Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KUMPULAN ABC BAWA GELAGAT IBU CIK B, VIDA BAWA TUAH


MELIHAT pada persembahan mereka yang konsisten kumpulan ABC yang dianggotai khususnya oleh Achok Chilok, Cik B dan Chiwan Chilok seperti yang diramal ramai menduduki tempat pertama selama dua minggu berturut-turut. 


Mereka berjaya mencuit hati juri yang terdiri dari Dato Awie, Fazura dan Zul Ariffin serta penonton apabila membawa sketsa yang menyentuh kisah usahawan kosmetik terkenal, Dato Seri Vida di mana Cik B sendiri yang berlakon sebagai ibunya.



Dengan memecah tradisi ‘tiada penyingkiran di minggu pertama’, program sketsa muzikal anjuran Astro Warna yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein pada musim ini menyaksikan dua kumpulan daripada 14 kesemua, telah tersingkir.

Sebati dengan adat pertandingan, di mana ada keriangkan kemenangan, sudah tentu ada yang mengeluh kekalahan. Itulah nasib yang terpaksa diharungi kumpulan JAGO yang mengucapkan selamat tinggal kepada pentas MLS2. 


Kumpulan yang diaggotai Fiza Thomas, Chot XOXO dan Yus Skool of Lawak itu mengumpul markah sebanyak 18.63% sahaja, yang sekaligus telah membuat mereka gagal menempa nama ke minggu seterusnya. 



Siapakah yang akan meninggalkan pentas MLS2 pada minggu ini pula?


Dengan hanya 12 kumpulan merebut takhta, siapakah yang bakal mengungguli minggu ketiga? 


Semua persoalan bakal terjawab Jumaat ini! Muzikal Lawak Superstar 2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna HD (107) dan Warna (127), dan juga boleh distrim melalui aplikasi Astro GO secara percuma untuk semua pelanggan Astro.


Layari www.gempak.com/muzikallawaksuperstar untuk maklumat lanjut.


    Kumpulan Heart (atas), Viral (bawah) dan Gojes antara yang masih 'move on'.


#LawakSuperstar2 #KumpulanABC #KumpulanJAGO #ZulAriffin #Awie #Fazura


Tiada ulasan:

Catat Ulasan