Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SELAMAT 'TAHUN BARU' PEMBUKA TIRAI HIBURAN 2021




ASSALAMUALAIKUM dan Selamat Tahun Baharu 2021 kepada semua pembaca setia ruangan blog/portal Kak Fas yang sekumit kecil ini.


Seperti bait lagu  ini:


"Dulu susah sekarang senang

 Perlahan-lahan ku akan menang

 Kerja keras untuk hidup senang

 Chebba chebba buat gua tenang..."


Tepat sekali lirik yang menjadi pembuka jendela tahun baharu ini dan sehubungan itu juga Kak Fas mengambil keputusan  membuka ceritera tahun baharu ini dengan memperkenalkan artis baharu bernama Rvijay Raj atau Lil J.


Mungkin korang akan tertanya-tanya siapa kah gerangannya penyanyi berbakat besar dari Kuala Lumpur ini yang menyatakan hasrat beliau dalam single berjudul 'Tahun Baru' gubahan lagu dan lirik oleh beliau sendiri dengan rakan komposer Denzsyl?


LIL J sebenarnya seorang rapper yang bakatnya dicungkil  menerusi program pencarian bakat rap baharu serantau Asia Tenggara, '16 Baris'.


“Lagu 'Tahun Baru' mempunyai mesej positif bagi mereka yang mengharungi kepayahan pada tahun 2020. Saya ingin menyeru agar semua rakyat Malaysia berfikiran positif dan mempersiapkan diri mereka dengan azam dan semangat yang baru menjelang tahun baru 2021," ujar beliau.


Menurutnya, idea lagu yang adunan serta mastering dilakuman oleh Mingaling tercetus ketika ramai daripada kita yang terkesan dengan pandemik COVID-19 yang melanda dunia.



"Saya nak semua bangkit dan terus melangkah ke depan," begitu harapan Lil J.


Walaupun Lil J mempunyai jadual yang padat dengan pelbagai projek seperti kolaborasi dengan artis-artis lain, beliau masih mempunyai masa menghasilkan single solo yang memang sudah lama dinantikannya.


“Saya mengambil masa selama dua hari untuk merekod dan menyiapkan 'Tahun Baru', manakala proses rakaman di lakukan di MassMusic Studios.


"Denzsyl merupakan rakan komposer yang sering saya bekerjasama dan hubungan profesional kami telah terjalin sepanjang empat tahun, dan banyak yang kami pelajari mengenai muzik dan industri hip-hop Malaysia, selain mempunyai style muzik yang sama,” jelas Lil J.


Sebagai artis yang masih baharu, Lil J akui bukan mudah bagi beliau untuk menyenangkan semua pihak.

“Tak semua yang kita hasilkan boleh di terima oleh pendengar, namun saya percaya jika kita jujur, mempunyai niat yang baik, perlahan-lahan ruang itu akan dibuka dengan sendirinya.


“Nantikan juga video muzik Tahun Baru yang bakal dilancarkan serentak kerana jalan ceritanya yang menarik dan semoga sesiapa yang menontonnya boleh faham maksud 'Tahun Baru' yang cuba saya sampaikan, dan bukan sekadar hiburan semata-mata," harapan Lil J.


Seperti pendapat Encik Feros Sayna, selaku Ketua Label Rocketfuel Entertainment:


“Lil J merupakan anak muda yang sungguh berbakat, beliau mempunyai banyak idea kreatif dan sentiasa menghasilkan lagu-lagu menarik buat para pendengar.

'Tahun Baru' membawa aura positif buat semua, jadi saya harap agar semua pendengar di luar sana dapat tangkap maksud yang cuba disampaikan.”


Lagu ‘Tahun Baru’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.


Manakala video muzik lagu ‘Tahun Baru’ juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTubeRocketfuel Entertainment.



Kak Fas: Memilih untuk memuat naik Lil J sesuai dengan sambutan 'Tahun Baru' sebagai pembuka tirai 2021.


#TahunBaru #LilJ #RocketfuelEntertainment #2021 #COVID-19 #SingleTerbaharu






9 ulasan:

Tekkaus berkata...

A matching soon indeed for the brand new year. Thanks for sharing this amazing song that will hopefully spur us further.

Bae Roslan berkata...

menarik gak lagu ni. malaysia ni ramai rapper berbakat kan. anyway happy new year kak fas

Mahamahu berkata...

Lagu tahun baru yang menaikkan semangat anak muda untuk terus berkarya dan menghasilkan sesuatu diluar kotak dan lebih segar best bila dengar sekali dah tertarik lah heheheheh..

Yaya Azura berkata...

Lagu rap ni sekali dengar tak dapat tangkap apa dia sebut, kena tengok lirik lepas tu baru feel. Lirik lagu rap sekarang padu-padu, kreatif betul dorang..

Rollinggrace berkata...

this is a very fun and exciting song, suitable for welcoming 2021 in style. thanks for introducing this talented rapper too :)

Wawa Ashihara berkata...

Wahh ada juga lagu tahun baru versi rap ye.. Mcm2 org kita skrg baut lagu.. Tp kita kurg paham lirik dia kena refer lirik lagu mybe paham kot..

Ummi berkata...

Zaman sekarang ni semakin ramai artis muda yang berbakat, kan? Dengan adanya teknologi sekarang, amat senang bagi bakat-bakat baru untuk mengetengahkan hasil karya mereka.

Mawardi Yunus berkata...

Lagu pembuka tahun 2021 ya. kejap lagi kita dengar sampai habis. boleh tahan jugak lagu ni.

Ruby berkata...

Akak, ramai betul anak muda berbakat dalam bidang hiburan. Rasa macam international level dah ha. Best betul. Meriah industri. Harap mereka terus hasilkan more good misic.