Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM SHOPPING DI PG MALL 12.12 DOUBLE DIGIT SALES


Hanya 1 hari sahaja...jadi jangan ketinggalan tau!
MENJELANG 12.12.2020, rata-rata platform kedai dalam talian berebut memperkenalkan kempen pembelian masing-masing. 

Pendekata, apabila muncul angka berkembar setiap bulan dalam setahun, pasti ada kempen besar-besaran mengajak pembeli melayari platform masing-masing dengan tawaran tidak masuk akal seperti tawaran jualan pada  harga RM1.

 

Bila dah ditawarkan RM1 tak ke ramai yang berebut mahu membelinya sehingga sekejap sahaja dah habis ‘sold out’ gitu.

 

Dalam beberapa platform pembelian dalam talian sudah tentulah Kak Fas akan terlebih dahulu sokong syarikat tempatan. Iya lah kalau warganegara sendiri tak sokong sesama sendiri siapa lagi kan lebih-lebih lagi jika ia produk tempatan seperti yang dilaung-laungkan oleh Kerajaan pada kempen ‘Beli Barangan Buatan Malaysia’.

 

Jadi apabila sebut syarikat tempatan sudah tentulah platform e-dagang yang kini sedang trending dan popular iaitu PG Mall menjadi pilihan pertama waima ia satu-satunya kedai online tempatan yang berada pada kedudukan ke-3 selepas dua pesaingnya terdahulu.

Kalau tak percaya dan nak bukti, tengok laporan yang Kak Fas muat naik ni pada carta yang dicatatkan dalam ‘IPrice Insight Report’ ini.



Bayangkan sejak PG Mall mula bertapak pada tahun 2017 ia sudah dapat menandingi  platform e-dagang lain yang popular dari segi kunjungan pengguna melalui web.

 

Tak perlulah Kak Fas sebut lagi nama-nama platform terkenal tu, korang tengok je sendiri di mana kedudukan mereka berbanding PG Mall yang hanya mempunyai 70 kakitangan di sebalik kejayaannya.

 

Sejujurnya, dah lama Kak Fas perhatikan kempen-kempen yang diperkenalkan PG Mall ini,  bukan sahaja setiap bulan apabila tarikh berkembar berlaku tetapi ada sahaja promosi yang mampu menarik perhatian pelanggan.

 

Dan terbaharu tentulah kempen tarikh berkembar 12.12. yang akan tiba tidak lama lagi. Cantik kan tarikh yang menutup kalendar tahun 2020 ini apatah lagi bulan Disember antara bulan yang paling dinanti-nantikan ramai.



Jika bukan kerana satu dunia dilanda pandemik COVID-19,  bulan Disember selalunya menyaksikan kompleks membeli-belah meriah bukan sahaja dibanjiri ramai pengunjung untuk ‘shopping’ tetapi lebih tertarik pada hiasan-hiasan Krismas yang menghiasi ‘center court’nya.

 

Tetapi kini segalanya tidak dapat dirasakan seperti tahun-tahun lalu sebab semua perlu berwaspada dan mengikut norma baharu yang ditetapkan Kerajaan seperti jaga penjarakan sosial, jaga kebersihan dan jangan berada di kawasan sesak dan sempit  malah disyorkan #dudukrumah jika tiada urusan penting di luar.

 

Bagi kaum wanita khususnya, apabila dah lama duduk rumah apa agaknya yang dilakukan pada masa terluang. Jawapnya tentulah layan platform e-dagang ya tak?

Setuju kan?

 

Tidak hairanlah dilaporkan aktiviti jual beli dalam talian merekodkan lonjakan yang luar biasa dengan peningkatan sebanyak 28.9 peratus pada April lalu ketika rakyat berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

 

Kak Fas yang jarang beli online pun dah terjebak apatah lagi apabila diperkenalkan dengan PG Mall platform e-dagang (www.pgmall.my) No 1 di Malaysia ini semakin hari semakin popular.




Antara kempen-kempen terbaharu dari PG Mall.

Jadi apabila tibanya tarikh berkembar 12.12 pada bulan Disember ini Kak Fas ternanti-nanti apakah kempen menarik yang ditawarkan PG Mall kali ini.

 

Dah nama pun 12.12, PG Mall mengambil angka itu dengan menawarkan barangan pada harga serendah RM12. 

 

Wow! Tak sabar nak tahu apakah produk yang ditawarkan pada harga murah sedemikian?


Jangan ketinggalan tau sebab kempen ni hanya untuk sehari sahaja waima penghantaran percuma akan diberikan sehingga 31 Dec bagi pembelian yang   mencapai minima RM30 atau ke atas.

 

Agak-agaknya, barang yang Kak Fas nak beli ni dapat harga lebih menarik tak daripada harga asalnya?

 

Pada mulanya Kak Fas tinjau ke halaman barang kemas ‘gold, silver & jewellery’ yang menyediakan lapan sektor produk daripada emas, perak  hingga kepada emas putih serta aksesori fesyen.

 

Maklumlah kan orang  perempuan sudah tentu mencari emas waima tak timbul la kata-kata Inggeris, ‘Diamonds Are A Girl’s Bestfriend’ sepertimana lagu yang dipopularkan oleh aktres legenda yang seksi, Marilyn Monroe.


Memang ‘berlian adalah teman baik perempuan’ seperti maksud lagu itu. Jadi layan punya layan Kak Fas tertarik dengan loket huruf ‘F” yang bernilai RM386.25 daripada harga asalnya RM466.

 

Dulu Kak Fas dah ada sebenarnya loket berpangkalkan abjad nama Kak Fas ni tetapi biasalah hilang, begitu juga loket bertulis nama penuh FARIZA pun hilang … hmmm… malah sekarang ni pun Kak Fas sedang mencari-cari mana perginya Kak Fas punya  rantai leher panjang dengan loket permata kuning berbentuk buah kiwi. 


Sampai sekarang masih duk tercari-cari… adoi … dah la loket tu pemberian arwah ibu…. memang sedih sangat tetapi masih mengharapkan ia ada di mana-mana sekitar rumah. Moga ada lagi rezeki untuk memilikinya.. amiin! Doakan sekali ya!

 

Alamak, jauh pulak Kak Fas menyimpang, jadi berbalik pada pembelian di PG Mall, selain halaman barang kemas Kak Fas mencari juga di mana letaknya monitor darah tinggi.

 

Apabila mencarinya di ruang ‘search’ capaiannya terus membawa Kak Fas kepada 12 item bertandakan ‘blood pressure monitor’ berharga dari RM65 hingga RM356.


Korang mesti tertanya-tanya kan kenapa Kak Fas mencari alat kesihatan ini?

 

Jawapannya sebab yang ada di rumah dah rosak haha…

 

Ia sebenarnya kepunyaan che abang saya yang perlu sentiasa mengawal tahap darah tingginya sebelum  tiba appointment bertemu doktor. Ya lah, doktor nasihatkan supaya setiap hari kena rekodkan berapa tahap darah tinggi, terkawal atau tidak. Jadi sebaiknya lah Kak Fas utamakan pembelian alat ini terlebih dahuliu kan?

 

Kak Fas meletakkan kedua-dua produk yang dilayari tadi tu ke dalam ‘cart’ untuk check out. Sebenarnya, kalau ikutkan hati macam-macam nak beli tetapi kita kenalah kawal nafsu agar tidak melebihi bajet ya tak.

 

Lagi pun apa nak risau PG Mall kan sentiasa ada, tak lari ke mana pun, yang lari duit kita haha…



Apa pun dalam tempoh PKPP ini sebaiknya lah kita membuat pembelian di dalam talian seperti PG Mall ini. Tak perlu bazir waktu apatah lagi bagi yang ada anak terpaksa puiak heret mereka sekali sedangkan di luar amat berbahaya kepada kanak-kanak. 


Justeru, duduk rumah je relaks, buka telefon bimbit atau pun lap top dan jamu mata dengan pelbagai produk disediakan dalam kedai talian PG Mall. Nama pun  ‘mall’ semua ada, ‘search’ je menjelma lah ia huhu… janji ada duit malah nak lebih senang top up je duit dalam c-wallet tu.


Menariknya di PG Mall ini ia menerima pembayaran melalui e-wallet mahu pun secara online di hampir kesemua platform pembayaran yang popular digunakan ramai ketika ini.

 LINK INI

Nah, apa lagi tak reti-reti nak selak halaman PG Mall dan muat naik aplikasinya ke telefon bimbit atau pun lap top korang untuk mendapatkan tawaran menarik dan berbaloi-baloi.

Kak Fas dah mak beli korang bila lagi?


Jom Kak Fas belanja informasi ini di mana jika korang belum pernah dengar mengenai platform e-dagang ini boleh layari laman rasmi dan laman sosial PG Mall melalui  LINK INI.


Selain itu, bole layari laman sosial mereka  samada di facebook www.facebook.com/PGMallMalaysia serta Instagram www. instagram.com/pgmall.mu/ serta hantarkan pertanyaan ke Telegram https://t.me/pgmallofficial001.

 

Selamat bershopping!




#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #12.12 #doubledigitisales 



Tiada ulasan: