'HAIER GLOBAL FANS FESTIVAL', TONJOL INOVASI PINTAR, SEMANGAT JUARA!
HAIER Group terus mengukuhkan cengkamannya sebagai gergasi peralatan rumah tangga dunia apabila berjaya mengekalkan kedudukan sebagai jenama nombor satu dalam kategori Volume Peruncitan Jenama Peralatan Utama Global oleh Euromonitor International selama 16 tahun berturut-turut.
Pencapaian luar biasa ini diraikan dalam suasana penuh bertenaga menerusi pelancaran Haier Global Fans Festival ke-7 yang membuka tirainya hari ini, 17 Disember 2025 melalui jerayawara interaktif selama lima hari di Pavilion Bukit Jalil – The Piazza, Aras 3.
Sebagai satu-satunya jenama ekosistem IoT yang tersenarai dalam Kantar BrandZ Top 100 Most Valuable Global Brands selama tujuh tahun, selain tersenarai dalam World’s 500 Most Influential Brands selama 21 tahun, Haier kini menterjemahkan kecemerlangan teknologi tersebut ke dalam pasaran tempatan.
Di Malaysia, Haier menjangkakan pegangan pasaran sebanyak 11% dengan tahap kesedaran jenama mencecah 93%, sekali gus meletakkannya sebagai jenama peralatan rumah dari China yang paling dikenali di negara ini.
Dengan sumbangan produk premium yang kini melebihi 38 peratus daripada keseluruhan prestasi jualan syarikat, penganjuran festival ini dilihat sebagai langkah strategik untuk menghubungkan inovasi kelas dunia terus kepada pengguna Malaysia.
Ruang pameran interaktif seluas 2,600 meter persegi di The Piazza, Aras 3, Pavilion Bukit Jalil telah diubah suai menjadi sebuah hab gaya hidup pintar yang menyatukan elemen sukan dan teknologi.
Evolusi festival ini daripada sekadar sambutan digital kepada sebuah gerakan jenama antarabangsa berskala besar membuktikan komitmen Haier dalam membina hubungan yang lebih mendalam dengan jutaan peminatnya.
Para pengunjung yang hadir berpeluang menjadi antara kumpulan pertama di Malaysia yang melihat secara dekat rangkaian produk masa hadapan di samping meyertai pelbagai aktiviti sukan secara langsung termasuk badminton, bola sepak, dan tenis serta menikmati ganjaran eksklusif Haier sepanjang festival berlangsung.
Antara yang menjadi tumpuan utama alah pameran inovasi terbaharu Haier yang menampilkan pendekatan reka bentuk dan teknologi berprestasi tinggi, selari dengan semangat kecemerlangan atlet juara seperti peti sejuk Space Fit yang elegan, mesin basuh-pengering Siri L+ yang canggih, serta penyaman udara UV Cool Color yang mengutamakan kesihatan.
Malah, Haier turut memberikan pratonton eksklusif bagi mesin basuh tiga dram yang amat dinantikan, selain mempamerkan TV M80 QD-Mini LED yang menawarkan kualiti visual luar biasa.
“Sempena Haier Global Fans Festival ke-7 ini, kami bukan sahaja menghargai kesetiaan para pengguna, malah terus memandang ke hadapan untuk membina kehidupan yang lebih pintar, hubungan yang lebih kukuh serta pertumbuhan bersama,” kata Fan Jing, Pengarah Urusan Haier Malaysia dalam ucapannya pada majlis pelancaran festival tersebut.
Turut hadir, Wang Mei Yan, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Jenama Kumpulan Haier dan ramai lagi.
Berkongsi lanjut, Fan Jing memaklumkan penganjuran edisi ke-7 ini merupakan simbol penghargaan syarikat terhadap kesetiaan pengguna yang telah memacu pertumbuhan bersama selama ini.
Beliau menegaskan bahawa Haier kekal komited untuk terus mendengar keperluan pengguna, berinovasi dan berkembang agar setiap produk serta pengalaman yang ditawarkan memberikan nilai sebenar kepada isi rumah di Malaysia.
Selain demonstrasi produk dan sesi interaktif bersama pencipta kandungan, pelanggan yang membuat pembelian minimum RM5,000 turut berpeluang membawa pulang jersi eksklusif Liverpool FC sebagai sebahagian daripada tawaran istimewa sepanjang acara berlangsung.
Festival yang dibuka secara percuma kepada orang ramai ini akan berlangsung sehingga 21 Disember 2025.
Ia menawarkan pengalaman menyeluruh bagi sesiapa yang ingin melihat bagaimana transformasi digital dan penyelesaian kehidupan pintar dapat meningkatkan kualiti hidup seharian, untuk masa hadapan.
#HAIERGroup #LiveerpoolFC #PavilionBukitJalil #HaierGlobalFansFestival #fyp








Tiada ulasan:
Catat Ulasan