Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

"BALLZ TALK' PROGRAM BUAL BICARA DI LUAR KOTAK TAMPILKAN IQRAM DINZLY. APA KES?


DAH lama kita tak dengar mengenai perkembangan artis  yang pernah mencetuskan kontroversi satu ketika dahulu kan, iaitu Iqram Dinzly? 


Terakhir Kak Fas menemuinya ketika beliau bikin gimik mengamuk pada majlis pelancaran album pasangan kembar ‘Aishahanim’ pada awal bulan November lalu bagi mempromosikan lagu ‘Leka’ feat Iqram Dinzly.


Terkejut gak semua yang hadir ketika itu haha… 


Tetapi jika korang merinduinya apa kata pada malam ini korang saksikan sebuah program bual bicara berjudul ‘Ballz Talk’ yang menyaksikan pertama kalinya pengacara Elly Ariffin dan Iman Zulkarnain digandingkan.



Program temubual eksklusif yang bersifat ‘up close & personal’ ini akan mengetengahkan pelbagai perkongsian penuh emosi dan pengalaman peribadi yang mungkin tidak pernah dikongsikan kepada masyarakat umum sebelum ini. 


Dan menariknya, bersama Iqram Dinzly pada malam ini adalah tiga lagi selebriti tanah air popular sebagai tetamu undangan iaitu Zizan Razak, Farah Ahmad serta Armada Ammar atau lebih dikenali sebagai Ammar Titan.



Mereka merupakan barisan artis pengenalan yang diketengahkan pada program terbaharu bual bicara ini melalui sentuhan kreatif  pengarahnya, Opie Zami.


Khabarnya, sewaktu rakaman episod yang menampilkan Iqram Dinzly selaku tetamu undangan, Iqram tidak hanya datang dengan tangan kosong tetapi turut membawa kek hasil air tangannya sendiri sebagai buah tangan untuk dikongsikan dengan semua tenaga kerja yang terlibat. 


Kek tersebut cukup lazat sehingga berjaya dihabiskan dalam masa 30 minit sahaja. Kelas Iqram kan?


Rakaman episod tersebut juga turut mencetuskan emosi kepada semua apabila Iqram tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata kerana terkesan dengan soalan-soalan yang diajukan oleh hos berhubung perjalanan kisah hidupnya serta kecaman netizen dan masyarakat sekeliling. 


Bila menulis ini tak sabar lah nak tonton kisah Iqram itu malam ini.



Selain itu, sewaktu rakaman episod yang menampilkan Farah Ahmad selaku tetamu undangan pula, beliau cukup tenang mengawal emosi ketika bercerita mengenai arwah suaminya, Pitt Hanif yang meninggal dunia akibat lemas ketika memancing tahun lalu. 


Kekuatan beliau selaku ibu tunggal kepada tiga orang anak cukup terserlah sehingga membuatkan seluruh tenaga kerja yang  berada di set kongsi rasa tersentuh.

 

Nak tahu lanjut jangan lupa saksikan rakaman program ‘Ballz Talk’ ini yang akan berdurasi selama 20 minit menerusi paparan empat buah episod dan boleh mula distrim secara eksklusif di saluran YouTube ‘D’Alphalegacy’ pada malam ini, setiap Jumaat, jam 8.30 malam, 4 Disember 2020.


Sejujurnya, menghasilkan karya digital bukanlah perkara mudah seperti yang disangka kerana ia menuntut kemahiran naratif penceritaan yang kreatif agar kandungan tersebut mempunyai jalan cerita yang boleh diterima secara global oleh peminat seni hiburan. 


Selain itu, idea asal tersebut juga mestilah di luar kotak dan mempunyai stail tersendiri walaupun nampak santai. Ia harus mampu membuatkan penonton berasa dekat dengan intipati yang ingin disampaikan di samping berjaya menerapkan mesej yang positif buat masyarakat,” ujar Diyana Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif D’ Alphalegacy (M) Sdn. Bhd. 


Namun begitu, tambahnya, pihaknya akui berada di landasan digital juga secara tidak langsung memberi kelebihan kepada mereka untuk melakukan pelbagai eksperimen kreatif dalam menghasilkan karya-karya unik yang ‘up to date’ dan mengujakan bagi mendekati para penonton. 


Keunikan ‘Ballz Talk’ terletak kepada kandungan visual yang kompak yang disiarkan sepenuhnya menerusi platform digital lantas memudahkan penonton untuk mengikut kisah mereka walau di mana mereka berada.


Oleh itu, setiap tetamu undangan yang menjayakan program ini dipilih berdasarkan pengalaman mereka sebagai anak seni dan latar belakang kehidupan yang penuh warna warni bagi menyuntik pelbagai elemen menarik dalam program. 


Secara keseluruhannya, kami positif dan yakin dengan kemampuan pengacara yang semakin meningkat naik, Elly Arifin dan Iman Zulkarnain dalam mengendalikan program bual bicara ini yang diharapkan dapat meletakkan penanda aras yang tinggi dalam dunia hiburan serta dapat memberikan inspirasi kepada para penonton,” jelas Diyana.



#Trivia menarik ‘Ballz Talk’:


  • Rakaman program ‘Ballz Tak’ dibuat secara ‘live-to-tape’ dan padat dengan pengisian eksklusif yang tidak pernah dikongsikan kepada masyarakat umum secara terbuka sebelum ini.
  • Walaupun keseluruhan rakaman untuk setiap episod cuma mengambil masa kurang dua jam untuk diselesaikan, Iqram Dinzly dan Zizan Razak masih menunggu untuk ‘lepak’ di studio sehingga jam 3.00 pagi kerana berasa teruja dan cukup selesa dengan tenaga kerja yang terlibat untuk menjayakan program ini. 
  • Rakaman program ‘Ballz Talk’ telah dijalankan sewaktu arahan PKPB masih berkuatkuasa. SOP yang ketat sewaktu tempoh tersebut menghadkan pergerakan seluruh tenaga kerja yang terlibat. 
#BallzTalk #IqramDinzly #ZizanRazak #FarahAhmad #ArmadaAmmar #YouTube

Tiada ulasan:

Catat Ulasan