Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

FAIZ 'CEO ANJING' BAKAL BERGELAR 'ARTIS', PERTARUH SINGLE PERTAMA BERSAMA GADIS 'MISTERI'


PEMILIK bernama sebenar Muhammad Faiz Basirun, 20, atau lebih popular dikenali pengguna TikTok sebagai Faiz Aizif sahaja. bukanlah seorang pempengaruh (influencer) yang boleh dipandang sebelah mata sahaja.


Gara-gara menyayangi dan memberikan makanan kepada binatang khususnya anjing-anjing liar dengan duit dari poket sendiri, Faiz rela digelar ‘CEO Anjing... bangsa kuat beletiaq’ sekali pun oleh sebahagian besar daripada 604.7K. pengikutnya menerusi Tik Tok @faiz.aizit.


Benar, dalam kalangan pengguna TIk Tok, nama Faiz Aizit cukup dikenali sebagai 

yang menyayangi binatang. 


Anak muda yang menetap di Kampung Kumpulan A, Pulau Langkawi itu menjadi perhatian ramai kerana sifat penyayangnya terhadap sekumpulan anjing liar di Pulau Legenda itu.



Dek kerana ketulusan hatinya memberi bak kata orang, ‘tangan kanan memberi, tangan kiri menerima’, rezeki Faiz semakin meluas apabila ditawarkan menjadi penyanyi rakaman

 

Memang benar, 'tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu' kecuali Allah SWT jua.


Siapa sangka anak muda yang hanya dikenali di sosial media kini akan beralih ke industri yang lebih glamor.


Faiz bakal muncul dengan single pertama berjudul Khilaf, ciptaan dan lirik oleh komposer Sam Daud, berentak pop.


Dan menariknya, tidak seperti kelazimannya apabila bakat baharu tampil dengan single solo, Faiz pula sebaliknya di mana beliau memilih untuk  mengetengahkan single pertamanya secara duet.


Namun bukan dengan artis terkenal tau untuk cepat naik kata orang, tetapi Faiz  mencari bakat baharu sepertinya untuk sama-sama mencipta nama dalam arus perdana muzik tempatan.


Siapa kah rakan duetya itu?


Difahamkan, dia seorang yang sangat baik, sangat memahami dan sangat bersungguh-sungguh dalam apa yang dia lakukan, begitu pandangan Faiz.


Menurut  Faiz, mungkin ada sesetengah orang sudah mengenali pasangan duetnya menerusi media sosial .


“Percayalah dia mempunyi bakat yang besar.  Cuma sebelum ini dia tidak berpeluang menceburi bidang seni suara kerana kekangan kerja, Semoga dengan kerjasama ini cita-cita dia tercapai untuk berada dalam industri, “ tambah Faiz  masih merahsiakan siapakah gerangan pasangannya itu sambil menambah kata cukuplah setekat pendengar tahu yang dia berduet untuk lagu Khilaf.


Baginya, ‘Khilaf ‘adalah projek single pertama dan juga single pengenalan darinya, menampilkan konsep pop music yang easy listening, ‘simple song’ manakal melodi lagu ini mudah untuk diingati.



“Di samping itu juga, Faiz berterima kasih kepada komposer Sam Daud (gambar atas, kanan) sebab melodi lagu yang dihasilkan ini mudah sangat nak catch up. Dia juga banyak membantu sewaktu proses rakaman di studio. Dan berkongsi teknik rakaman. Itu juga boleh di katakan satu pengalaman baharu dan memberi peluang untuk Faiz menimba ilmu sedikit sebanyak,” ujar Faiz tentang pengalaman di dalam studio rakaman. 


Berkongsi lanjut mengenai kolaborasi  bersana rakan misterinya, Faiz memberitahu, keputusannya untuk mendahulukan lagu duet timbul setelah mengetehui rakannya itu suka dan boleh menyanyi


Faiz pilih dia untuk berkolaborasi kerana salah satunya kisah hidup dan perjalanan dia sama macam Faiz, jadi inilah masa yang sesuai untuk Faiz tolong jayakan cita-cita dia bersama dengan Faiz,” sambung Faiz  tentang pasangan duetnya. 


Walaupun pada permulaannya rakannya itu  menolak pelawaan untuk bergandingan tapi Faiz percaya gadis misteri ini adalah satu kejutan juga buat orang di luar sana. 


“Percayalah Faiz tak pilih salah orang untuk berduet, tak sangka juga dia sebenarnya memang boleh menyanyi dengan baik. Faiz percaya ‘this is our first baby project’ yang kami boleh banggakan.


Jelas Faiz, kalau nak tahu siapakah gadis misteri itu, orang ramai boleh tonton di saluran YouTube TWT Entertainment yang akan dilancarkan tidak lama lagi.


“Dah tengok tu, jangan lupa untuk subscribe dan sokong Faiz ya,” akhirinya ceria.  



#Khllaf #FaizAizit #Misteri #TWTEntertainment #Hiburan #Pempengaruh #Anjing

Tiada ulasan:

Catat Ulasan