Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BAHARU MASUK TAHUN BARU 2021, AWIE DAH BAGI 10 TIPS TIPU BINI. SERIUS KE?



   Awie bersama pengarah dan barisan pelakon #10TipsTipuBini.

JIKA tahun 2019 menyaksikan filem pertama pengarah baharu, seorang Youtuber, 
Muhammad Syahmi Sazli mencipta rekod kutipan RM5 juta dalam masa 12 hari tayangan ketika "Mael Totey The Movie" ditayangkan dalam saluran Astro First 480, mungkin kah tirai 2021 akan mencipta fenomena sama pada sebuah lagi bergenre komedi, '10 Tips Tipu Bini' keluaran sulong, pelakon dan penyanyi rock, Dato Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali dengan nama Dato’ Awie.?

'10 Tips Tipu Bini' juga bakal ditayangkan di Astro First bermula 7 Januari 2021 depan yang merupakan pertaruhan pertama Dato Awie selaku penerbit Rumah Produksi Merah Sdn Bhd miliknya.

”Filem im' merupakan hasil terbitan pertama oleh Rumah Produksi Merah, jadi pihak kami dengan rasa berbesar hati dan bertanggungjawab untuk memberi sokongan padu buat produksi baru dengan membawakan filem mereka terus kepada penonton di luar sana. 

"Dengan adanya platform Astro First, kami harap ia mampu menyuntik semangat buat penerbit dan pengkarya di luar sana untuk terus rancak menghasilkan konten-konten terbaik buat penonton serta industrifilem tempatan,” lapor Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkaitan '10 Tips Tipu Bini' yang membariskan barisan artis hebat-hebat belaka termasuk Dato Awie yang mencetuskan idea karya pertamanya itu.

"lni sebuah kisah komedi yang ringan tetapi tidak dinafikan ia terjadi setiap hari di dalam kalangan mereka yang telah berkeluarga. lsu seperti ini nampak susah untuk dibincangkan, tetapi inilah hakikat yang terjadi,” ujar Awie pada majlis sidang media mengumumkan tarikh penayangan '10 Tips Tipu Bini' yang berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman, MATIC, Jalan Ampang, baru-baru ini. Awie turut membawa geng-geng bikersnya.

   Foto kredit: Megat Firuz

Turut mengucapkan penghargaannya kepada Astro First yang sudi memberikannya peluang tayangan di platform stesen berbayar itu, Awie mendoakan agar peminat filem yang sering ke pawagam dapat dihiburkan dengan karya arahan Azizi 'Chunk' Adnan dan skrip oleh Armada AI Haq ini.

Dalam pada itu, beliau berharap penonton khususnya pengkritik di kalangan bloggers mahu pun netizen yang tidak pernah menghasilkan filem seumur hidup mereka kecuali menonton sahaja tidak keterlaluan dalam kritikan mereka.

"Berilah kritikan yang membina dan jangan sekali sentuh nama-nama keluarga saya jika nak hentam sekali pun  kerana itu saya tidak dapat terima," luah Awie yang tidak pernah kering semangat dalam apa jua cabang karya yang dicetuskannya.

'10 Tips Tipu Bini' menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air yang akan mencuit hati penonton dengan karakter dan komedi mereka yang bersahaja.

Lebih menarik, ia juga merupakan kali pertama di dalam sebuah karya menghimpunkan Khir Rahman, Ropie, Joey Daud, Vicha, Jehan Miskin, Nasir Bilal Khan, Atu Zero, Azlee Senario, Nadia Mustafar, Elizabeth Tan dan ramai Iagi. 


Dengan tajuk berbaur unik tetapi jelas itu, Awie memberitahu bukanlah niat beliau mahu mengajar para suami menipu bini.

"Jangan salah faham bukan saya yang bagi tetapi Brother Love. Malah, menerusi filem komedi ringan ini, kami cuba menyampaikan mesej dan nilai positif kepada penonton. Di mana, buat kaum wanita, ia mungkin boleh dijadikan rujukan dan membuka mata mereka, manakala buat kaum lelaki ia boleh dijadikan sebagai ikhtibar dan kesan jika tiada kejujuran dalam sesebuah hubungan.", tambah yang  Awie  memegang watak sebagai Brother Love

Menurutnya, setiap lelaki mempunyai keinginan untuk mempunyai isteri lebih dari satu, jadi kita bagi tips bagaimana nak tipu bini dan berjaya.

Pun begitu kata Awie,"instinct seorang isteri selalunya dapat merasakan tipu helah suami mereka, itulah betapa kuatnya semangat kaum wanita sehingga apa yang terfikir suami untuk berkahwin akhirnya tidak kesampaian." 

Filem berdurasi 104 minit ini mengisahkan tentang 3 sahabat baik (Raffi, Kay dan Jepp). Mereka bekerja sebagai Pengarah Kreatif di sebuah syarikat pengiklanan yang terkenal di Kuala Lumpur bernama Grand Poyo Advertising & Events kepunyaan Dato Dean. 

Boleh dikatakan mereka merupakan pekerja yang dedikasi dan mempunyai idea-idea menarik dan hebat. Namun begitu perkara sebaliknya bila mereka berada di rumah masing-masing. Di rumah mereka adalah seorang suami yang terlalu takut dengan isteri masing-masing. 


Mereka mempunyai kelab motor berkuasa besar Harley Davidson diberi nama ’DUBUK LIAR'. Mereka bertiga sedang mengalami masalah ’Krisis Pertengahan Usia” yang sering melanda para suami di mana mempunyai niat untuk melakukan sesuatu tetapi takut-takut. 

Segalanya berubah dengan kehadiran 3 orang gadis ’intern’ yang cantik dan muda bekerja di syarikat mereka. Di situ mereka mula berangan dan memasang niat nakal untuk memikat tiga orang gadis tersebut untuk dijadikan kekasih masing-masing. Akan tetapi mereka bermasalah dengan kerenah isteri-isteri di rumah. Pelbagai penipuan ’kiri dan kanan’ direka demi melaksanakan niat-niat mereka itu. 

Filem ini juga turut diiringi dengan OST yang digarap sepenuhnya oleh Dato’ Awie iaitu ’Sang Kekasih' dan juga ’Dubuk Liar'. Kedua-dua lagu tersebut dinyanyikan oleh kumpulan rock legenda tanah air, Wings. 


Sementara itu, pihak produksi juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan merakam penghargaan buat pihak yang sudi bekerjasama dan menaja sidang akhbar 10 Tips Tipu Bini. 

Pihakpihak terbabit adalah T-shirt and chocojar Mouthgasm Crunchy, Cookies Cookies Most Wanted (CMW), penutup muka Mask Kaw, lokasi MATIC, sanitasi tangan Million Pink Sdn Bhd, penyediaan katering Primiera Hotel Kuala Lumpur dan rakan cetak Achik Sdn Bhd. 

Bunyi ceritanya agak menarik kan?

Jadi jangan lupa saksikan filem '10 Tips Tipu Bini' yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First dengan melanggan saluran 480 pada kadar bayaran RM15 sahaja.

Untuk belanja minima itu anda dapat menyaksikannya berulang-ulang kali selama 48 jam tau! Tonton sampai lebam.

Nak dengar lanjut apa kata Awie mengenai filem, bayi yang bakal dilahir dan harapannya bagi tahun 2021... sila layan di bawah ini ya:




Nak baca lanjut artikel berkaitan boleh KLIK SINI.

#RumahProduksiMerah #10TipsTipuBini #AstroFirst #DatoAwie #Bikers #Filem

Tiada ulasan:

Catat Ulasan