Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

CAKECHELA 5.0 KEMBALI, AEON MALL SHAH ALAM WARNAI SAMBUTAN PERAYAAN HUJUNG TAHUN!


MENJEJAKKAN
 kaki ke AEON MALL Shah Alam semalam (20 Disember 2025) memberikan satu pengalaman yang luar biasa buat Kak Fas apabila berpeluang menghadiri acara Cakechela 5.0 buat julung kalinya. 


Apabila menerima undangan ini daripada pihak pengurusan AEON Mall Shah Alam terfikir juga, bagaimana agaknya perjalanan acara yang telah empat kali berlangsung ini ya?


Tak sangka sudah memasuki tahun kelima peganjurannya dan selepas kali pertama melihat situasi acara Cakechela 5.0 baharulah tahu objektif dan maksudnya. Memang menarik!


Suasana yang begitu meriah atau lebih tepat lagi "happening" dapat dirasai sebaik sahaja memasuki ruang acara yang dipenuhi dengan aroma harum kek dan keceriaan pengunjung. 



Apa yang lebih menarik, acara ini bukan sekadar pameran biasa kerana pengunjung diberi keistimewaan untuk memotong dan merasai sendiri kira-kira 100 biji kek yang dibawa khas untuk acara ini, malah dibenarkan untuk dibawa pulang agar dapat berkongsi rasa pelbagai jenis kek yang tersedia.


Sebab jika nak rasa semua memang tak sempat lah apabila masing-masing dah bersedia dengan pisau pemotong kek di tangan untuk di ‘tapau’. 



Jadi Kak Fas pun turutlah ‘tapau'... dapatlah kira-kira secebis potongan kek daripada kira-kira 10 jenis yang ada di situ. Nasib baik pihak AEON menyediakan kotak untuk di agih-agihkan kepada pengunjung yang berdaftar hadir. Yang dah pernah menyertai acara begini sudah siap membawa bekas plastik atau tupperware masing-masing.


Kolaborasi antara AEON MALL dan komuniti Foodies Kuala Lumpur ini yang merupakan edisi kelima Cakechela diperkenalkan bersempena kempen hujung tahun sekali gus menyambut perayaan Krismas menjelang 25 Disember 2025.



Mengangkat tema Christmas Picnic Edition, Cakechela 5.0 menawarkan pengalaman piknik dalaman yang santai dan mesra keluarga, memberi peluang kepada pengunjung menikmati hidangan pencuci mulut yang menarik.


Setiap kek yang disediakan bukan sahaja enak, malah digubah indah bagi melambangkan semangat perayaan, sekali gus menyediakan ruang untuk berinteraksi, berkongsi kegembiraan dan mencipta kenangan bermakna bersama insan tersayang dalam suasana perayaan yang selesa dan bergaya.


Sepanjang acara berlangsung dari jam 4:30 petang hingga 6:00 petang, ruang legar AEON MALL Shah Alam bertukar menjadi destinasi gaya hidup yang sangat dinamik. 


Kak Fas turut kagum melihat tarikan fotografi 360 darjah yang terletak di tengah-tengah ruang utama sebagai pusat tumpuan eksklusif bagi kempen tahun 2025 ini.



Kehangatan sambutan ini turut diserikan dengan inisiatif perayaan yang dijalankan di 27 rangkaian AEON MALL di seluruh negara, menampilkan konsep imersif seperti paparan DC Chibi Super Heroes dan hiasan bertemakan Pasar Krismas. 


Kerjasama antara AEON MALL bersama Warner Bros. dan Pacific Licensing Malaysia ini memperkenalkan inflatables DC Chibi Super Heroes berskala besar yang menjelajah pusat beli-belah, menjadikannya yang pertama seumpamanya di Malaysia. 


Ia sekali gus menggabungkan ikon pop budaya global dengan kemeriahan perayaan tempatan dalam satu pengalaman Krismas yang unik dan berbeza.


(Artikel berkaitan DC Chibi Super Heroes boleh baca di LINK INI.)


Pendek kata. selain aktiviti memotong kek yang menjadi tumpuan utama, dekorasi yang memukau mata turut menyediakan banyak sudut swafoto bagi pengunjung merakam memori indah. 


Melalui penganjuran Cakechela 5.0AEON MALL Shah Alam terus memperkukuh peranannya sebagai destinasi gaya hidup yang menawarkan lebih daripada pengalaman membeli-belah, sebaliknya menjadi platform untuk menyatukan komuniti, meraikan kebersamaan dan menceriakan sambutan perayaan melalui pengalaman yang bermakna dan berimpak.


Bagi mereka yang tidak mahu ketinggalan menyertai kempen perayaan ini, maklumat lanjut boleh didapati melalui kaunter khidmat pelanggan atau melayari platform media sosial rasmi AEON MALL Malaysia.



#AEONMallShahAlam #CakeChela5.0 #DCChibiSuperHeroes #FoodiesKL #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan