEAN Worldwide bersama NHmall Worldwide serta rakan strategik dijadualkan berlangsung pada 27 Januari 2026, manakala pelancaran penuh NHmall Worldwide dirancang pada Mac atau April 2026 dengan lokasi akan dimaklumkan kelak.
Majlis ini akan memperkenalkan hala tuju strategik dan kerangka kerjasama ekonomi serantau yang dirangka bagi menyokong pertumbuhan usahawan tempatan.
Dalam memperkukuh pembangunan ekonomi, NHmall Worldwide turut komited menjalinkan kerjasama strategik bersama agensi kerajaan dan sektor swasta, khususnya dalam mempromosikan pakej pelancongan domestik dan antarabangsa.
Melalui inisiatif ini, usahawan dan produk Malaysia akan dibawa untuk menjalin Memorandum Persefahaman (MoU) bersama syarikat antarabangsa terpilih, merangkumi industri kecil dan sederhana serta sektor industri berat.
Selain membuka peluang pasaran, NHmall Worldwide berperanan sebagai penghubung kepada peluang perniagaan semasa, termasuk akses kepada pembiayaan melalui institusi perbankan. Platform ini juga menyediakan maklumat yang sahih dan tepat bagi melindungi peniaga daripada risiko penipuan serta ancaman scammer yang semakin berleluasa.
NHmall Worldwide menegaskan kepentingan kerjasama komuniti dan semangat perpaduan dalam menjayakan agenda ekonomi bersama yang mampan. Kerjasama strategik dengan Kesatuan Ekonomi ASEAN Worldwide yang kian berkembang akan terus diperkukuh bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan melaksanakan projek terpilih yang berpotensi bersaing di peringkat antarabangsa.
"Ini adalah lambang perpaduan Nusantara ASEAN dan kesatuan ekonomi ummah, dengan harapan agar Allah SWT memberkati dan melindungi setiap usaha yang dilaksanakan.
"inisiatif ini bukan bersifat sementara, sebaliknya berteraskan ukhuwah silaturahim sepanjang hayat, saling menghormati perbezaan pandangan serta menolak sebarang perbalahan," ujar Pengasas merangkap Pengerusi NH Mall Worldwide, Al Fadhil Ustaz Zawawi Ramli (gambar bawah) pada majlis sidang media yang berlangsung di Putrajaya baru-baru ini.
Turut hadir beberapa rakan kerjasama antaranya Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan Permuafakatan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Iqmal Fathie; Timbalan Pengerusi Kelab Elektronik Darul Ehsan, Albark Yunus dan Pengurus Halo Jer Lembah Pantai, Ariff Fadli Abdul Wahab.
Menurut Ustaz Zawawi, bagi memastikan pelaksanaan yang berkesan, NHmall Worldwide merancang melantik wakil korporat di seluruh rantau, menganjurkan seminar ekonomi serantau serta mendapatkan khidmat konsultan profesional merangkumi pelbagai bidang dan sektor.
Langkah ini bertujuan memastikan perancangan dan pelaksanaan strategi ekonomi dijalankan secara praktikal, berfokus dan memberi manfaat langsung kepada peniaga melalui sekretariat komuniti yang diwujudkan.
Mengangkat nilai ukhuwah dan silaturahim, Ustaz Zawawi menegaskan bahawa inisiatif ini bukan bersifat sementara, sebaliknya dibangunkan atas asas kesatuan jangka panjang, saling menghormati perbezaan pandangan serta menolak sebarang bentuk perbalahan. Usaha ini disifatkan sebagai simbol perpaduan Nusantara ASEAN dan kesatuan ekonomi ummah.
Sebagai sebahagian daripada pembangunan ekosistem digital, platform tapak niaga dalam talian NHmall Worldwide akan dilancarkan pada 27 Januari 2026 bagi membantu peniaga mengembangkan perniagaan secara dalam talian dan fizikal ke pasaran tempatan serta antarabangsa.
NHmall Worldwide turut merancang penganjuran expo dan karnival perniagaan, program motivasi dan kursus keusahawanan, selain majlis himpunan selawat serta aktiviti komuniti yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat.
Terdahulu, NHmall Worldwide mencatat sejarah apabila menganjurkan Majlis Gema Selawat yang diadakan serentak di dua mercu tanda negara, Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar, Kedah.
Majlis yang berlangsung pada bulan Disember tahun lalu menjadi simbol penyatuan ummah apabila orang ramai bersama-sama melantunkan selawat dan qasidah, di samping mengeratkan silaturahim serta ukhuwah dalam suasana penuh keberkatan.
Artikel berkaitan sila klik LINK INI,
#NHMallWorldwide #KesatuanEkonomiASEANWorldwide #Usahawan #GemaSelawat







Tiada ulasan:
Catat Ulasan