Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SAFI LABUR RM1 JUTA, UMUM 25 PENERIMA BIASISWA SISWI SAFI 2025!


JENAMA
kecantikan halal terkemuka, SAFI, secara rasminya mengumumkan senarai 25 pelajar wanita cemerlang sebagai penerima Biasiswa Siswi SAFI bagi tahun kedua penganjurannya. 


Melalui peruntukan berjumlah RM1,000,000, setiap penerima bakal mendapat bantuan kewangan sehingga RM40,000 bagi melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).


Program ini diwujudkan sebagai respons terhadap cabaran yang dihadapi oleh wanita Malaysia, termasuk kekangan kewangan dan tekanan sosial yang sering menjadi penghalang kepada aspirasi akademik mereka.


Penganjuran tahun ini menyaksikan lonjakan luar biasa dengan penerimaan lebih 20,700 permohonan, iaitu peningkatan sebanyak 21 kali ganda berbanding tahun sebelumnya, sekali gus mencerminkan keperluan kritikal terhadap sokongan pendidikan dalam kalangan wanita muda.


Pakar Jenama & Tinjauan Maklumat SAFI, Kazlina Mohd Kassim berkata, bagi SAFI, kecantikan sebenar lahir daripada keyakinan, ilmu, serta peluang yang membentuk masa depan seorang wanita.


Kami komited terhadap pembangunan wanita kerana kami telah berkali-kali menyaksikan bahawa apabila seorang wanita diberi peluang memperkasakan diri, bukan sahaja kehidupannya berubah — malah keluarga dan komuniti di sekelilingnya turut dinaikkan taraf,” kata Kazlina pada majlis  penyampaian Biasiswa Siswi SAFI yang disempurnakan bersama oleh Pengurus (Kolaborasi & Strategik), Yayasan Perkasa Siswa, Kementerian Pengajian Tinggi, Zulkifli Che Hussin (gambar bawah, tiga dari kanan).



Tambah Kazlina (tiga dari kiri) , biasiswa ini bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi satu pelaburan terhadap potensi serta pembukaan laluan baharu buat mereka yang telah mempamerkan ketabahan luar biasa.


“Melihat wanita muda ini mencapai impian mereka menjadikan setiap usaha berbaloi. Biasiswa Siswi SAFI bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi satu pelaburan terhadap potensi serta pembukaan laluan baharu di mana sebelum ini tiada. 


“Setiap daripada 25 penerima ini telah mempamerkan ketabahan dan cita-cita luar biasa. Mereka telah membuktikan keupayaan untuk berjaya, dan kami berbangga untuk berdiri bersama mereka ketika mereka melakar bab seterusnya dalam perjalanan hidup masing-masing,” jelas Kazlina.


Proses pemilihan penerima dilakukan dengan teliti bermula daripada pelancaran program pada Mac 2025 melibatkan pelajar berumur 18 hingga 25 tahun dengan PNGK minimum 3.0.


Selepas saringan awal, calon dikehendaki menghantar video pengenalan diri bagi menjelaskan motivasi, aspirasi dan sebab mereka layak menerima biasiswa ini,

sebelum 40 finalis terbaik dipilih untuk menyertai bootcamp dalam talian yang komprehensif. 


Melalui saringan tersebut, seramai 25 finalis telah dipilih berdasarkan kualiti kepimpinan, kemahiran komunikasi, dan kebolehan berfikir secara kritis.



Antara nama yang tersenarai sebagai penerima termasuklah pelajar dari pelbagai universiti terkemuka seperti Nurul Iffah Amirah Binti Ali dari Universiti Putra Malaysia, Alya Maisarah Binti Zaharin dari Universiti Teknologi MARA, dan Nur Qaidatul Anira Binti Abdullah Suwandy dari Universiti Malaysia Sarawak. 


Sebagai salah seorang penerima, Nur Qaidatul Anira melahirkan rasa syukur atas bantuan tersebut yang membolehkan beliau menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengajian tanpa dibebani masalah kewangan.


“Biasiswa ini amat bermakna buat saya dan keluarga. Bantuan kewangan ini membolehkan saya meneruskan hasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, selain menjadi bukti bahawa impian kami dihargai dan potensi wanita muda Malaysia diiktiraf,” kongsi Nur Qaidatul, bertekad untuk memanfaatkan peluang istimewa ini sebaik mungkin.


Keistimewaan Biasiswa Siswi SAFI terletak pada sifatnya yang holistik kerana ia tidak memerlukan bayaran balik dan tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak selepas tamat pengajian, sekali gus membolehkan penerima menamatkan pengajian tanpa beban kewangan jangka panjang. 


Sebaliknya, SAFI menawarkan nilai tambah melalui peluang latihan industri dan keutamaan dalam Program Pengurusan Pelatih bagi mempersiapkan para graduan menempuh alam kerjaya dan membina masa depan dengan keyakinan dan kebebasan.


Kejayaan program ini didorong oleh siri jelajah yang aktif  selama dua hari sepanjang April dan Mei 2025 di 20 kampus seluruh Malaysia, termasuk di Sabah dan Perlis, bagi memastikan akses maklumat yang inklusif kepada semua pelajar yang layak. 

“Sambutan yang kami terima amat luar biasa dan menyentuh hati,Setiap permohonan membawa kisah aspirasi, cabaran dan keazaman yang mengagumkan. Walaupun hanya 25 penerima dipilih tahun ini, SAFI komited untuk memperluaskan impak kami dan menyokong lebih ramai pelajar yang layak pada masa akan datang,” akhiri Kazlina


#SAFI #BiasiswaSiswiSAFI #IPTA #Pendidikan #PelajarUniversiti #Bantuan #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan