Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PRASARANA KELUARKAN PAS PERCUMA MY30 BAGI 8,333 PENUMPANG



KITA sudah pun berada pada hari ke-4 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada gelombang ketiga dan tentu sekali pergerakan terbatas malah ada yang terkesan segala macam hal baik dari segi kerjaya mahu pun peribadi.


Apa pun percayalah setiap dugaan itu ada hikmahnya. Dan bagi penumpang yang sering menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, apa yang ditawarkan oleh Prasarana Malaysia Berhad perlu disambut dengan kesyukuran.


Penebusan untuk pakej ‘My30 Plus30 - Beli 1, Percuma 1’, yang dibuka semalam di Stesen LRT KL Sentral dan Hab Bas Rapid KL Pasar Seni mendapat sambutan baik dengan seramai 1,283 penumpang melunaskan penebusan masing-masing pada hari pertama.


“Mereka yang ingin membuat penebusan pada hari ini boleh melakukannya di kiosk Sayap Timur di stesen LRT KL Sentral sehingga pukul 10.30 malam; dan di Hab Bas Pasar Seni sehingga 7 malam. Kaunter di Hab Bas Pasar Seni, bagaimanapun, tutup pada hari Ahad dan hari-hari cuti am manakala kaunter di KL Sentral dibuka setiap hari,” menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Rapid KL pada hari ini (16 Januari 2020).


Dilancarkan sebagai sokongan kepada kempen penggalakan pelancongan domestik yang diumumkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, kempen ‘My30 Plus30 - Beli 1, Percuma 1’ untuk pembelian pas perjalanan tanpa had My30 bermula daripada 21 Disember tahun lepas dan akan berlangsung sehingga 31 Mac



Di bawah kempen ini, satu baucar pas percuma My30 akan diberikan untuk setiap pembelian di mana pas percuma My30 ini boleh digunakan sendiri untuk pembaharuan pada bulan berikutnya. Pas percuma My30 ini adalah terhad kepada 8,333 penebusan sahaja dan berdasarkan siapa dulu dia dapat; terhad kepada 1 seorang pengguna dan sekali penebusan sahaja. 


Tempoh penebusan untuk pas percuma bermula semalam dan akan tamat pada 31 Mac 2021 atau selepas pas percuma ke 8,333 dilunaskan.


Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘My30 Plus30, Beli 1, Percuma 1’ dan info-info lain mengenai My30, anda boleh melayari laman web rasmi Rapid KL di www.myrapid.com.my.

#PrasaranaMalaysia #My30Plus30 #Beli1Percuma1 #RapidKL #Tebus #KLSentral


Tiada ulasan:

Catat Ulasan