ADEEP NAHAR,THE BROWNSU BERSATU TAMPILKAN SINGLE “INI AKU (LELAKIMU) TERBITAN CLOUD ENTERTAINMENT!
GELOMBANG kolaborasi serantau terus diperkuatkan dalam industri muzik Asia Tenggara apabila penyanyi Singapura, Adeep Nahar, dan grup vokal Indonesia, The Brownsu, bergabung untuk melancarkan single terbaharu berjudul “Ini Aku (Lelakimu)”.
Lagu balada pop/R&B terbitan Cloudworks Entertainment ini mengangkat tema universal mengenai makna cinta, ketulusan, dan komitmen untuk saling mendampingi di setiap suka dan duka kehidupan.
Dilancarkan pada 5 Disember 2025 di Kuala Lumpur, Singapura dan Jakarta serentak, lagu ini membawa pendengar menyelami luahan hati seorang lelaki yang menerima kekuatan dan kelemahannya, namun tetap berjanji untuk setia dalam apa jua keadaan.
“Ini Aku (Lelakimu)” menggabungkan elemen R&B yang lembut dengan sentuhan pop yang mesra pendengar, sekali gus menonjolkan kelebihan vokal Adeep Nahar dan harmoni vokal The Brownsu yang sudah lama menjadi identiti kumpulan tersebut sejak lebih dua dekad lalu.
Adeep Nahar menyifatkan lagu itu sebagai satu pengakuan cinta yang benar-benar jujur.
“Lagu ini adalah pengakuan cinta yang tulus. Tentang hadir sepenuhnya — bukan hanya saat hidup mudah, tapi terutama ketika hidup sedang sulit,” ,” ujar Adeep Nahar.
Senada dengan Adeep, The Brownsu menambah kata, “Kami ingin lagu ini terasa seperti teman yang menenangkan. Sebuah pengingat bahwa cinta yang nyata itu stabil, sabar dan berani.”
Kolaborasi lintas negara antara Adeep Nahar (yang juga dikenali sebagai mantan anggota The Fabulous Cats) dan The Brownsu (grup vokal R&B Indonesia yang dibentuk sejak 1999 dan dikenali dengan vokalis Joeniar Arief) ini, menandakan semakin eratnya sinergi musik di antara para artis Asia Tenggara.
Selain itu ia mencerminkan misi Cloudworks Entertainment di bawah kepimpinan Aszuad Zakaria (gambar bawah, kanan sekali) dalam terus mengukuhkan kedudukannya sebagai syarikat kreatif yang aktif dalam pengurusan artis, produksi muzik dan penganjuran acara hiburan di seluruh Asia Tenggara, dengan matlamat menjadi jambatan budaya melalui karya yang bermakna dan berkualiti.
Single “Ini Aku (Lelakimu)” kini boleh distrim melalui semua platform digital menerusi pautan https://antb.lnk.to/IniAku.
#AdeepNahar #TheBrownsu #CloudworkdEntertainmnt #AsiaPasifik #lagu #fyp


Tiada ulasan:
Catat Ulasan