ST ROSYAM MART LANCAR INISIATIF 'SELAMATKAN DOMPET WARGA KL' TANGANI KOS SARA HIDUP!
KUMPULAN Sri Ternak secara rasmi meluaskan empayar perniagaannya dengan pembukaan cawangan kesembilan ST Rosyam Mart di Jakel Square, pada 17 Disember 2025, dirasmikan oleh Datuk Azman Abidin, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia.
Kehadiran pasar raya borong Halal 24 jam ini dilihat sebagai langkah proaktif dalam membantu warga kota menangani tekanan kos sara hidup yang semakin mencabar menerusi tawaran harga borong dalam persekitaran beli-belah bertaraf lima bintang.
Sehubungan itu, sejajar dengan pelancaran tersebut, ST Rosyam Mart memperkenalkan inisiatif “Selamatkan Dompet Warga KL” dengan memfokuskan kepada pemberian nilai pembelian yang lebih tinggi melalui promosi agresif bagi meringankan beban kewangan pelanggan.
Terletak di lokasi strategik di tengah ibu kota, cawangan terbaharu ini beroperasi di ruang seluas lebih 40,000 kaki persegi dengan menampilkan reka bentuk moden serta laluan yang luas bagi keselesaan pelanggan.
“Kami amat teruja meraikan satu lagi pencapaian dengan peluncuran ST Rosyam Mart terkini di Jakel Square, Kuala Lumpur. Di Sri Ternak, matlamat kami sentiasa jelas, iaitu membantu orang ramai dan perniagaan menjimatkan wang, menjimatkan masa, demi menikmati kehidupan lebih baik.
“Kami berterima kasih kepada pengurusan Kumpulan Jakel atas kerjasama merealisasikan visi ini. Lokasi strategik ini membolehkan kami menyediakan keperluan harian halal dan dipercayai pada harga mampu milik, bukan sahaja kepada penduduk tempatan tetapi juga pelancong di bandar yang besar ini,,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Sri Ternak, Dato’ Raymond Ho Cheng Hann.
Turut hadir pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Rosyam Nor selaku Pengarah ST Rosyam Mart Sdn Bhd serta beberapa tetamu selebriti yang turut terlibat sebagai usahawan yang menempatkan produk masing-masing di ruang Sudut Selebriti seperti antaranya Datuk Khadijah Ibrahim. Azza Elite dan ramai lagi.
Premis ini menyediakan lebih 40,000 pilihan barangan, merangkumi keperluan asas harian hingga ke produk premium, selain dilengkapi kemudahan moden seperti kaunter layan diri (SCO) dan zon barangan runcit pukal untuk mempercepatkan urusan transaksi.
Satu pembaharuan utama yang diperkenalkan di cawangan Jakel Square ini adalah konsep ‘Malaysia Selection’ di mana ruang khas ini menghimpunkan pelbagai produk snek, minuman, dan cenderamata buatan tempatan sebagai usaha menyokong usahawan domestik di samping memperkenalkan identiti negara kepada pelancong asing yang berkunjung ke Kuala Lumpur.
Sementara itu, Rosyam Nor turut menegaskan bahawa pembukaan ini merupakan satu tanggungjawab sosial syarikat bagi memastikan rakyat mendapat akses kepada keperluan harian pada harga yang adil dan munasabah.
‘Ia bukan hanya sekadar mengembangkan syarikat dengan membuka cawangan baru, ia mencerminkan tanggungjawab kami kepada rakyat Malaysia. Kami faham bahawa kos sara hidup di KL ini mahal, dan kami mahu menjadikan keperluan harian lebih mudah diakses dan mampu milik untuk semua. Dan kami serius dengan janji kami, ‘Berbelanja di ST Rosyam Mart, Dompet Abang Selamat’,” ujar Rosyam sambil memaklumkan syarikat sedang meneliti beberapa kawasan di luar Lembah Klang untuk pembukaan ST Rosyam Mart sekurang-kurangnya tiga cawangan baharu dalam setahun.
Setekat ini secara keseluruhannya semua cawangan ST Rosyam Mart telah mencecah jualan RM1.8 bilion dan disasarkan meningkat kepada RM2.8 bilion, satu pencapaian membanggakan hasil kekuatan komuniti dan kerjasama strategik.
Menurut beliau, selain menawarkan keperluan harian mampu milik, pihaknya berharap cawangan terbaharu ini menjadi ruang yang mudah untuk keluarga, pekerja, dan rakan-rakan singgah, sama ada untuk membeli-belah, menikmati hidangan ringan, atau sekadar berehat, kerana ianya dibuka 24 jam.
“Kami teruja untuk menyambut semua untuk merasai pengalaman membeli-belah bertaraf lima bintang dengan produk berkualiti pada harga borong, yang menggabungkan keselesaan, nilai hebat, dan kemudahan di bawah satu bumbung,” tambah Rosyam Nor.
Dari aspek kepelbagaian produk, ST Rosyam Mart Jakel Square menyediakan rangkaian yang menyeluruh bermula daripada sayur-sayuran segar dan daging tempatan sehingga ke barangan import mewah seperti daging Wagyu, King Crab, serta salmon yang dihantar melalui kargo udara.
Selain itu, pelanggan boleh mendapatkan produk jenama dalaman Kumpulan Sri Ternak yang terbukti berkualiti pada harga lebih rendah.
Lebih menarik, cawangan ini turut memperkenalkan Celebrity Corner yang ditambah baik, menampilkan pelbagai produk berjenama selebriti daripada Datuk Chef Wan, Dato’ Seri Aliff Syukri, Dato’ Khatijah Ibrahim, Ako Mustapha, Azza Elite, Betty Rahmad, Fizo Omar, Fouziah Gous, Ab Manan, Munif Hijjaz, Nubhan, Nazia Mustafar, Khai Bahar dan ramai lagi termasuk produk daripada Rosyam sendiri
Malah, pemilik perniagaan kecil, pemilik restoran, dan katerer juga boleh membeli secara pukal di Bulk Grocery dan menikmati harga borong.
Untuk menambah keselesaan, cawangan ini menawarkan lebih 20 perkhidmatan percuma, termasuk power bank percuma, air minuman percuma, perkhidmatan memotong daging, pinjaman payung, bantuan jump-start bateri kereta, pam tayar, dan banyak lagi.
Sempena fasa pembukaan besar-besaran yang berlangsung dari 17 Disember 2025 sehingga 1 Januari 2026, ST Rosyam Mart menawarkan pelbagai promosi drastik bagi merealisasikan impak inisiatif penjimatan mereka.
Sebagai permulaan, pelanggan boleh mendaftar sebagai Ahli ST hanya dengan RM15 dan menikmati ayam segar seekor pada harga RM0.88
Ahli ST juga boleh menikmati 220 barangan runcit, termasuk sayur-sayuran segar, buah-buahan, makanan laut beku, barangan kering, dan banyak lagi, pada harga serendah RM0.08, dengan promosi khas yang berlangsung selama dua minggu.
Pelanggan juga boleh mengambil kesempatan ke atas lebih 45 barangan pukal, termasuk makanan laut sejuk beku dan barangan runcit lain, pada harga mampu milik.
Pra-pendaftaran boleh dibuat dengan memuat turun ST Card melalui Google Play atau App Store.
Kemeriahan pembukaan ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti interaktif dan peraduan seperti pertandingan Spend & Menang dan tunjukkan kreativiti anda dalam pertandingan ‘Misi Mencari Raja Konten’ untuk berpeluang memenangi hadiah wang tunai bernilai sehingga RM20,000.
Peluncuran besar-besaran ST Rosyam Mart Jakel Square turut menganjurkan acara ‘Balloon Drop’ pada 18 Disember 2025 di mana 2,000 belon dijatuhkan daripada siling khemah yang mana 600 daripada belon berkenaan berisi hadiah umrah untuk empat orang pengunjung serta pelbagai hadiah sampingan lain.
Andai kata pemenangnya terdiri daripada bukan Islam, hadiah umrah bertukar kepada percutian ke Korea.
Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan Sri Ternak dan ST Rosyam Mart, layari laman web di https://www.sriternak.com/, dan platform sosial media Facebook, Instagram, dan TikTok.
#KumpulanSriTernak #STRosyamMart #Spend&Menang #MisiMencariRajaKonten











Tiada ulasan:
Catat Ulasan