Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ANGAN-ANGAN KOSONG JADI KENYATAAN, PTTI TERIMA ANUGERAH BRANDLAUREATE..


CIKGU Fana (tengah) menerima anugerah BrandLaureate dari Dr KK Johan (kiri) disaksikan     oleh Chew Bee Peng, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif The Brand Laureate Foundation.


BAHARU lebih lima tahun beroperasi, pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),  PTTI nampak gayanya sudah menerima pengiktirafan  buat kali pertamanya apabila berjaya menjadi penerima 'Anugerah BrandLaureate Bestbrands in Online Education Platform' atau  Anugerah Platform Pendidikan Dalam Talian.


Anugerah penuh impak, cukup impak dan pastinya menjadi pembakar semangat warga PTTI itu diterima pada 19 Disember lalu di The Brand Laureate HQ, Damansara Utama.


Menurut orang penting yang menjadi tulang belakang dan nadi utama PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih mesra disapa Cikgu Fana, 33, anugerah berkenaan menjadi bukti kelangsungan dalam terus mendidik anak bangsa mencapai keputusan cemerlang dalam SPM.


"Di sebalik ujian kita berdepan dan bergelut dengan pandemik COVID 19, anugerah ini bagai satu rahmat terindah buat kami di PTTI. 


"Niat kami hanya mahu membantu pelajar SPM khususnya mencipta kejayaan dan pencapaian terbaik. Misi dan visi itu tidak akan berubah dan goyah. Anugerah ini  bukan biasa biasa. Ia suatu anjakan paradigma bagi kami. Ia terlalu besar dan menjadi sejarah baru buat kami seiring dalam membiasakan norma baharu menerusi pendidikan dalam talian.



"Kejayaan ini hasil dedikasi seluruh warga kerja PTTI secara langsung atau tidak. Ia termasuk guru yang bertungkus lumus menyalurkan ilmu berharga serta berguna kepada pelajar," kata Cikgu Fana yang menerima anugerah berkenaan disampaikan Presiden The BrandLaureate, Dr KK Johan. 


Menurut Cikgu Fana, satu kebanggaan baginya apabila anugerah yang sering diterima tokoh pelbagai bidang dalam dan luar negara itu kini berada dalam

genggaman.


Anugerah igauan ramai itu meraikan kehebatan ikon jenama yang menyumbang kepada pembangunan negara dan ekonomi dengan pemikiran serta idea inovatif.


"Saya percaya anugerah  berprestij dalam dunia penjenamaan cetusan Asia Pacific Brands Foundation (APBF) ini menjadi idaman ramai. Saya dan suami, Muhd Habibunajjar Sazali suatu ketika dulu sendiri pernah membayangkan PTTI akan ada logo Brandlaureate. Akhirnya ia bukan angan angan kosong.



"Tak salah bermimpi, namun perlu disusuli dengan usaha dan niat yang betul. Pastinya setiap kejayaan atau anugerah yang diraih itu akan datang dengan tanggungjawab yang lebih besar.


"Selama ini pun kami ada didatangi pihak dan agensi tertentu yang mahu memberikan pengiktirafan. Namun kami selektif. Kami tidak mahu rambang mata atau jauh sekali nak jual mahal. Tapi biarlah anugerah itu seiring dengan apa yang diperjuangkan. Anugerah Brandlaureate datang pada waktu yang tepat," katanya.


PTTI bermula secara tidak rasmi sekitar tahun 2014. Hanya pada tahun 2016, pusat berkenaan semakin agresif dalam terus memberi manfaat kepada pelajar.


"Untuk sampai ke tahap sekarang, ia bukan laluan mudah. Pengalaman dan pergelutan mematangkan kami di PTTI.


"Hingga kini, kalau ditanya signifikan penubuhan PTTI tetap sama. Ia terhasil cetusan semangat warga guru yang mahu membantu dan mendidik anak bangsa skor A dalam SPM.


"Semangat cikgu di sini kekal menjadi nadi. Selagi boleh menyalurkan ilmu dan cara terbaik untuk memberi pemahaman kepada pelajar, maka selagi itulah semangat membara kami takkan pudar. 


"Konsep atau penanda aras yang mampu buat warga guru di sini puas berkongsi serta menyalurkan ilmu ialah saat pelajar betul betul faham. Selagi pelajar masih berkerut dahi dan was was, maka guru di sini akan terus mengajar hingga mencapai kepuasan maksima.


"Di sini, kami mengajar pelajar SPM tanpa perlu menghafal semata mata. Sebaliknya kena faham cara dan teknik yang betul. Ketika itu datanglah apa jenis soalan pun, insyaAllah akan dapat dijawab pelajar dengan baik," katanya.


PTTI mula  memenangi hati pelajar apabila muncul di platform media sosial seperti di Youtube, Instagram, Facebook dan TikTok dengan membantu mereka dengan video pembelajaran secara percuma.


Sejak awal penubuhan hinggalah kini, mereka sudah membantu lebih 100,000 pelajar SPM memperoleh skor terbaik.


Tidak semata mata secara interaktif di media sosial, penganjuran seminar yang dilaksanakan juga meraih perhatian ramai pelajar.


Malah pada tahun ini, PTTI dan Mira Filzah turut berganding bahu. Mira sebagai salah seorang pelajar cemerlang SPM tahun 2010 juga mendokong aspirasi sekali gus membantu lebih ramai pelajar SPM dengan lantikannya sebagai duta rasmi pusat itu sejak Januari lalu


Bersempena  penerimaan anugerah ini, PTTI dengan bangganya membuka peluang pendaftaran awal untuk calon pelajar SPM bagi sesi 2021, bagi bermula selangkah lebih awal sebelum mendepani cabaran peperiksaaan sebenar.


Cikgu Farhana (tengah) bersama guru-guru yang bertugas di PTTI turut berkongsi kegembiraan.

#PTTI #AnugerahBrandLaureate #CikGuFana #MiraFilzah #SPM #SkorA

Artikel berkaitan sila baca DI SINI dan juga yang INI.


Tahniah PTTI!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan