Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ARILL FESOL PACU KEMBALI NYANYIAN MELALUI 'BERSANGKA'



PENYANYI
ini bukanklah pendatang baru dalam dunia seni suara bahkan bagi yang sering menonton drama pasti mengenali wajah pemilik nama Muhamad Fhazrill Fesol atau nama pentasnya Arill Fesol ini.

Arill pernah membintangi beberapa drama tempatan antaranya seperti 'Misteri Rumah Tua' (2010), 'Karlos' (2013) dan 'Hilang Yang Kembali' walau pun kehadirannya dalam bidang hiburan bermula seawal 12 tahun ketika bersaing di pentas akhir Idola Kecil musim ke-2.


Pada tahun 2017, Arill pernah bersaing dalam program 3 Juara sehingga ke peringkat separuh akhir. Jadi mesti korang ingatkan.


Sekali pandang Kak Fas nampak wajahnya mirip Naim Daniel pulak haha tetapi apa pun Arill adalah Arill Fesol yang kini kembali setelah berehat panjang gara-gara penularan pandemik COVID-19 sepanjang tahun lalu.


Membuka lembaran baharu pada tahun 2021 ini, Arill memacu kembali kerjaya nyanyiannya dengan single terbaharunya berjudul “BERSANGKA”.

 

Lagu ciptaan Laq dan lirik ditulis oleh Laq bersama Wan ini diberikan susunan muzik indah oleh komposer terkenal Zimi Sofazr. 



Menyifatkan single keduanya ini adalah percubaannya dalam membina nama  dalam industri muzik, Arill berkata:


“Baru sahaja buat kemunculan semula pada tahun 2019. Namun akibat penularan pandemik COVID-19 pada tahun lepas, tidak banyak kegiatan seni yang boleh saya lakukan sekali gus membantut usaha saya dalam membina semula nama saya dalam industri muzik Malaysia. 


"Saya berterima kasih kepada Warner Music atas peluang untuk merakamkan lagu “BERSANGKA” ini.  Menerusi lagu ini saya berharap ia dapat mengetengahkan semula bakat saya kepada peminat seni dan pendengar muzik tempatan.”

 

Penyanyi muda berusia 22 tahun kni yang turut bergelar kru kabin AirAsia setelah selesai menjalani latihan pada Julai tahun lalu berharap agar lagunya  ini akan diterima baik oleh pendengar muzik dan mampu memeriahkan lagi industri muzik Malaysia dalam masa-masa sukar seperti sekarang. 


Single “BERSANGKA” terbitan Permata Muzik Records dan edaran Warner Music Malaysia ini kini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music.


#ArillFesol #Bersangka #COVID-19 #WarnerMusic #ZimiSofazr #Karlos #Spotify



Tiada ulasan:

Catat Ulasan