Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

FAREHA BY CIKFA LAHIRKAN 8 JUTAWAN TUDUNG BAWAL ANTI KEDUT


   Foto kredit: Instagram @cikfa.fareha.


LAPAN stokis sudah pun bergelar jutawan walaupun  2020 negara berdepan wabak COVID-19 bahkan stok tudung bawal anti kedut jenama FAREHA by Cikfa tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan tinggi. 


Inilah hikmah yang Allah SWT aturkan buat pengasas Fareha Holding Sdn Bhd, Nurul Fareha Anuar,  sehingga syarikat mampu pula menghadiahkan 10 buah kereta Perodua Axia kepada 10 stokis terbaiknya yang mencapai sasaran jualan melebihi RM800,000 di mana paling tinggi dicapai berjumlah lebih RM4.9 juta.


“Tahun depan sasaran saya agar 12 orang stokis yang tersedia mampu mencapai jualan sehingga RM8 juta dan hadiah kereta akan lebih tinggi nilainya,” begitu janji Fareha  yang percaya barisan stokisnya yang dedikasi dan kuat bekerja mampu melaksanakan sasaran itu.


   Bergambar bersama 10 stokis yang menerima kunci mockup kereta.


Majlis penyerahan kunci mockup kereta berkenaan berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah bertemakan rona putih di mana kira-kira 100 tetamu yang hadir bergaya dalam gaun bagaikan puteri gayanya turut dihiburkan dengan nyanyian daripada Penyanyi Meletop ERA 2020, Siti Nordiana.


Kak Fas percaya pemilihan warna putih melambangkan sekali gus niat suci murni Nurul Fareha terhadap pemberiannya itu yang melibatkan kos RM370,000.


Selain 10 buah kereta yang tersedia diparkir berderet di bawah untuk dipandu pemiliknya, Fareha turut menghadiahkan piala kristal, emas termasuk jambangan bunga kepada 2 lagi stokisnya yang mencapai jualan membanggakan.



Majlis turut dikejutkan dengan acara potong kek hari jadi berbentuk bag tangan Chanel pemberian Newsfeed Media (NF) oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Norzira Syarini (kiri).  Ulang tahun Fareha ke-31 jatuh pada 30 Disember 2020 sebenarnya, jadi kira meraikan 'belated birthday' lah dari NF.


Jenama FAREHA by Cikfa yang terkenal dengan tagline bawal anti kedut, diasaskan sejak 2016 ternyata menerima sambutan hangat sehingga mampu mencecah jualan berjuta-juta buat pengasasnya yang selain 12 orang stokis, ada 15,000 ejen jualan lainnya.


  Stokis Nurul Atiqah (tengah) dengan pencapaian jualan paling tinggi.


Berbanding jualan yang dicapai berjumlah RM60j pada tahun 2020, Fareha sasarkan jualan sebanyak RM100 juta sepanjang tempoh 2021 melibatkan pengeluaran sehingga 30 juta helai tudung, apa tah lagi menjelang Raya kelak.


Membayangkan artis yang kini sedang meningkat naik dan sudah bertudung, Hanna Delisah sebagai duta untuk koleksi Hari Raya, Fareha memberitahu, koleksi berkenaan bakal dipasarkan pada bulan April nanti.


Sebelum ini, antara artis yang ditawarkan sebagai duta promosi terdiri daripada antaranya RIsteena, KilaFaiiry dan Uqasha Senrose.


Bercerita lanjut, Nurul Fareha yang gembira dapat membantu  8 stokisnya bergelar jutawan percaya 4 stokis lainnya mampu mencapai jualan sehingga angka jutaan dan turut dinobatkan sebagai usahawan jutawan.


“Saya tidak ada  perancangan lagi untuk menambah stokis melainkan membuka peluang untuk wanita mahu pun lelaki yang berminat menjana pendapatan sebagai ejen jualan,” tambah Nurul Fareha yang berhasrat untuk menggilap dan menumpukan perhatian terhadap 12 stokis sedia ada.


Menurutnya, langkah itu diambil berikutan permintaan daripada stokis pun tidak mampu ditunaikan apabila stok tidak dapat menampung kehendak yang tinggi.


“Stokis pun tidak cukup makan, jadi saya tidak boleh menambahkan lagi bilangannya,’ ujar Fareha sambil merancang untuk aktif mempromosikan lagi tudung bawalnya melalui pengiklanan billboard serta televisyen.

Mengetepikan lebih daripada RM200,000 untuk bajet pengiklanan dan pemasaran, Fareha tidak menolak bakal mengembangkan perniagaannya ke luar negara namun bukan pada masa terdekat.


“Saya mahu tumpukan dulu pasaran di Malaysia dan apabila pengeluaran sudah mampu menampung  permintaan baharulah saya akan fikirkan pasaran luar,” ujar Fareha jujur.


Mendampingi usahawan muda dan ibu kepada seorang anak ini, sudah tentu tulang belakang kejayaannya disokong dan dibantu suami tercinta,  Mohd Yusri Mohd Yusoff yang bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat.



Seperti kapsyen Fareha dalam laman instagramnya,Dia orang yang paling banyak fikir untuk FAREHA, selalu kejutkan Cikfa bila Cikfa lalai sekejap, selalu bagi kata semangat bila Cikfa down, selalu tadah telinga bila Cikfa meluah dan selalu bagi  idea, tips dan solusi untuk setiap masalah atau pelan marketing branding.”


Paling selalu yang suami berpesan kata Fareha yang membahasakan dirinya Cik Fa ialah ‘jangan terlalu merasa selesa dalam bisnes ini.’


Berpegang pada displin itu tidak hairan pernagaan FAREHA by Cikfa berkembang apatah lagi apabila berkongsi rezeki dengan mereka yang mahu memajukan diri sebagaimana ucapan para stokisnya yang rata-rata menghargai peluang diberikan Cikfa kepada mereka sehingga mampu merubah kehidupan  mereka sehingga 360 darjah.


Untuk maklumat lanjut boleh layari laman INI


Kak Fas: Nama dah dekat FARIZA malah nama bapanya ANUAR lak sama nama suami Kak Fas.... kena kolaborasi ni haha. Tahniah Cikfa!


#FAREHAByCikFa #TudungBawalAntiKedut #Jutawan #HannahDelisha #Cikfa


Tiada ulasan:

Catat Ulasan