Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KARNIVAL KEBAYA MALAYSIA 3.0 ANGKAT DIPLOMASI FESYEN ASEAN!


KARNIVAL Kebaya Malaysia 3.0
, yang diadakan bersempena Hari Kebaya Kebangsaan, telah mencatat sejarah penting dalam landskap budaya Malaysia dengan mengangkat Kebaya dan diplomasi fesyen ASEAN ke pentas serantau.

Acara seharian yang berlangsung ini berjaya menggabungkan warisan, kreativiti, diplomasi, dan ekonomi kreatif.


Dan tidak syak lagi, kejayaan itu berkat usaha dan komitment teguh Dr. Jason Hee selaku Pengerusi Penganjur Karnival Kebaya Malaysia 3.0 yang gigih tidak berhenti mengangkat kebaya bukan sekadar sebagai warisan, tetapi sebagai instrumen diplomasi dan pemacu ekonomi kreatif serantau.


Sejak mengenali Dr Jason  lebih kurang empat tahun lalu bermula dengan acara ‘Miss and Mrs Chipao 2021’ atau pun beberapa acara ‘Ratu Kebaya’ dan sebagainya, Kak Fas boleh umpamakannya sebagai ‘ingat kebaya, ingat Jason’.



Mana tidaknya sebagai pengasas sebuah organisasi yang dinamakan MMK atau Miss Kebaya Malaysia ketika itu, Dr. Jason banyak menghabiskan tenaganya menganjurkan pelbagai acara daripada ratu cantik hingga beberapa aktiviti lain yang melibatkan kebaya atau fesyen yang seangkatan dengannya.


Terbaharu, komitmen itu  diterjemahkan melalui penganjuran Karnival Kebaya Malaysia 3.0 yang berjaya meraikan Hari Kebaya Kebangsaan sambil meletakkan Malaysia sebagai peneraju budaya di peringkat ASEAN.


Lebih menarik, malam Karnival Kebaya Malaysia 3.0 yang di adakan di dewan utama, New Ocean World Fine Food City, Petaling Jaya pada Sabtu malam, 6 Disember 2025, menepati konsep majlis yang melibatkan penyertaan dari negara  negara di rantau ASEAN.



Mana tidaknya, New Ocean World Fine Food City, PJ, merupakan Pusat Beli-belah Makanan Gaya Hidup Pertama seumpamanya di Malaysia yang menyediakan pengalaman gastronomi pelbagai pilihan daripada Kantonis, Yunani, Jepun, Mongolia, Thai, Vietnam dan banyak lagi. 



Memang cantik dan tepat lokasi pilihan Dr. Jason sebagai penaja utama acara waima belum pernah Kak Fas lihat ruang bilik air yang elegan dan besar sesuai bagi peserta untuk bersalin pakaian dan bersolek sekali pun malah dengan teknologi canggih disediakan, dinding hadapan dewan utama dihiasi dengan gambar-gambar penerima penghargaan bercahaya bergemerlapan - memancarkan suasana glam persis Anugerah Festival Filem gayanya.



Menurut Pengurusnya, Kenji,  New Ocean World Fine Food City, baharu beroperasi lebih kurang dua tahun dan masih tidak ramai yang mengetahuinya kecuali penduduk sekitar Petaling Jaya.



Dengan menaja Karrnival Kebaya Malaysia 3.0 beliau yakin lokasi ini akan menarik lebih ramai pengunjung memilihnya untuk dijadikan lokasi bagi sebarang majlis waima keadaan persekitaran yang canggih dan sempurna malah mempunyai sistem parkir kereta yang mudah lagi tersusun amat sesuai.


"Malam Gala ini melambangkan lebih daripada sekadar fesyen—ia mewakili perpaduan, warisan, diplomasi dan kekuatan kreatif ASEAN,”  ujar Dr. Jason selaku Presiden MPMPA (Persatuan Fesyen, Model dan Pageant Malaysia)  berhubung karnival anjurannya itu.



Antara tetamu kehormat yang menyerikan majlis terdiri daripada Senator Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan, Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia–China, serta Penaung Diraja Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi Tengku Bendahara Azam Shah Alhaj dan isteri.


Turut hadir, Zuraini Abdul Ghani, Pengarah Pembangunan Pakej yang mewakili Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Dato Manoharan Periasamy.



Karnival ini turut mendapat sokongan padu daripada Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC) di bawah Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK), memperkukuh agenda warisan negara dan diplomasi budaya Malaysia menuju Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY2026).


Karnival Kebaya Malaysia 3.0 meraikan Kebaya sebagai simbol keanggunan, kewanitaan, ketukangan, dan identiti yang tidak lapuk dek zaman sekali gus menghimpunkan pereka, MMK Queens, Duta Budaya, dan artisan dari Malaysia dan ASEAN untuk menonjolkan evolusi Kebaya.



Tumpuan utama acara adalah melalui:

  • Forum Diplomasi Fesyen & Budaya ASEAN: Forum yang dipengerusikan sendiri oleh Dr. Jason ini berfungsi sebagai platform intelektual untuk meneroka warisan ASEAN sebagai alat diplomasi, masa depan ekonomi kreatif, pengukuhan kerjasama serantau dalam fesyen & pelancongan, serta inisiatif berasaskan budaya bagi menyokong VMY2026. Panelis forum melibatkan tokoh seperti Datuk Rashidi Hasbullah, Dato’ Kamil Othman, dan  Razida Hanim.
  • Penyampaian Anugerah MFMPA ASEAN 2025 : Anugerah berprestij yang merupakan acara kemucai pada malam gala ini mengiktiraf sumbangan cemerlang dalam pelbagai bidang seperti pemeliharaan budaya, inovasi fesyen, seni kreatif, pemerkasam komuniti, pembangunan pelancongan, keusahawanan dan diplomasi budaya daripada pemimpin-pemimpin di Malaysia, Vietnam, Thailand, Indonesia, Singapura, dan negara-negara ASEAN lain melibatkan 62 anugerah keseluruhannya.


Malam Gala itu sendiri merupakan kemuncak persembahan budaya dan diplomatik.

bermula dengan sambutan permaidani merah yang elegan bagi VIP, diplomat, dan penerima anugerah  diikuti dengan pembukaan yang menakjubkan melalui gabungan budaya seperti persembahan tradisional Malaysia, muzik sape Borneo, dan ensemble Kompang.



Pertunjukan pentas memperagakan rekaan pereka ASEAN, termasuk pereka Kebaya & Batik terkemuka Malaysia, Maswira Majid; pereka Ao Dai Vietnam, dan pereka fesyen budaya Thai, menunjukkan perpaduan serantau melalui penceritaan fesyen. 



Acara diakhiri dengan perarakan megah (Grand Finale) yang menyatukan pereka, model, duta, dan penerima anugerah, satu saat simbolik yang meraikan perpaduan budaya dan  melambangkan komitmen Malaysia terhadap diplomasi budaya global.


Tahniah Dr. Jason!



#KarnivalKebayaMalaysia3.0 #Fesyen #MaswiraMajid #ASEAN #MFMPA. #fyp



Tiada ulasan:

Catat Ulasan